Monday, July 19, 2010

Tak kan hilang kuasa politik Melayu

Isu perpaduan Melayu sekali lagi secara tiba-tiba dimainkan. PAS dan Umno perlu berkerjasama demi perpaduan Melayu. Mufti Perak mahu jadi jurucakap banyak pihak mahu turut membantu. Soalnya mendesakkah isu ini?

Ada yang sehingga menggambarkan jika inisiatif tidak diambil menjelang PRU ke 13 nanti orang Melayu akan hilang kuasa di Tanah Airnya sendiri, menolak sama-sekali kata-kata hikmat Hang Tuah: ”Tak Melayu hilang di dunia!”

Berderau darah jika orang Melayu hilang kuasa! Macam mana boleh jadi begitu atau yang sebenarnya akan hilang kuasa adalah parti siasah tertentu?

Disaat ini kerajaan Pakatan Rakyat khasnya di Selangor dan amnya dilain-lain negeri Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan semakin kukuh kedudukannya. Kemampuan memimpin dan membawa perubahan meyakinkan rakyat bahawa mereka telah membuat pilihan yang tepat.

Inilah sebenarnya yang merungsingkan sesetengah pihak. Lebih tepat lagi Umno. Kerana jika rekod ini kekal maka PRU ke 13 nanti yang jadi mangsa adalah Umno.

Kalau Umno jadi mangsa ditolak rakyat dalam PRU ke 13 nanti hilangkah kuasa politik Melayu? Saya rasa tidak, kerana realitinya Umno berentap dengan calon dari PAS dan kalangan calon Melayu dari PKR setiap kali pilihanraya termasuklah nanti PRU ke 13.

Kalah Umno menang PAS dan menang calon Melayu PKR oleh itu macam mana kuasa politik Melayu boleh hilang?

Kerana risiko kehilangan kuasa Umno lah maka barangkali didendangkan lagu perpaduan Melayu ini. Mengapa semasa PAS kalah teruk dalam PRU 2004 atau beberapa PRU sebelum ini tidak didendangkan lagu ini?

Kesimpulannya lantaran itulah PAS dan saya yakin ramai umat Melayu tidak berapa terhibur dengan dendangan lagu ini. Bukannya sombong bukannya jual mahal tetapi ianya tidak relevan dan ianya dilihat penuh tipu-muslihat.

Berikut kenyataan resmi PAS Selangor berkenaan perkara ini:

KENYATAAN AKHBAR
PAS SELANGOR TOLAK KERJASAMA POLITIK DENGAN UMNO


Isu perpaduan Melayu yang cuba dijadikan agenda politik oleh Umno dipandang tidak relevan oleh PAS Selangor. PAS Selangor merasakan agenda ini cuba diketengahkan oleh Umno semata-mata untuk memecahkan perpaduan erat dalam Pakatan Rakyat khasnya di negeri Selangor.

Sejak bulan Mac 2008 sehinggalah ke saat ini PAS Selangor semakin selesa dan begitu komited dalam memperteguhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang didokong bersama PKR dan DAP lantaran menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat jelata.

Orang-orang Melayu di negeri Selangor kini semakin terbuka dan dapat menerima kesungguhan dan keikhlasan pimpinan PAS dalam memimpin mereka. Umno di Selangor semakin dipinggirkan dan tidak mustahil dengan rekod cemerlang kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat dokongan PAS, Umno Selangor akan terus ditolak khasnya oleh orang-orang Melayu sendiri.

Pimpinan PAS pelbagai peringkat termasuklah akar-umbi kini sudah bersedia untuk mengambil-alih saki-baki amanah kepimpinan Melayu yang dipegang oleh Umno di Selangor untuk digantikan dengan kepimpinan Islam yang lebih adil dan meyakinkan seluruh masyarakat.

PAS Selangor memberi jaminan kepada orang-orang Melayu di negeri ini agar jangan bimbang dan khuathir kerana kiranya Umno hilang kuasa di negeri ini maka kuasa politik itu akan beralih ke tangan pimpinan Melayu dalam PAS dan PKR yang ternyata lebih jujur dan bersih dalam memimpin agama, bangsa dan negeri ini.

DIKELUARKAN OLEH:
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR

18 Julai, 2010


Sila rujuk:

http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story7970251.asp

4 comments:

ghostWRITER said...

takkan hilang kuasa melayukah bila Parlimen bayak dikuasai oleh DAP? kau cuba kira berapa banyak kerusi DAP di Dewan Rakyat sekarang? Dan berapa pula untuk PAS? Jika DAP mempunyai kerusi yang lebih takkan DAp nak bagi lalu untuk Anwar jadi PM? pikirla sikit...

Anonymous said...

Salam..Melayu boleh bersatu di bawah bendera PR...ada PAS dan PKR...takkan nak mengharap UMNO je...yang penting berani berubah...dari segi perjalanan politik sama je antara BN dan PR...tapi bagilah peluang PR perintah Malaysia...

Unknown said...

Pertukaran pemerintah adalah sunnah
dunia,maka apa nak ditakutkan,melay
u kalau nak maju mesti menhadapi risiko sebagaimana negara2 maju di
asia dan eropah,mereka sering menukar pemerintah adakah mereka kebuluran atau dibuang kerja oleh pemerintah baru.
perubahan perlu utk kematangan bangsa melayu,selagi umno/BN memer
intah pusat maka selama itu lah kita akan di jajah dan di takut2kan
oleh rejem sedia ada.perkauman aka
n terus membelenggu pemikiran kita
rasuah,salah guna kuasa akan berterusan tampa segan dan silu.golongan elit yg mengekadarah
harta rakyat akan terus bermaharaja
lela dari jenarasi kejenarasi yg bertukar hanya nama mereka sahaja
sedangkan mereka dari datok keanak
kecucu mencemkam kuasa tampa perubahan drastik .

Anonymous said...

salam...
saya dah makin tak faham dengan pimpinan PAS...
Kalau dulu saya merupakan seoarang yang kuat menyokong PAS tetapi sekarang saya amat kecewa dengan pimpinan PAS...
Adakah orang berusaha nak bersatu dan berbaik-baik seperti SS TS Dr Harussani kita halang...
Ingatlah sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang menyatukan kaum aus dan khazraj; muhajirin dan ansar di bawah lembayung Islam...
Kenapa pimpinan PAS mengenakan syarat untuk menukar perlembagaan UMNO kepada Islam untuk bersatu dan tidak mengenakan syarat sebegitu kepada PKR dan DAP...
PAS semakin bercelaru kerana pemimpinnya lebih politik kepartian daripada memperjuangkan Islam...