Wednesday, April 06, 2011

Klip video: Mengapa rakyat pula disuruh menghukum?

Semasa trio kontroversi Datuk T menyerahkan video panas milik merek ke Bukit Aman untuk disiasat mereka mendakwa inilah satu-satunya video milik mereka. Dengan kenyataan itu rakyat mengharapkan pihak polis bertindak segera bagi mengeruhkan kekalutan dan kekeliruan yang timbul dalam pemikiran rakyat ekoran cetusan video jahanam itu.

Tiba-tiba rakyat didedahkan dengan bantuan beberapa pihak sedutan dari video itu di youtube. Ketua Polis Negara segera menafikan yang pihak polis terlibat dalam kebocoran video itu walaupun versi sedutan itu tanpa apa-apa adengan panas.

Siapakah yang bertanggungjawab dalam kebocoran ini, yang lebih penting apakah motif mereka?

Video yang hanya ditonton beberapa individu termasuk wakil akhbar tempatan kini sudah ditonton oleh ribuan rakyat Malaysia. Maka terbitlah berbagai anggapan dan teori. Keluarga Datuk Seri Anwar segera terbit dengan penafian bahawa sah indidvidu “pelakon” itu bukan Anwar.

Ternyata usaha jahat untuk memepengaruhi minda rakyat khasnya di Sarawak menjelang Pilihanraya Negeri di sana adalah agenda utama pendedahan sedutan klip video itu.

Yang pentingnya diperingkat ini adalah tindakan pihak polis. Apakah akan jadi pada trio Datuk T? Tidakkah mereka yang sepatutunya didakwa kerana mengaku terlibat dalam video berkenaan. Jangan biarkan pihak yang tidak bersalah terus-menerus menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dan kita turut terlibat jahat apabila sedutan yang penuh tandatanya itu disuakan pada rakyat bagi mereka pula untuk membuat hukuman dan ketentuan. Dimanakah keadilan dan kedaulatan undang-undang di Malaysia? Sudahkah ia berkubur dikuburkan dengan video panas hasil tangan mereka yang tiada bermoral dan penuh niat jahat itu!

Bola kini di gelanggang pihak polis...jalankanlah tugas dengan professional, adil dan tegas.

No comments: