Friday, May 07, 2010

Sehari sebelum penamaan calon di Sibu

Saya selamat tiba di Sibu kira-kira jam 10.40 pagi tadi. Saya bersama rombongan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali. Pesawat MAS dari KLIA berlepas kira-kira jam 8.50 pagi tadi. Turut berada dalam pesaawat yang sama adalah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dan rombongan, Senator Tunku Aziz dan seorang EXCO Pulau Pinang selain rombongan BN diketua Shahrizat Jalil.

Rombongan Pemuda dan Muslimat PAS Selangor dijangka tiba lagi dalam penerbangan disebelah petang. Sdr Khairuddin Othman, Setiausaha Perhubungan PAS Selangor dan rombongan sudah pun berada di sini sejakabeberapa hari lalu.

Hotel di Sibu dilaporkan semuanya telah penuh dengan sebahagian besar disapu oleh pihak BN. Para petugas PAS akan ditempatkan dibeberapa rumah sewa yang telah dikenal-pasti.

Parlimen P.212 Sibu mempunyai 55,003 orang pengundi. Pengundi Cina adalah kelompok yang terbesar iaitu 36,640 atau 66.6 peratus. Diikuti Iban 16.3 peratus dan Melanau 16.2 peratus. Terdapat tiga DUN di sini iaitu Nangka (majaoriti Melanau), Pelawan (majoriti Cina) dan Bawang Assan (majaoriti Cina).

Saya tidak pasti apakah harapan calon Pakatan Rakyat dari DAP, memang setelah kita tewas di Hulu Selangor, BN dijangka lebih berkepak lagi,walaubagaimanapun semuanya tertakluk pada kualiti kerja masing-masing semasa kempen pilihanraya dan bantuan dari Allah swt.

Semasa dalam pesawat saya terserempak dengan bekas calon Umno di Kelantan. Beliau seorang bekas polis dan kawan rapat keluarga saya. Kata beliau ini lawatan keduanya ke Sibu dalam tempuh terdekat ini. Menurut beliau setakat ini bacaannya condong pada pihak PR.

Saya sekadar tersenyum namun tahu yang kawan saya itu serius. Apa pun masa masih terlalu awal, yang penting kita jangan sekali-kali "over confident", kerja mesti tersusun dan terancang. Kemenangan di Sibu penting buat PR setelah kita tewas di Hulu Selangor.

Sebenarnya keputusan setakat ini adalah seri 1-1 iaitu melibatkan kemenangan merampas kerusi lawan. PR berjaya rampa Parlimen Kuala Terengganu dari BN dan BN berjaya rampas kerusi Hulu Selangor dari PR. Jika PR menang Sibu bermakna 2-1!

1 comment:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. Kalau berkesempatan jangan lupa kemaskini maklumat dari Sarawak. kami juga tertunggu-tunggu perkembangan dari perspektif orang-orang Pakatan Rakyat dan PAS sendiri. Kalau dari UMNO-BN tak payah cari dia datang sendiri tanpa diundang kerana dia orang tak tau nmalu.