Monday, April 18, 2011

Undi popular BN merosot di Sarawak

Masih lagi dalam isu keputusan pilihanraya negeri Sarawak. Menurut kajian walaupun BN berjaya mempertahankan Sarawak dengan majority dua pertiga namun undi popular mereka merosot berbanding Pilihnaraya Negeri yang lalu.

Undi popular BN dikatakan merosot dari 63 peratus ke 55 peratus berbanding pilihanraya negeri 2006. Swing atau ayunan 8 peratus ini dianggap besar dan sekiranya ia berterusan sehingga pilihanraya umum ke 13 tidak mustahil Sarawak nanti dapat menyumbang banyak kerusi buat Pakatan Rakyat.

Setakat ini di Sarawak, PR diwakili cuma oleh seorang wakil iaitu bagi Bandar Kuching melalui calon DAP Chong Chien Jen yang menang kerusi berkenaan dengan majority 9952 undi. Di Sarawak terdapat 31 kerusi parlimen.

Dengan ayunan 8 peratus ini dan sebelum itu kemenangan DAP menawan parlimen Sibu dalam pilihnaraya kecil kawasan berkenaan tidak mustahil PR boleh menawan beberapa kerusi parlimen di sana sekiranya diadakan PRU dalam waktu terdekat.

Antara kerusi yang hampir pasti berada dalam genggaman PR selain Bandar Kuching dan Sibu adalah Sarikei yang DAP tewas dengan 51 undi dan Limbang yang PKR tewas dengan 676 undi.

Jadi bagaimana BN, mahu panggil PRU awal?

No comments: