Tuesday, January 25, 2011

Benarkah kita gagal?

“Sidang DUN gagal” itulah tajuk pilihan Utusan Malaysia hari ini. Berita berkenaan merujuk kepada kegagalan Dewan Selangor semalam mendapatkan majoriti dua pertiga untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Sebagaimana kita ketahui kerajaan negeri Selangor semalam berusaha meminda Perlembagaan Negeri iaitu Perkara 58 Fasal 5 (Bahagian 2) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa DYMM Tuanku Sultan Selangor dan MB Selangor dalam melantik 3 pegawai eksekutif negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri, ketiga-tiga penjawat jawatan ini duduk dalam Mesyuarat EXCO Negeri.

Isu ini berbangkit ekoran perlantikan SUK yang baru iaitu Datuk Khusrin Munawi yang tidak melalui proses amalan biasa sebaliknya dicadang dan dikemukakan terus oleh kerajaan Pusat tanpa berbincang dengan kerajaan negeri yang telah pun mengambil inisiatif menyaring dan mengenal mpasti calon-calon yang paling baik dan layak menjawat jawatan tertinggi awam negeri ini.

Benar sidang DUN gagal meluluskan pindaan ini kerana setelah undian 34 menyokong manakala 20 menolak (satu tidak hadir kerana kerusi Pelabuhan Kelang telah dikosongkan). Kerajaan negeri perlukan sokongan dari sekurang-kurangnya 38 ADUN bermakna kekurangan 4 undi.

Apakah pengajaran dari episod ini?

Umno Selangor tidak mahu kembalikan kuasa Sultan dan rakyat. Umno Selangor hari ini masih pekat dan tebal menyokong cita-cita Tun Dr Mahathir di tahun 1993 lalu yang ghairah menghakis, mengekang dan merampas kuasa Raja-raja Melayu. Di Selangor ketika itu ada seorang pemimpin Umno semasa berbahas di Perhimpunan Agung Umno sehingga menyerang Almarhum Sultan Selangor kononnya membazir dan menghabiskan kewangan negeri. Itulah Umno dahulu dan inilah Umno yang sama yang melaung kononnya mahu berjuang mempertahan kedaulatan Raja-raja Melayu tetapi hakikatnya merekalah penderhaka terbesar.

Hakikatnya Pakatan Rakyat lah walau dihamburkan dengan pelbagai tohmahan yang sesungguhnya berusaha memartabatkan kembali kuasa Sultan dan rakyat tetapi ditolak mentah-mentah oleh Umno dan BN Selangor.
Rakyat Selangor perlu kembalikan Pakatan Rakyat pada PRU akan datang dengan majoriti dua pertiga. Jangan izinkan Umno dan BN menyalahgunakan bilangan kecil mereka untuk menyekat kebangkitan kuasa dan suara rakyat. Tolak terus Umno dan BN di Selangor.

Syabas kerajaan negeri dan MB Tan Sri Kahlid Ibrahim, walau kita gagal kali ini insyallah rakyat Selangor melihat dan tahu menilai, kita akan kembali mengukuhkan kerajaan negeri pada PRU akan datang dengan majority yang lebih besar dan selesa.

5 comments:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. Gagal semalam gagal bermaruah. UMNO berjaya menghalang sebagai berjaya dua wajah. Wajah sebelah tunjuk senyum pada sultan sedang wajah sebelah lagi tunjuk jengkil pada baginda.

Dengan ini mari kita nyatakan pada UMNO "Kalau kamu tak nak kembali kuasa sultan kami semalam dinDewan Undangan Negeri Selangor, insya Allah kami rakyatlah yang akan memuliakan sultan dan memartabatkan menteri besar kami tak lama lagi."

Daulat Tuanku! Daulat tuanku! Daulat tuanku!

Anonymous said...

Perarakan dan demonstrasi yg diadakan sempena sidang Dun kelmarin terdiri dari kuncu2 UMNO dan dikepalai oleh kalangan pemimpin Umno Bahagian seperti Ampang..apatu Dato IK..orang Ampang dah kenal sgt ketua bhg ni, macamanalah leh kekal lagi sebagai ketua walaupun telah menimbulkan byk masalah di kawasan Ampang..apalah yg UMNO leh berubah klu pemimpinnya dari zaman Tok Kaduk tak berubah2 sama je..alahai..camne nak ambik alih Selangor??..Pakatan Rakyat tetap di hati....

Anonymous said...

Sepatutnya tajuk tu kena tambah.
Sidang DUN Gagal: UMNO-BN Menderhaka.
Barulah betul.

Anonymous said...

Situasi di kampung x same dgn di bandar, terutama yang tinggal di kawasan perumahan rakyat atau kos rendah..ramai lg yang hidup dlm kesempitan ditambah pula dengan kenaikan harga barang sekarang ini..kebanyakan penduduk perumahan rakyat x pandang sangat siapa dia pemimpin mereka..asalkan kehidupan mereka cukup makan..tapi sekarang nk cukup pun mcm x cukup...nampaknya kerajaan pusat gagal mengekang kenaikan harga barangan malah kafe2 atau kantin di premis kerajaan sendiri pun harga makanannya naik..camne nak kawal harga di luar premis...nampaknya rakyat Malaysia kena pastikan kalau nak ubah harga barang kena ubah pemerintah..fikir2kanlah..

Anonymous said...

Sbg kakitangan krajaan di Selangor, membantah keras kenyataan TPM mengenai pentadbiran Selangor yg tunggang langgang, sebab banyak penambahbaikan dalam perjalanan pentadbiran spt mewujudkan banyak piawaian/garispanduan/mengambilkira pendapat/bantahan awam bagi semua jenis pembangunan untuk kebaikan rakyat Selangor dan org luar dr Selangor skalipun mendpt manfaatnya...penjimatan bajet serta kedudukan kewangan yang tidak membazir tidak seperti kerajaan sebelum ini...klu nk dikatakan kerajaan Selangor tunggang langgang, cuba tnya kakitangan kerajaan persekutuan, apa pandangan diorg tetang kerajaan mereka??tentu banyak yg negatif..jgn disebabkan motif politik, kakitangan kerajaan dibabitkan same...