Sunday, October 03, 2010

Umno lupa rekod buruknya

Pernah suatu pilihanraya kecil terpaksa diadakan di Gemenceh, Negeri Sembilan. Ia berikutan kematian seorang ADUN nya (Speaker DUN) yang telah ditembak mati dalam satu kejadian yang sarat dengan konspirasi dan penggunaan ilmu hitam. Setelah pihak polis selesai menyiasat antara orang yang diseret ke muka pengadilan adalah seorang ahli parlimen Umno bertaraf Menteri. Yang kemudiannya didapati bersalah dan dihukum mati. Hukuman ke atas beliau akhirnya diringankan ke penjara seumur hidup dan atas belas ikhsan pihak istana diampunkan.

Kemudian beberapa tahun berikutnya Negara digemparkan dengan kematian seorang lagi wakil rakyat Umno. Kali ini di Pahang. Beliau meninggal dunia akibat dibunuh begitu sadis dan kejam sekali. Dicincang dalam keadaan disihir angkara konspirasi dan ilmu hitam juga.

Nak ceritanya, kalau kita ikuti perbicaraan kes-kes ini di mahkamah. Kedua-duanya berkisar dan berligar sekitar pemilihan pucuk pimpinan dalam Umno. Angkara perebutan kuasa dalam Umno, mereka sanggup dan tergamak menggunakan apa sahaja untuk menang. Bukan bertumbuk atau baling-baling kerusi, dalam kedua-dua kes ini ilmu hitam digunakan dan paling tragis sekali sehingga berbunuh-bunuhan semata-mata kerana nak kekal berkuasa dalam parti.

Kebelakangan ini media arus perdana khasnya menonjolkan isu pemilihan pucuk pimpinan dalam PKR. Ada-ada sahaja insiden yang mahu dan perlu dibesar-besarkan. Bertumbuk, berbaling kerusi, hempas peti undi dan lain-lain. Matlamatnya biar rakyat takut dan menjauhi parti ini, biar rakyat akhirnya kembali pada Umno, satu-satunya parti penyelamat bangsa, agama dan Negara.

Begitulah harapan mereka walau mereka tahu Umno mengikut sejarahnya kalau berebut pucuk pimpinan bukan sekadar itu, malah sampai berbunuh-bunuh pun sanggup. Parti yang hidup besar sampai diharamkan. Tidak Umno tidak ganas yang ganas PKR.

Aduhai percaylah wahai rakyat Malaysia yang harap-harapnya masih tuli dan buta politik.

2 comments:

Anonymous said...

saya tertanya-tanya...

kenapa terlalu sukar untuk menerima kelemahan sendiri?

kenapa perlu bandingkan keburukan kita dengan keburukan orang lain?

kes Dato'MH( saya percaya ini kes yang dimaksudkan) sudah lama berlalu dan boleh dianggap terpencil dan bersifat peribadi jika dibandingkan dengan situasi pemilihan PKR sekarang..

sepatutnya, PKR perlu terima kenyataan serta berusaha membaikinya...

PKR bakal hancur.......

roslan sms said...

Terima kasih atas pandangan saudara. Tetapi ini gelanggang politik, dalam politik semuanya berpijak pada perbandingan.

Kalau begitu jangan serang orang lain. Cukup dengan apa yang ada pada kita. Tetapi politik tidak begitu.

Kenapa media arus perdana meggambarkan keburukan dari pemilihan PKR.......kerana mereka juga terpengaruh oleh politik. Kerana itulah kalau mahu serqang PKR lantaran cara perjalanan mesyuarat mereka, apa kurangnya Umno.......perbandingan, memang tetapi itulah politik.