Tuesday, December 28, 2010

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor “diculik” ?

Semalam Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hasan mengumumkan bekas Pengarah JAIS Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Dalam waktu yang sama MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa perlantikan tersebut masih belum muktamad.

Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri ini adalah penjawat awam yang paling kanan dalam negeri yang akan duduk sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berama MB dan barisan EXCO negeri. Oleh itu sewajarnyalah amalan memaklum dan mendapat persetujuan negeri dikekalkan. Langkah kerajaan Persekutuan “menculik” jawatan ini sangat dikesali dan tindakan melantik seorang pegawai yang sememangnya selama ini bermasalah dengan pentadbiran negeri sudah pastilah mencetuskan syak wasangka betapa wujudnya konspirasi menggagalkan kelicinan pentadbiran negeri.

Menurut beberapa portal berita kerajaan negeri telah bertindak proaktif melaksanakan pemilihan dari kalangan pegawai-pegawai kanan negeri yang layak dan berkualiti. Suatu pemilihan yang diketuai sendiri pimpinan negeri telah dilaksanakan dan tiga nama dari kalangan yang paling layak telah dipersembahkan kepada pihak Istana untuk dipilih.

Bagaimana KSN pula yang boleh memaklumkan bahawa pusat telah peroleh perkenan Istana Selangor sedangkan urusan dengan istana adalah hak negeri? Mengapa jawatan MB tidak dihormati?

Rakyat Selangor berhak mendapat seorang Setiausaha Kerajaan Negeri yang professional, berkaliber dan mampu melaksanakan tugas selari dengan kehendak dan aspirasi kerajaan negeri. Meletakkan seorang yang sebaliknya, sudah pasti akan merencatkan “delivery system” apalagi jika pegawai itu lebih cenderung kepada pihak yang mahu menggagalkan kejayaan negeri.

Rakyat Selangor telah memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk menerajui mereka, sebarang langkah seumpama ini dilihat sebagai usaha jahat memperkosa mandat itu dan membelakangkan kuasa dan hak rakyat. Jika BN dan Umno melonjak gembira dengan kerja “menculik” ini, jangan mereka lupa rakyat Selangor yang berilmu itu sedang melihat dan memerhati perkembangan yang memalukan ini.

Saya yakin dan percaya tindakan tidak demokratik ini akan mengundang kemarahan rakyat dan Umno serta BN lah yang bakal menjadi mangsa paling besar apabila ralyat melaksanakan hak mereka pada pilihanraya umum ke 13 nanti.
Selamat mencabar kesabaran rakyat.

5 comments:

lan said...

Dulu saya hormat juga la dgn KSN. Sekarang ni, hormat saya pada saya tiada. Selamba je buat keputusan macam ni!

-thethinker- said...

tak susah... buat jee mcm penang , KM tak nak sign watikah perlantikan ...

Anonymous said...

betoi.. tak yah sain..
lepas tu bagi satu kerusi dan meja
tepi tangga suruh dia dok kat situ..

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. Kalau inilah cara UMNO (saya tak nak kata BN sebab ini sebenarnya lebih pada tindakan UMNO berseorangan) nampaknya Malaysia tidak akan mencapai tahap berpolitik yang bertamadun dan berklas dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan mungkin Indonesia. Untuk mencapai politik matang semua pihak harus bersikap matang kerana kalau satu pihak sahaja berusaha untuk mematangkan politik kita pasti ia akan gagal.

Selagi UMNO berpolitik bodoh maka PAS, DAP dan PKR terpaksa berhadapan dengan mereka juga dengan cara bodoh dan akhirnya rakyat akan terus disaji dengan politik bodoh. Pakatan Rakyat berusaha keras untuk mematangkan demokrasi dan cara berpolitik tapi UMNO-BN masih nak kekal dengan politik bodoh, kuno dan tidak bertamadun mereka maka kita tidak ada pilihan terpaksa melayan mereka juga dengan bodoh. Kalau tidak kebijakan yang kita usaha akan dikhianati oleh kejahatan politik bodoh UMNO.

Oleh yang demikian, kita tidak ada pilihan lain jika hendak mematangkan politik kita maka pastikan UMNO-BN tumbang dalam pilhanraya akan datang.

Menyentuh isu perlantikan ini, saya berjanji akan ke peti undi akan datang dengan dendam bagi membalas kejahatan UMNO ini. UMNO benar-benar mencabar kesabaran rakyat Selangor dan kita tunggu masanya.

Buat rakyat Selangor, ingat andai UMNO menang dalam PRU ke-13 nanti kita rakyat akan jadi mangsa dendam mereka seperti di Trengganu. Jangan benar ini berlaku kerana UNNO memang "jahat".

Anonymous said...

nie negeli bukan kah tahap cam gaban..negeri sekelas ngan zimbabwe..psl itu ke tua selalu kata negeri nie cam tu gak...!

heheheh...suh org tu duduk tepi tangga bangunan KN kek shah alam....jejalan sambil makan kacang putih?