Friday, January 14, 2011

Malaysiakini terus bekerja jahat

Tidak cukup dengan menabur fitnah terhadap PAS Selangor dan Pesuruhjayanya, hari ini portal berita Malaysiakini menyerang pula usaha untuk memartabatkan Islam di Selangor. Jika bukan kerana mereka punya agenda jahat terhadap PAS dan Islam, mengapakah sekarang dipilih untuk sensasikan pula isu ini?

Malaysiakini melaporkan darihal langkah diambil oleh MPSJ (Majlis Perbandaran Subang Jaya) dalam mengawal umat Islam dari bekerja di pusat-pusat hiburan yang turut dilesenkan menjual arak. Langkah MPSJ yang diluluskan tanpa bantahan oleh Mesyuarat Penuh majlis berkenaan tahun lepas itu bertujuan menyelaraskan peraturan PBT berkenaan dengan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Seksyen 18 (2) enakmen itu menyebut: Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Peraturan ini adalah konsisten dengan enakmen negeri, ia tidak sekali-kali terkena ke atas masyarakat bukan Islam tetapi ke atas umat Islam demi membendung mereka dari terjebak dalam aktiviti yang dilarang oleh agama.
Malaysiakini melaporkan bahawa peraturan MPSJ ini menimbulkan resah dan gelisah khasnya dikalangan masyrakat bukan Islam. Mengapa begitu?

Tidakkah ini berkaitan dengan masyarakat Islam sahaja? Tidakkah sepatutnya sebarang usaha untuk menjadikan umat Islam insan yang lebih baik perlu disokong oleh semua. Apabila orang-orang Islam jadi baik, negeri selamat dan semua selamat.
Saya fikir peraturan ini patut disokong oleh semua termasuklah masyarakat bukan Islam. MPSJ tidak mengarahkan premis seumpama ini ditutup cuma jika mahu beroperasi jangan ambil pekerja Islam, bukankah arak itu haram buat umat Islam?
Bagi orang-orang Islam yang haram itu haram dan yang halal itu halal. Tidak ada yang haram yang boleh dihalakan atas apa nama sekalipun termasuklah hak asasi, kerana yang haram bukan lagi hak dalam Islam.

Sebarang tindakan menarik balik atau membatalkan larangan ini hanya akan menguris perasaan dan sensitiviti umat Islam. Ia seolah mencerminkan apa sahaja langkah diambil untuk kebaikan mereka dipandang serong dan tidak dihargai. Semua pihak mesti bertindak rasional dan terbuka. Jangan kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.

Dan dalam hal ini Malaysiakini telah berjaya mengadu-domba antara umat Islam dan bukan Islam. Inilah satu lagi kerja jahat mereka.

1 comment:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. Seperti yang saya ulas sebelum ini, nampaknya potal ini memangtak sudah-sudah dengan agendanya. Mereka berlagak bercakap tentang demokrasi tetapi yang pasti demokrasi hanya mereka rai kalau menguntungkan mereka tetapi apabila Islam hendak melaksanakan tuntutannya melalui lunas demokrasi maka mereka dengan sekarela telah menunjukkan belang mereka yang sebenar.

Adalah satu kesilapan besar bagi kita mengharap potal seperti Malaysiakini ini untuk membantu perjuangan kita. Bayangkan kalau Utusan Malaysia yang didukung oleh orang Islam pun bermusuh dengan perjuangan Islam, apalah yang kita boleh harap dari Malaysiakini.