Monday, March 28, 2011

Mempoliskan pihak tentera

Kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa kerajaan akan menjimatkan berjuta-juta ringgit apabila dilaksanakan koloborasi atau kerjsama antara pihak tentera dan polis memang menarik tetapi perlu diberi penelitian dan kajian mendalam.

Sementara cadangan membenarkan pihak polis menggunakan kem dan kemudahan tentera untuk menjalani latihan bolehlah diterima walaubagaimanapun menyerap para pegawai tentera yang bersara ke dalam polis dan membenarkan pihak tentera menjalani rondaan di sempadan menggantikan polis perlu dilihat dari berbagai sudut.

Kita menghormati sumbangan para pegawai dan anggota tentera kepada Negara selama ini, namun hakikatnya disiplin dan latihan serta persediaan mereka menjadi anggota tentera samada berpangkatb biasa atau pegawai berbeza dengan polis. Tentera sebagaimana kita ketahui didedahkan kepada pengetahuan mempertahankan Negara dalam waktu perang, cemas dan darurat sedangkan pihak polis lebih terlatih dalam pengetahuan menjaga dan mengawal keselamatan Negara dalam waktu aman selain juga dalam hal-hal tertentu semasa darurat.

Kita bimbang sekiranya tiada latihan dan persediaan yang cukup, tentera yang mengambil-alih tugas polis itu nanti akan menjalankan tugas seolah Negara dalam susasan perang, sudah pastilah nanti ia bakal merumitkan dan merashkan urusan rakyat, sesuatu yang tidak kita perlukan.

Langkah memindahkan banduan tertentu ke kem-kem tentera bolehlah masuk akal atas alasan menyediakan tempat-tempat tahanan dan penjara terlalu tinggi kosnya. Barangkali dalam hal ini ia lebih praktikal dan boleh diterima. Tetapo]i mempoliskan tentera adalah sesuatu yang kita mesti timbang baik-baik, kegagalan berhati-hati akan mengakibatkan Negara aman menjadi seolah Negara tentera.

No comments: