Sunday, March 06, 2011

Teruskan perjuangan sehingga nyata benarnya janji RABBI

Sebagaimana diduga PAS tewas dalam dua pilihanraya kecil yang diadakan serentak iaitu Kerdau di Pahang dan Merlimau di Melaka. Dan sebagaimana jangkaan juga majoriti calon BN dikedua-dua kerusi ini bertambah berbanding dengan PRU yang lalu.

Memang kalau mahu dikaji punca kekalahan berganda PAS ini maka berbagai analisa dapat dibuat. Apapun PAS dan Pakatan Rakyat berhadapan dengan jentera BN yang tersusun lengkap dengan bekalan wang ringgit yang teguh tidak tertanding oleh PAS walau ditahap 10 peratus. Barang diingat juga kedua-dua kerusi ini memang merupakan kubu BN dan PAS tidak ada sejarah pernah memenangi kerusi berkenaan.

Membaca komen yang diberikan oleh laman web dan portal berita berbahasa Inggeris, saya agak kurang bersetuju apabila ada yang mengulas bahawa kekalahan PAS ini adalah berpunca dari sikap parti berkenaan yang agresif mengenengahkan idea dan dasar Islam. Kononnya langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BI) mengambil tindakan terhadap premis yang menjual loteri “bigsweep” baru-baru ini menyumbang kepada kekalahan PAS.

Mereka ini mungkin baru mengenali PAS. PAS bukan baru lahir 2 atau 3 tahun lalu. PAS sebagai sebuah parti Islam telah wujud dan bertarung dalam gelanggang politik Negara sejak lebih 50 tahun lalu. Islam tidak pernah berubah sejak di bawa oleh Rasulullah saw. PAS sekadar menyambung mata rantai dari rantai perjuangan Islam yang panjang lebar itu.

PAS bawa Islamlah maka PAS menang dan berkuasa kembali di Kelantan pada tahun 1990 dan bertahan sehingga kini.

Kerana Islam lah maka PAS dapat menzahirkan kepimpinan yang telus, bersih dan bertaqwa. Samada calon PAS itu menjadi MB, atau EXCO atau ADUN pegangan Islam nya membezakan ia dengan pimpinan parti lain, kerana Islam lah mereka dihormati dan disegani.

Kalau mahu PAS ikut selera mereka yang kritikal ini lebih baik PAS gugur sahaja dasar perjuangan Islamnya itu. Jadi sebagaimana parti lain, kalau perlu peluk Islam kalau tidak campak sahaja ketepi.

Saya yakin selagi iltizam ahli dan pimpinan PAS kuat pada prinsip dan dasar perjuangannya yang telah berjaya dipertahankan berdekad-dekad lamanya itu, maka selama itulah Islam akan terus dijunjung dan disanjung. PAS mungkin tewas di Merlimau dan Kerdau, tapi takkanlah kerana kekalahan itu maka Islam mahu dipersalahkan?

Bergeraklah ke gerbang jasa

Kalah menang bukan alasannya

Sucikanlah niat di hati

Hingga nyata benarnya janji Rabbi..............

Syabas para petugas PAS, syabas calon-calon PAS, walaupun kita tewas hari ini, ganjaran lebih besar menunggu kita di Akhirat nanti insyallah. Teruskan perjuangan, hingga nyata benarnya janji Rabbi. TAKBIR!

2 comments:

budakbalun said...

InsyaAllah..
Tuan Roslan..
Sama2 kita istiqamah dalam perjuangan ini...
Bukan kejayaan yang akan ditanya oleh Allah SWT kelak..
tapi adakah kita ada berusaha memperjuangkan Islam...

Lagi kalah lagi semangat sebenarnya!

Allahuakbar!

-pemuda PAS Hulu Selangor-

awang said...

tuan roslan,

cuma mungkin kena lebihkan lagi penerangan ttg perancangan PAS pada golongan atas pagar...sbb kekalahan 5 kali berturut2 sudah semestinya menimbulkan kegusaran yg bukan sedikit...penyokong dan pendokong PAS yg mantop2 mungkin ok, buleh terima kekalahan..