Thursday, June 10, 2010

Malaysia tak serius menangani isu Palestin.

Satu hari kita bertempik menyatakan bantahan keras pada regim haram Israel, menuntut dunia mengutuk dan bertindak keras terhadap mereka angkara jenayah kemanusiaan mereka terhadap rakyat Palestin khasnya di Gza dan Tebing Barat, tetapi diwaktu yang lain kita menyepi apabila Israel berlabuh di bumi kita!

Kemneterian Pengangkutan bersahaja menyatakan memang selama ini kerajaan kita membenarkan kapal-kapal kargo Israel memasuki pelabuhan negara bagi urusan perdagangan.

Tidakkah inimenjadikan Malaysia satu negara hipokrit! Berlakon di pentas seolah kita juara dan jaguh. Lihat anak-anak bangsa kita sanggup merempuh tentera dan kapal perang Israel demi kemanusiaan rupanya demi keuntungan kita juga mengalu-alukan penjenayah dunia ini berdagang dengan kita asal sahaja kita untung.

Syaratnya kapal-kapal Israel jangan kibarkan bendera mereka apabila menghampiri dan berlabuh di pelabuhan kita dan anak-anak kapal mereka tidak dibenar turun. Tidakkah ini menjadikan kita satu negara tidak bermaruah dan bermoral di bawah kerajaan BN?!

Anak bangsa Palestin menderita angkara tindakan kebinatangan regim haram ini, menahan dan menyekat bantuan dunia masuk ke Palestin.Kerana itu mereka terpkasa menyabung nyawa mengorek terowong-terowong tanah, meneyeludup masuk barang-barang, memohona dan merayu bantuan dunia. Israel ini jahat, Israel ini tidak berperi kemanusiaan.

Tiba-tiba kita yang kononnya mahu menjadi jaguh isu ini senang-senang mengizinkan pedagang-pedagang negara haram itu datang berdagang ke sini. Tidakkah kita fikirkan keuntungan yang mereka raih itulah nanti yang akan memodalkan pembelian senjata yang akan menghala dan meledak ke arah rakyat Palestin?!

Kerajaan Najib Tun Razak perlu berterus-terang. Hentikan terus apa sahaja bentuk kerjasama dan perdagangan dengan Israel. Duit mereka haram di negara kita kerana mereka bukan manusia tetapi binatang. Jangan berdegar-degar bagai ayam jantan perkasa tetapi hakikatnya ekor begelumang najis yang jijik dan busuk.

1 comment:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. Bagi saya sejak dari hari pertama peristiwa penyerangan dan pembunuhan sukarelawan dalam Mivi Marmara lagi saya sudah kecewa dengan cara Kerajaan malaysia mengendalikannya.

1. Pemimpin-pemimpin bukan kerajaan termasuk pemimpin dari komponen Pakatan Rakyat sebenarnya lebih awal membuat kecaman dan menunjukkan kemarahan mereka berbanding dengan kerajaan. Seingat saya sehingga 10 malam 31 Mei 2010 masih belum ada kebyataan rasmi dari Perdana Menteri Malaysia dan pihak Wisma Putra.

2. Kerajaan Malaysia dari awal lagi tidak membuat kenyataan yang bersifat berterus terang terhadap Amerika Syarikat sama ada dalam akhbar mahu pun di dalam pembentangan usul di Parlimen Malaysia. Kenyataan mereka masih bersandarkan kepada PBB, OIC dan NAM. Kenyataan terhadap Israel memang lebih bersifat telunjuk lurus kelingking berkait.

3. Sebenarnya hubungan dagang dengan Israel memang bukan perkara baru. Saya sebagai telefonis pernah menyambungkan panggilan ke Israel bagi pihak majikan saya dan saya penuh yakin itulah adalah urusan perdagangan antara syarikat Malaysia dengan dengan pedagang Israel. Sekurang-kurangnya dalam urusan perdagangan yang majikan saya kendalikan pasti akan melibatkan Israel di salah satu peringkat dagangan dari pengeluar pertama hingga ke pengguna terakhir.

4. Keengganan Pemuda UMNO bersama dengan pemuda PR untuk berdemontrasi adalah satu lagi permainan mereka. Dalam kedua-dua demontrasi tersebut, demontrasi PR jauh lebih ramai dari UMNO, maka munasabahnya UMNO harus datang bersama PR.

Jadi kesediaan kerajaan malaysia menerima dan mebenarkan kapal Israel berlabuh di pPelabuhan-pelabuhan Malaysia adalah wajah sebenar UMNO. Kemuncaknya adalah mendakwa Datuk Sri Anwar Ibrahim di Parlimen hanya kerana pendedahan mengenai penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia. Orang yang didedah tidak disiasat sedang orang mendedah menghadapi resiko untuk dihilangkan kelayakan sebagai ahli parlimen. Bagi saya mereka memang berpura-pura dalam isu palastin ini dan kalau mereka cuba menunjukkan simpati hanya bertujuan mendapatkan undi orang Melayu dan bukannya atas semangat ukhwah dan jihad.