Wednesday, January 05, 2011

Keputusan inkues Teoh Beng Hock cetuskan syak wasangka

Seingat saya tidak pernah dalam sejarah hidup menyaksikan mahkamah koroner mengembalikan satu keputusan seperti ini. Dalam kes mendiang Teoh Beng Hock yang dijumpai mati di kaki Bangunan Masalam, Shah Alam 16 Julai tahun lalu, mahkamah yang bersidang memutuskan “Teoh tidak membunuh diri atau dibunuh”!

Kalau keputusannya Teoh membunuh diri maka ketahuilah kita yang Teoh telah terjun dari tingkat 5 Pejabat SPRM secara sukarela. Kalau keputusannya Teoh dibunuh maka ketahuilah kita yang ada sesesorang atau sekumpulan orang yang telah menolaknya jatuh dari tingkat 5. Masalahnya di sini kata koroner – membunuh pun tidak, bunuh diri pun tidak. Bermakna Teoh mati entah tidak diketahui kerana apa??!!

Ini bukan soal agama atau bangsa, bukan juga soal anutan politik. Seorang warganegara Malaysia yang bertugas di Pejabat EXCO meninggal dunia tanpa diketahui punca dan sebabnya, bayangkan jika beliau itu adalah anak atau adik atau saudara-mara kita, pasti kita akan risau dan marah. Pasti kita mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Pasti kita mahukan keadilan.
Hati kecil saya bimbang yang keputusan ini terpaksa dibuat kerana sebab-sebab tertentu. Saya berhak mengemukakan syak wasangka kerana saya pasti saya bukan keseorangan dalam hal ini.

Gelaplah Malaysia kerana keadilan telah digerhanai dengan keputusan ini.

Takziah dan simpati kepada keluarga mendiang, keadilan wajib dituntut.

3 comments:

anakzaman said...

Tuan Roslan
Biasanya orang cakap terutama dalam dialog drama,filem,terutama terjemahan filem hindustan mengatakan "undang-undang itu adil"

Pengamal undang-undang pun kiranya ditanya soalan berkaitan mahkamah didalam tv mengatakan undang-undang negara ini adil.

Andainya Teo Beng Hong hidup kembali pergi jumpa hakim mengatakan perkara sebenar barulah orang akan mengatakan "manusia ini tidak adil" dan keputusan tuan adalah keputusan bangang".

Anonymous said...

hahaha..nie best punya verdict dah? baik punya kangaroo court malaysia nie?

bile laih yg memegang kuasa kek mesia nie nak bunuh diriiiiiiiiiiiiii????

Anonymous said...

kesimpulannya mudah. mati bukan kerana bunuh diri atau dibunuh, tapi mati kerana jatuh bangunan. itu saja. apa nak susah2. ;)