Tuesday, March 22, 2011

Tangkap dan dakwa Datuk "T" terlebih dahulu

Diambang pilihanraya umum negeri Sarawak kita digegar pula dengan satu lagi kontroversi. Sekali lagi sasarannya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Belum pun selesai perbicaraan kes liwatnya di mahkamah kini terbit pula kisah baru.

Dan sebagaimana biasa yang melonjak dan menari adalah media arus perdana.

Sudah pastilah kiranya kredibiliti Anwar dapat diserang, dirobek dan dipertikaikan maka Pakatan Rakyat akan terkena bahangnya. Kalau tak dapat ditewaskan cara demokrasi berpilihanraya, apa sahaja cara yang dapat dicapai akan dicapai asal sahaja PR dapat dikuburkan.

Samada Anwar atau tidak yang beraksi dalam video lucah itu yang pastinya penayangannya semalam kepada wakil media arus perdana dan alternative di Carcosa adalah suatu kesalahan. Menontonkan video lucah, salah, kenapa si Datuk “T” tak ditahan polis?

Sejak bila pula Malaysia berbangga dengan aksi dan politik murahan seperti ini sehingga mengendurkan undang-undang dan peraturan semata-mata kerana mahu membunuh karier politik seseorang.

Anwar telah mengeluarkan kenyataan. Lelaki itu bukan beliau, alibinya berada bersama keluarga siap update facebook dan ber “tweet” di waktu kononnya beliau beraksi dalam video itu.

Si Datuk “T” bagaimana? Dalam hal ini siapakah yang perlu diperlindungi?

Kalau ada kesalahan ekoran pendedahan video itu, siasat dan seret mereka yang terlibat ke pengadilan, tetapi yang nyatanya kesalahan yang dilakukan semalam adalah menontonkan video lucah pada orang awam. Seret Datuk “T”, pengurusan Carcosa dan semua yang terbabit semalam.

Semakin keruh dan kotor politik Malaysia................

4 comments:

mozaba said...

Akta Komunikasi & Multimedia

211. (1) Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan,
boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu,mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau,mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang.

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda
selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian
daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Anonymous said...

Menerima PR bukanlah parti tersebut terbaik dan menolak BN bukanlah parti tidak bagus..tapi masing2 ade kelebihan dan kekurangan tersendiri..terutama pemimpin BN sebelum ini yang telah banyak menabur jasa kepada negara, tapi kata org tu tak selamanya kita di atas dan senang sampai kiamat...nak jugak merasa perubahan dari parti yang menjanjikan sesuatu yang baru...tapi akhirnya terpulang pada rakyat Malaysia menentukan parti mana yg menjadi pilihan mereka asalkan mendapat maklumat yang adil dari kedua2 pihak dalam setiap pilihanraya...

Bawang Goreng said...

Betul... saya amat setuju, Mr T ...erk... Datuk T yang patut kena DAKWA!

Anonymous said...

Datuk Three Stooges patut didakwa sebagai pengedar tonton bahan lucah kepada masyarakat.

P/S Sekali tengok gambor statik tu macam muka si Eskay!