Tuesday, August 16, 2011

Malaysia berperang lagi

Hakikatnya Malaysia telah tewas dalam banyak peperangan! Bila pula Malaysia berperang?!

Perang Dadah, Perang Rasuah dan berbagai lagi. Semuanya tewas belaka. Dan hari ini dalam akhbar tempatan satu lagi peperangan disiytiharkan iaitu Perang terhadap sindiket pemerdagangan manusia.

Memang kerja-kerja memperdagangkan manusia seumpama ini seharusnya dikutuk dan ditentang habis-habisan. Masalahnya di sini adalah kesungguhan. Dari mana masuknya mereka ini sedangkan sempadan Malaysia bukannya luas mana pun.

Jika diseludup melalui udara bukankah lapangan terbang kita semuanya yang paling canggih di rantau ini? Jika melalui darat pun begitu, bukan hanya imigresen dan polis malah unit penyeludupan, kastam dan sebelum ini dengarnya tentera pun mahu dilibatkan, apa dah jadi?

Melaui perairan pula, kita bukannya menghadapi deruan “bot people” sebagaimana semasa perang Vietnam dahulu dimana berderu-deru pelarian masuk melalui laut. Kekuatan laut kita dari sudut pertahanan dan kelengkapan agensi laut juga hebat malah berjuta ringgit wang rakyat dan Negara dibelanjakan ke arah itu.

Baguslah disiytiharkan perang, tapi perang ini ada kalah ada menangnya. Jangan sampai kita tewas. Seluruh rakyat saya kira sedia memberikan kerjasama yang pentingnya di sini adalah ketegasan dan kecekapan agensi penguatkuasaan. Jangan sampai kita ditertawakan.

No comments: