Friday, October 01, 2010

Biarlah PKR dengan cara mereka

Baru-baru ini saya sempat bersarapan pagi bersama Tuan Syed Shahir Syed Mohamud, Timbalan Pengerusi PKR Selangor merangkap Ketua Cabang Kelana Jaya yang juga selaku Presiden MTUC. Saya dan Tuan Syed adalah kawan lama, beliau seorang pejuang tulen yang saya kagumi dan sentiasa terpesona dengan hujah dan kekayaan ilmu dan pengalamannya.

Ketika berbual saya ceritakan pada Tuan Syed yang saya sehari sebelumnya telah dihubungi oleh seorang rakan wartawan media arus perdana. Akhbarnya memang dibenci oleh sebahagian besar rakyat, dan ketika itu mereka sedang mahu sensasikan pergelutan dalaman yang berlaku dalam PKR yang sedang menghadapi proses pemilihan pimpinan.

Beberapa insiden dalam proses pemilihan diperingkat cabang dijadikan bukti bahawa PKR sedang bergelora ke arah perpecahan besar.

Saya beritahu Tuan Syed yang saya nyatakan pada wartawan tadi PKR sedang melalui satu sejarah yang sebenarnya tidak pernah ditempa oleh mana-mana parti politik di Malaysia sebelum ini. Kata saya PKR sedang memperkenalkan demokrasi secara terus atau “direct democracy” yang paling baik dalam amalan demokrasi. Yang lainnya mengamal demokrasi berperwakilan, ada juga langsung tiada demokrasi malah kukubesi.

Sesuatu yang baru pastilah menarik perhatian. Yang penting adalah kemahuan untuk memperkenalkan perubahan ke arah yang lebih baik. Dan kata saya pada Tuan Syed, pasti komen saya akan dibaku sampahkan oleh akhbar itu, betul pun.

Berbalik kepada proses pemilhan dalam parti.

Lihatlah Umno. Belum pun menghampiri bau “direct democracy” sudah riuh berpecah, punah ranah. Baru amalkan demokrasi berperwakilan pun dah ranap. Siapa punya parti yang sampai dikuburkan angkara proses pemilihan parti, diharamkan, jika tidak Umno!

Tanyalah Pengarah Pilihanraya DUN Galas, Ku Li, bagaimana beliau diperlakukan angkara demokrasi ala Umno. Demokrasi dibega-bega dan ditukang-tukang dan ditunggang kerana yang berkuasa mahu terus berkuasa. Tanyalah Dr Mahathir yang menggodam Umno lantaran mahu tepis ancaman dari Ku Li.

Parti siapa yang perkenalkan “kouta” sehingga jawatan tertinggi parti tidak mampu dicabar oleh sesiapa pun. Ku Li pilu kerana tak mampu cabar Dollah Badawi yang lemah itu.

Tiba-tiba bila PKR mahu amalkan proses pemilihan yang mereka yakin lebih telus dan terbuka, anasir-nasir pembunuh demokrasi ini yang mahu bersuara. Biarlah PKR dengan cara mereka, bak kata Musa Hitam ketika merajuk angkara perubatan kuasa dalam Umno satu ketika dahulu, “Jagalah Umno baik-baik”.

Syabas PKR kerana berani memperkenalkan suatu amalan yang baru. Teruskan perjuangan demi kebaikan rakyat dan Negara.

Esok beberapa rakan saya akan berentap di cabang masing-masing termasuklah Tan Sri Khalid di Kuala Selangor, YB Azmin di Gombak dan Tuan Syed sendiri di Kelana Jaya. Semoga mereka terus kekal memimpin PKR dan bersama dalam PR melangkah ke ambang Malaysia yang lebih adil dan sejahtera. Selamat bersidang.

1 comment:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. Sebenarnya apa yang berlaku di dalam PKR memang decemburui oleh semua orang. Apa yang cuba dilakukan oleh PKR adalah suatu bentuk demokrasi dalam pertubuhan siasah yang sebenarnya menjadi idaman ahli-ahli parti lain. Sebenarnya kita memang merasa puas kalau kita sama-sama dapat memilih presiden parti kita secara langsung dan bukan menyerahkannya kepada perwakilan dalam persidangan, konggeres atau muktamar. Jadi, pasti di kalangan ahli-ahli UMNO juga inginkan kaedah yang sama seperti PKR itu dilaksanakan dalamUMNO itu sendiri.

Seandainya apa yang cuba dilaksanakan oleh PKR itu berjaya, ia akan menimbulkan suatu ledakan besar dalam UMNO dan inilah yang menakutkan presiden dan timbalan presiden mereka. Nagib dan Muhyidin pasti tidak akan mampu menyuruh 3 juta ahli UMNO mengundi mereka dan berdasarkan pencapaian mereka berdua rasanya 3 juta ahli UMNO akan menolak mereka. Itulah sebabnya pemilihan PKR cuba digambarkan boleh mendatangkan keburukan kepada parti bukan kebaikan.

Macam mana Muhyidin nak ada kuasa pada 3 juta ahli UMNO, Pada cikgu sekolah pun dia tak ada kuasa nak bertindak. Kalau kuasa diberi pada 3 juta ahli UMNO maka tak payah tunggu pilihanraya umum lah kerana pemilihan parti pun sudah cukup untuk mencampak mereka ke dalam muzium sejarah.