Thursday, March 31, 2011

Muhyiddin ajak BN Selangor bermimpi

Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin turun ke Selangor, dan melalui perlindungan bangunan-bangunan sekolah bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan beliau melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor. Semua janji-janji kerajaan PR adalah pembohongan, katanya.

Beliau menaburkan peruntukkan sebanyak RM3.22 juta kepada 32 sekolah agama bantuan kerajaan di Selangor dan kemudian dsan kemudian RM2.3 juta kepada 2 buah sekolah Cina di Jenjarom lalu mendakwa bahawa tidak seperti PR, inilah bukti komitmen kerajaan BN kepada pendidikan rakyat.

Hairan bagaimana seorang menteri yang mengurus portfolio pelajaran boleh mendakwa segala peruntukkan dari kementerian beliau adalah berhasil dari partinya? Hairan juga lawatan rasmi ke sekolah-sekolah sebagai suatu lawaan kerja akhirnya menjadi kempen politik menyerang parti pemerintah diperingkat negeri dan mengangkat serta melambung partinya sendiri!

Yang paling menarik adalah apabila Muhyiddin mendakwa bahawa BN Selangor sakan menawan 8 kerusi milik PR dalam PRU akan datang lantas menjatuhakn kerajaan PR Selangor.

Sekarang ini BN mempunyai 20 kerusi (DUN Selangor punya 56 kerusi) 18 Umno dan 2 MCA. BN juga melindungi sebuah lagi kerusi iaitu Pelabuhan Kelang yang wakil rakyatnya telah lompat keluar PKR dan mendakwa dirinya Bebas.

BN perlu menang 8 kerusi tambahan untuk mengembalikan kerajaan Selangor dalam pelukannya. Kalau 1 atau 2 kerusi mungkin cita-cita itu bolehlah dikira tidak musthail dicapai, itupun di Kelantan penggal lalu kerajaan PAS kekal bertahan dengan majoriti 1 kerusi. Tetapi nafsu Muhyiddin tertumpu pada 8 kerusi, seolah begitu rapuh sekali kedudukan PAS, PKR dan DAP di Selangor. Benarkah begitu?

Muhyiddin boleh berkata apa sahaja, maklumlah orang kalah. Tetapi hakikatnya saki baki kerusi BN di Selangor itupun goyah dan menunggu masa untuk terus rebah. Ketua Pembangkang DUN Selangor Satim Diman contohnya di DUN Seri Serdang memenangi kerusi berkenaan menewaskan calon PAS dengan kelebihan cuma 45 undi!

Adakah Muhyiddin mengambil kira kerusi Satim apabila beliau bernafsu mahu merampas 8 kerusi itu. Bagaimana pula kerusi DUN Sabak yang Umno menang dengan 117 undi dan DUN Sg Air tawar dengan kelebihan cuma 123 undi?! Jentera PAS bawah panji-panji PR sedang bertungkus lumus di Puchong dan Sabak Bernam sedang mengira hari untuk menawan ketiga-tiga kerusi rapuh milik Umno ini. Itu belum lagi kerusi Morib 286 dan Taman Templer 613 yang PAS juga tewas tipis.

Begitu juga DAP hampir pasti merampas dua kerusi yang ia tewas dalam PRU lalu pada tangan MCA menjadikan kekuatan DAP melonjak dari 13 ke 15 kerusi iaitu DUN Kuala Kubu Bharu (148) dan Sg Pelek (1572). Dalam PRU lalu DAP bertanding 15 kerusi dan cuma tewas dua kerusi ini.

Dan PKR juga hampir pasti merampas kembali Pelabuhan Kelang yang kini diwakili oleh pengkhianatnya, ia bertenaga menawan Kuang yang ia tewas pada Umno dengan 517iundi dan Permatang dengan 608 undi.

Lalu dari mana datang angka 8 Muhyiddin itu? Adakah 8 bermakna Umno nanti cuma dapat bertahan di 8 kerusi sahaja atau bagaimana?

Kita tidak mahu kelihatan terlalu “over confident” memanglah suasana luaran menggambarkan seolah PR tidak stabil tambahan kalah beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini, tetapi diperingkat akar-umbi bagaimana? Umno di Kelantan juga sejak tewas pada tahun 1990 terus menerus naik dan melonjak nafsunya tetapi tidak kesampaian. PRU 1995, 1999, 2004 dan terakhir 2008 Umno terus kempunan walaupun nafsunya besar nak menobatkan dari Anuar Musa kemudian Mustapha Mohammad, Awang Adek sebagai MB, semuanya kecundang!

Pencapian kerajaan PR Selangor adalah sumber kekuatannya. MB, EXCO dan ADUN yang bersih, ikhlas dan lebih mesra rakyat makin menjauhkan BN dari hati rakyat di Selangor. Program-program yang lebih dekat pada hati rakyat umpama program Merakyatkan Ekonomi Selangor, berkesan menawan hati rakyat kebanyakkan. Air percuma, skim warga usia emas, Tabung Warisan Anak Selangor, hadiah masuk university dan lain-lain yang tidak pernah dirasai sebelum ini member peluang kepada rakyat turut menikmati kekayaan negeri yang sebelum ini dibolot oleh pimpinan Umno dan BN negeri.

Muhyiddin perlu akur bahawa rakyat menolak BN dan Umno pada PRU lalu lantaran pincang dan tempamngya pimpinan dan pentadbiran negeri bawah BN dan Umno. Itu suatu fakta yang kekal bersarang di hati rakyat. Rakyat Selangor tidak mudah lupa angkara mereka itu dan ketenangan serta kesejahteraan bawah PR makin mengikis aki baki kepercayaan mereka pada BN dan Umno.

Bermimpilah Muhyiddin dengan 8 kerusi itu, rakyat Selangor insyallah berbangga dengan perubahan yang telah mereka bawa menyelamatkan negeri ini dari tangan gergasi yang ganas dan kotor bselama lebih 50 tahun lalu. Tidak ada sebab mereka mahu mengundang kembali mimpi ngeri mereka. Teruslah bermimpi Muhyiddin.

2 comments:

Anonymous said...

Dr pemerhatian sy, UMNO BN susah nk menang Pilihanraya akan dtg terutama bg kws2 bandar, byk faktor...antaranya rakyat fobia dgn kerakusan serta sejarah penyapu, ketua2 bhg serta juak2 yg masih x ubah perangai, menggunakan modal seks, memeras ugut...tapi bolehlah tingkatkan sedikit undi atau menang di kws2 tertentu dgn syarat bayar setiap pengundi dgn wang...hehe..ade wang ade undi...

Anonymous said...

Xde ms nk layan UMNOBN..dah jemu dgn cara yg x berhemah, x habis2 guna modal yg lama utk jatuhkan org...