Sunday, May 30, 2010

GAS bercaun bakal mengorbankan Samy dan kawan-kawan

Nampaknya tiada komponan parti BN yang terkecuali dari krisis dan perpecahan dalaman. Terbaru MIC dengan krisis kepimpinannya sehingga mencetuskan GAS ataupun Gerakan Anti Samy yang dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pemuda parti tersebut yang telah dipecat oleh Samy.

Krisis atau masalahan dalaman mana-mana parti pun jika tidak ditangani dengan baik dan cermat akan mengakibatkan keruntuhan dan kehancuran parti itu ditangan ahli-ahlinya sendiri. Sejarah politik di Malaysia telah melihat banyak parti yang menimpa nasib yang sebegitu.

Dalam memperkatakan isu krisis dalaman ini saya tertarik dengan kenyataan bekas PM Tun Dr Mahathir. Tun dizamannya juga sebenarnya tidak sunyi dari krisis, tetapi lumrah orang yang telah tidak berjawatan, segala yang dizamannya nampak indah manakala yang pada orang lain tampak hodoh.

Kata Tun sebagaimana dipetik akhbar Sunday Star hari ini:

Dr Mahathir urged Umno members to voice their concerns if their leaders were not on the right track.
(Dr Mahathir menyeru ahli-ahli Umno agar menyuarakan kebimbangan mereka sekiranya pemnimpin-pemimpin mereka tersasar dari landasan perjuangan)

Tambah beliau:

If they feel their leaders are not listening they can even challenge them.
(Sekiranya mereka merasakan pimpinan mereka tidak lagi mendengar maka pemimpin itu boleh dicabar)

Lihatlah apa yang ebrlaku ke atas Tun apabila Tengku Razaleigh mencabar beliau sebagai Presiden dalampemilihan Umno tahun 1987. Bukan hanya Ku Li dan penyokongnya menjadi mangsa sehingga akhirnya tertendang keluar dari Umno, Umno sendiri telah diperkudakan agar mengikut telunjuk Tun. Peraturan melibatkan kuota dan subsisdi akhirnya dipaksa masuk dalam peraturan Umno sehingga mengakibatkan tiada lagi yang berani mencabarnya selepas itu.
Itu dikalangan Umno, yang lain pula samada dari parti pembangkang mahupun NGO habis semuanya disumbat ke Kamunting semata-mata kerana berani mencabar atau mempertikai keputusan beliau.

Jangankan mereka di atas, hakim-hakim habis semuanya dipecat semata-mata kerana Tun mahu terus menongkat langit!

Sebernarnya apa yang berlaku pada tahun 1987 ditangan Tun sehinggalah hari ini, krisis yang melanda semua komponan BN adalah angkara bikinan tangan pimpinan BN itu sendiri. Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP (dan komponan dari Sabah dan Sarawak) semuanya tenat, retak dan sedang menunggu belah. GAS beracun bukan sekadar menyerang Samy tetapi yang lain juga akan tersedak menghidunya, hanya masa yang akan menetukan.

Ikutlah nasihat Tun, kalau pemimpin sudah tidak lagi mendengar, cabar sahaja mereka!

3 comments:

Nor Azman bin Sukerman said...

"Ikutlah nasihat Tun, kalau pemimpin sudah tidak lagi mendengar, cabar sahaja mereka!"

Assalamu alaikum. Rasanya ayat di atas perlu disambung.

"Ikutlah nasihat Tun, kalau pemimpin sudah tidak lagi mendengar, cabar sahaja mereka!. Buat pemimpin pula, kalau rasa tercabar bertindaklah macam Tun. Buang dan cantaslah mereka yang mencabar."

Moga tindakan tersebut akan mempercepatkan proses kematian BN kerana termakan "gas beracun" keluaran mereka sendiri.

Seingat saya PAS pernah berhadapan dengan persoalan krisis kepimpinan pada tahun 1982 yang lalu di mana kebanyakan dari ahli PAS khususnya dari golongan muda ingin Datuk
Asri melepaskan jawatannya dan alhamdulillah kita berjaya mengurus krisis ini dengan baik dan tenteram. Akhirnya tepung tidak bertabur dan rambut tidak putus. Kini tepung telah berjaya diuli hingga menjadi satu adunan yang mampu memberi pilihan kepada rakyat dalam mencari kebenaran dan keadilan.

mi-phg said...

Hidup ini umpama dua permukaan syiling yg dilambung hari ini yg timbul kepala kita diatas besuk bila timbul ekor kita dibawah tapi sifat pemimpin bn ini sentiasa mahu diatas kerana bagi mereka kuasa adalah segalanya bukan amanah, tanggung jawab.Dalam diri mereka penuh dengan sifat tamak,sombong,ujub.haloba, lupadiri dan penuh dengan kepurapuran.Penyakit ini ada dalam semua ahlinya sebab itu yg diajar oleh pemimpin mereka.

Anonymous said...

lambat nya update blog! citer palestin dan rakyat kita di sana tak de ker?