Friday, July 23, 2010

Tidak ada kerjasama PAS-Umno di Selangor

Saya hairan bagaimana permainan politik Umno boleh menjerat dan memerangkap sebahagian kita sehingga akhirnya kita terdorong untuk menembak sesama sendiri sedangkan musuh gegak-gempita gembira tanpa sebutir pun peluru mereka terlepas.

Telahan dan mainan pihak tertentu menjadi modal untuk membunuh sesama sahabat. Ini membuat kita berfikir Umno sahajakah yang beragenda atau sesama kita pun ada agenda cantas-mencantas?

PAS bersedia menjadi galang-ganti kepada Umno jika ia ditolak oleh orang Melayu di Selangor. Terbaru Ahad lepas saya ke Tanjong Karang, membentangkan kertas kerja, bagaimana kita berharap saki-baki 12 kerusi Umno termasuklah Sg. Burong yang ditandingi PAS dapat ditawan.

Isnin lepas kita mengadakan mesyuarat dwi mingguan Majlis Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Berbagai isu strategik dibincangkan. Mesyuarat dipengerusikan Tan Sri Khalid dan berjalan mesra dan lancar. Tiada pun isu “perpaduan Melayu”, “kerjasama Umno-PAS”, “Harusaani” dibincangkan kerana saya yakin kawan-kawan semua tidak langsung terpesona dengan agenda lapok Umno. Buang masa saja.

Kita punya banyak kerja yang mahu dibereskan. Pakatan Rakyat Selangor perlu diperkasakan. Kerusi-kerusi yang kita kalah mahu kita tawan. Kita mahu meyakinkan para penyokong dan rakyat kita di Selangor bahawa cerita-cerita basi BN akan panggil pilihanraya awal langsung tidak menarik minta kita.

Bubarlah parlimen tetapi DUN Selangor akan kekal hingga ke akhir penggal.

Cukup-cukuplah kita bersengketa sesama sendiri. PAS Selangor tidak berminat kerjasama dengan Umno, malah kalau benar pun mahu kerjasama boleh masuk logik akal mereka yang celik politkkah? PAS ini satu organisasi besar bukan milik PAS Selangor, macam mana kalau benar mahu kerjasama PAS Selangor sahaja yang kerjasama……kematangan perlu mengatasi diri, jika tidak orang hilang hormat pada kita walaupun kita bergelar yang berhormat.

Sekarang isu yang perlu ditanya adalah sumbangan kita ke arah memantapkan jemaah. Sumbangan kita ke arah memperkasakan Pakatan Rakyat. Sebuah akhbar Mandarin hari ini melaporkan DAP dan PAS Selangor mendahului parti-partilain termasuklah Umno dalam gerakan mendaftarkan pengundi baru.

Biarlah kerja pecah-belah ini dimainkan oleh Umno. Parti Islam tidak pernah mentarbiyahkan ahlinya untuk jadi begitu.

Tidakkah Pesuruhjaya PAS Selangor ada jumpa Mufti Perak baru-baru ini?

Inilah soalan sensasinya. Tambah sensasi kerana dunia sedang terbuai oleh mainan Umno berkenaan kerjasama Umno-PAS. Tambah ada pula mendakwa ada video, tetapi yang saya tahu yang didakwa turut berada dalam video itu tidak pernah berada di situ…….demikianlah nilainya penyampai berita tersebut yang memang tersohor rendah maruahnya. Tambah ada yang terus mahu usul beliau dipecat!

Apa pun saya tiada jawapannya. Orang yang didakwa itu berada di luar negara, insyallah pulang malam ini. Dan biarlah beliau menjelaskan, beliau bukan orang baru dalam politik. Saya yakin ramai sudah tahu jawabannya. Contohnya Ketua Penerangan PAS Perak menulis dalam blognya:

Sebenarnya saya tahu dengan siapa Harussani bertemu malah tahu di mana pertemuan itu lengkap dengan tarikh dan jam pertemuan.

Matlamat pertemuan itu saya sahkan bukan untuk membincangkan isu perpaduan antara PAS dengan UMNO seperti yang didakwa olehnya.

Begitulah dramatiknya hidup ini kiranya kita bekerja untuk mencari salah orang semata-mata. Orang lain pukul gendang kita yang menari............

1 comment:

Anonymous said...

UMNO memang nak sangat2 rampas Selangor, tapi bile tengok sesama UMNO pun bertelagah dan bercita2 nak jadi MB, meluat pulak tengok..dahlah banyak taik yang ditinggalkan pada PR..ada hati nak ambik balik Selangor...cite pasal air dan pasir semua cite basi 10 tahun yang lepas..semuanya niat nak mengkayakan kroni yang tengah sakit...tak kisahlah dengan Pr sekarang, walaupun masih baru dan banyak lagi yang kena belajar...pada akhirnya PR lebih mengutamakan kebajikan serta kesejahteraan rakyat...