Friday, April 15, 2011

SPR komponan BN di Sarawak

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Pengerusi SPR sedang keudara di TV3 saat saya menulis posting ini. Kata-kata yang keluar dari mulut beliau sah meletakkan SPR di bawah kepimpinan beliau sebagai komponan BN. Sekali lagi sah kepincangan dan ketempangan SPR menjelma dari kata-kata pemimpin tertingginya.

Beliau mendakwa bahawa “orang-orang luar” yang kni sedang membanjiri Sarawak lah yang sedang mencetuskan kekacauan di Sarawak yang orangnya cintakan aman damai. Beliau mendakwa lagi kononnya menerima maklumat orang-orang ini akan menganggu pusat-pusat penjumlahan undi yang ramai undi pos.

Siapa orang-orang luar Tan Sri? Sejak bila ada orang luar dan orang tempatan di bumi Malaysia?!

Kalau penyokong PKR, DAP dan PAS yang datang dari Semenanjung dan Sabah dianggap beliau orang luar, bagaimana dengan Umno, MCA, MIC dan Gerakan yang tak bertanding pun di Sarawak? Kalau Anwar orang luar, Najib orang mana?

Bagaimana seorang yang mewakili badan yang separutnya dilihat bebas dan mengendalikan pula proses pilihanraya boleh bekata demikian. Malang sungguh SPR Malaysia, tiada cara lain kita memulihkannya melain membawa perubahan politik, mulakanlah perubahan ini rakyat Sarawak.

No comments: