Thursday, January 20, 2011

Saya dituduh sabotaj kerajaan Selangor.....

Akhbar The Star hari Selasa lalu menerbitkan penerangan saya berhubung isu disebalik garsipanduan pusat-pusat hiburan di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Berikut adalah keseluruhan laopran yang dikeluarkan akhbar berkenaan:

Councillor: Guideline is to educate entertainment outlets

THE Subang Jaya Municipal Council’s (MPSJ) directive to ban Muslims from working in entertainment outlets serving liquor is merely the local authority’s move to introduce a new guideline to an existing ruling.

MPSJ councillor Roslan Shahir Mohd Shahir said there was an existing Syariah Criminal Enactment since 1995 that prevented Muslims from selling, serving or promoting intoxicating drinks.

“If found guilty, the person can be fined up to RM5,000 or jailed three years. In 2009, the MPSJ’s Licensing Committee set up a sub-committee which I chaired to review the licensing guidelines for entertainment outlets, health outlets and cybercafes,” said Roslan, adding that it is a normal procedure to review council guidelines from time to time.

“Based on the sub-committee’s recommendations, the council decided to introduce some new licensing guidelines last year.

“By introducing the guidelines, the MPSJ is educating entertainment outlets to not hire Muslims. The entertainment outlet operators are informed of the guidelines at the end of every year when they renew their licences.”

Roslan said the guideline was to educate the entertainment operators rather than enforcement.

“Even without this guideline, Jais (Selangor Islamic Religious Department) can raid such outlets under the Syariah law,” he said.

Roslan said the directive to ban Muslims from serving liquor affected those working in karaoke outlets, pubs and nightclubs, not those in restaurants and hotels.

“Based on feedback, the MPSJ’s directive does not involve a significant number of Muslims,” he said.

Roslan noted the Selangor government’s move to establish a special fund to help Muslim workers who had to resign from their jobs at entertainment outlets serving liquor was supportive of the action that the MPSJ was taking.

A public outcry erupted last week following the MPSJ’s move to ban Muslims from working at entertainment outlets with liquor licences.

The move has also caused some confusion as state local government chairman Ronnie Liu said in a statement that the state government had advised the MPSJ president to withdraw the new condition, but state executive councillor for Islamic affairs Datuk Dr Hasan Ali said he supported the ruling and described it as fair.

Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim was scheduled to meet all the mayors and presidents of local authorities yesterday to discuss the enforcement of the enactment.

Saya terharu pada kerana menerima SMS dari seorang rakan bekas Ahli Majlis MPSJ dari DAP yang memaklumkan:

Bro, I personallay like your comment on the star metro yesterday. All the best!

Sesungguhnya telah banyak saya laporkan berkenaan kontroversi ini yang sebenarnya bukan pun kontroversi melainkan setelah disensasi dan dibesar-besarkan oleh portal berita Malaysiakini.

Saya akur bahawa tiada niat lain pada diri saya apabila mula mengusaha memasukkan larangan ke atas pekerja Islam bekerja di pusat-pusat hiburan ini, selain kerana saya seorang Muslim berjuang pula dalam sebuah parti Islam yang bermatlamat mahu memartabatkan Islam.

Jika dilihat susur-galur kelulusan garispanduan ini diperingkat MPSJ, dari awal sehinggalah diluluskan pada tahun 2009 saya mematuhi segala proses permesyuaratan, tidak pernah membelakangkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat peringkat MPSJ, malah mendapat kerjasama dan pandangan semua pihak yang terlibat.

Bagi saya kejayaan memasukkan garispanduan ini adalah satu kejayaan memelihara umat Islam dari tercebur dalam aktiviti yang diharamkan Allah swt. Sebagai ahli PAS saya ditarbiyah untuk memperguna diri apabila diberi amanah bagi mempertahankan Islam dengan cara yang paling berhemah dan bijaksana. Saya percaya saya telah melalui proses itu. Malah kenyataan Tok Guru Mursyidul Am dalam akhbar The Star baru-baru ini bahawa umat Islam haram mencari rezeki di premis yang menghidangkan arak ini jelas membuktikan saya di landasan benar.

Nik Aziz, who is Kelantan Mentri Besar, said he agrees “in principle” that Muslims should be prohibited from working in premises that sell liquor or intoxicating beverages.

He was commenting on the decision by the Subang Jaya Municipal Council to bar Muslims from working in such places in accordance with the Selangor Syariah Criminal Enactment 1995.

Saya tidak sabotaj sesiapa, kerana sabotaj ini bermaksud kerja jahat bagi meruntuhkan sesuatu yang menguntungkan musuh. Saya yakin saya tidak begitu kerana saya “engage” semua pihak peringkat MPSJ bagi mendapatkan kelulusan itu.

Saya terpaksa bangkitkan perkara ini semula kerana dalam akhbar The Star hari ini sisipan Metro muka 5 seorang ahli parlimen PAS mendakwa bahawa kerajaan negeri wajar mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam memperkenalkan garispanduan ini kerana ia telah membangkitkan rasa tidak senang dan tidak puas hati kalangan masyarakat. http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/1/20/central/7831807&sec=central

Ahli parlimen PAS Selangor itu mendakwa:

“These trouble maker are our party members” (Pihak yang mencari pasal (masalah) ini adalah ahli parti kita)

Turut dilaporkan:

“Once identified action must be taken against these mavericks and saboteurs” (Sejurus dikenal-pasti tindakan mesti diambil terhadap si “maverick” (seorang yang memiliki pandangan sendiri yang berlainan dengan orang lain) dan yang mensabotaj”

Demi Allah sebagai ahli PAS yang diberikan amanah untuk menjadi ahli amjlis perbandaran, saya cukup yakin bahawa tindakan saya adalah kerja dakwah terbaik yang tidak bertentangan dengan pendekatan parti apalagi mahu mensabotaj kerajaan negeri. Sebelum ini seorang lagi ahli Parlimen PAS di Selangor telah memanggil saya meminta penjelasan dan setelah mendapatkan penjelasan mengucap tahniah di atas langkah yang telah diambil malah mengaharapkan ia dapat diperluaskan lagi bagi kes-kes yang lain.

Saya akan pertahankan pendirian saya dan jika benar sebagaimana dakwaan ahli parlimen itu saya rela untuk diambil tindakan disiplin oleh parti, dilucutkan jawatan atau dipecat. Islam mengatasi kepentingan peribadi dan segala-galanya.

Teringat saya pesan Rasulullah s.a.w:

Tidak akan masuk syurga sesiapa yang di dalam hatinya sifat at takabur walaupun sebesar zarrah, seorang lelaki berkata: “Sesungguhnya (bagaimana) seseorang lelaki yang suka agar baju dan kasutnya sentiasa cantik?” Baginda menjawab: “Sesunggunya Allah itu cantik dan suka kepada kecantikkan. At Takabbur itu ialah menolak kebenaran dalam keadaan tinggi diri juga menghina dan mengecil orang lain”. (Muslim)

Mohon lindung dari Allah swt.

7 comments:

keyman said...

Sheikh...Teruskan usaha JIHAD anta...Usah ambil pot apa orang nak kata...Anggap cemuhan dan tohmahan sebagai asam garam dalam menegakkan syariat Islam.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. Saya berbangga dengan usaha saudara. Tahniah!

Rasanya MP tu kita boleh tahu siapa kerana memang sejak dia jadi MP dia begitu. Kalau kita perasan hanya dia saja yang sering menimbulkan masalah pada PAS Selangor.

Saudara yakin dengan apa yang saudara lakukan. Oleh itu biarkan luncai terjun dengan labu-labunya.

Ku ingat Taqwa said...

salam. Tahniah diatas kerja buat saudara. sekurang-kurangnya kita tidak berlepas diri daripada balasan Allah diakhirat nanti. MP yang dimaksudkan tersebut hendaklah dinilai keahliannya dalam PAS dan kalau perlu hendaklah dipecat kerana tidak amanah dengan perjuangan. Wassalam.

ibnmustaffa said...

Malang sungguh penduduk Shah Alam ada MP sebegitu.......

Anonymous said...

Saudara,
Selalunya jika kita nak buat kerja baik ada saja suara-suara yang membantah. Jadi jangan saudara pedulikan suara2x itu kerana ia hanya halangan kecil buat orang yang jahil.

Yang perlu saudara pentingkan kini ialah laksanakanlah perintah Allah. Jangan saudara takut pada seorang ni. Pedulikan dia. Dia tu dah byk buat masalah, lebih mcm-mcm hal yg dia buat, ttg kuil,ttg church, tapi bila org sibuk bab azan tak mau pula dia masuk campur.

Pening betul ngan sorang ni.

Bawang Goreng said...

Assalamualaikum,

Barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma.

Kita sepatutnya kecewa dengan sikap sendiri

s azli sham said...

Salam....Saya sebagai penduduk di subang jaya merasa bangga.dan teruskan dengan perjuangan mengislamkan orang-orang umno yang dah lama terpesong.Kini masa kita untuk membetulkan yang tidak betul buat MP shah alam sila datang dahulu ke subang jaya baru cakap...