Tuesday, December 14, 2010

Selamat Hari Jadi Tan Sri Khalid

Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 64 kepada MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Semoga Allah swt mengurniakan kekuatan untuk terus memimpin rakyat Selangor dengan adil dan bersih kearah kemakmuran dan kesejahteraan sejati. Semoga Allah swt teguhkan iman, pertajamkan taqwa, terus mengabdikan diri kepada Nya setiap waktu dan ketika.

Saya diberikan kesempatan mengenali Tan Sri seawal penyertaan beliau ke dalam PKR. Saya yang ketika itu mengetuai WTV8 sempat membikin sebuah segmen temuramah khas bersama beliau, sebelum pun menjadi MB. Saya diberikan kesempatan bersama beliau dalam beberapa siri ceramah politik awal termasuklah program pengenalan bersama PAS yang turut diserta Dato Dr Hasan Ali ketika itu.

Pernah berdemo bersama beliau di hadapan MPK ketika isu “Istana Zakaria”, memperkenalkan beliau kepada para pengundi khasnya penyokong PAS semasa pilihanraya kecil DUN Ijok. Dan banyak lagi peristiwa bersejarah dan manis semasa awal kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor sehinggalah beliau dilantik menjadi MB.

Beliau seorang yang jujur, keras bekerja dan sentiasa proaktif dan positif dalam pendekatan dan pemikiran.

Selangor bertuah kerana dikurniakan pemimpin seperti beliau.

Selamat hari jadi Tan Sri.

5 comments:

Anonymous said...

Selamat hari jadi TSKI, ramai kakitangan agensi kerajaan negeri dan PBT menyukai cara pengurusan TSKI, semakin lama semakin meningkat sokongan kepada kerajaan negeri...

Unknown said...

Selamat hari ulang tahun kelahiran, Tan Sri. Mudah-mudahan Allah memberikan inayat-Nya kepada TS dalam upaya meningkatkan keadilan sosial dan penerapan konsep negeri/negara berkebajikan yang dituntut oleh agama.

Nor Azman bin Sukerman said...

Selamat hari ulang tahun buan Tan Sri. Moga kesejahteraan dari Allah dapat Tan Sri kecapi agar kami dapat terus tumpang berpayung di bawah kepimpinan Tan Sri.

Nadzri said...

Selamat Harilahir Tan Sri,
Semoga Allah pelihara Tan Sri, berikan kekuatan dan semangat untuk Tan Sri mentadbir kerajaan Selangor, bumi bertuah ini...Amin

Anonymous said...

t kasih dan heppi bday tsk. Wpun saya org trg tak semena2 dpt bonus akhir thn.bonus air.gov trg pun tak pernah bagi saya bonus.