Friday, March 05, 2010

Khairy tak ada modal?

Mungkin kerana rasa terpinggir dalam Umno maka Khairy perlu memaksa diri mencuri apa sahaja peluang yang ada untuk melonjakkan namanya. Biar nanti puak Umno bertepuk tangan, hebat Khairy sebagaimana pernah mereka tepuk bersorak semasa Pak Mertuanya PM dahulu.

Kata Khairy:

“Biasanya parti yang paling banyak anggota Parlimen itu yang diberi penghormatan untuk jadi Ketua Pembangkang tetapi sekarang ini mereka masih memberi penghormatan kepada Datuk Seri Anwar.

“Mungkin mereka terutamanya PAS tak yakin dengan Lim Kit Siang (Anggota Parlimen Ipoh Timur dan veteran DAP), jadi mereka terpaksalah masih lagi memberi sokongan kepada Anwar.

Khairy mahu menangguk di air keruh berikutan keluarnya beberapa ahli parlimen meninggalkan PKR. Dengan DAP sekarang memiliki majoriti kalangan pembangkang di Parlimen, maka DAP lah yang patut jadi Ketua Pembangkang, sekurang-kurang begitulah modal Khairy, Ketua Pemuda Umno.

Pada PRU yang pertama tahun 1959, iaitu parlimen Malaya yang pertama selepas Merdeka. Parti-parti pembangkang telah memenangi 24 kerusi di Dewan Rakyat. Ketika itu tiga parti dengan perwakilan terbesar adalah PAS dengan 10 kerusi Front Sosialis dengan 8 kerusi dan PPP 4 kerusi. Bakinya dimenangi oleh beberapa parti kecil termasuklah Parti Negara yang diwakili bekas Presiden Umno, Dato Onn Jaafar yang menang 1 kerusi di Terengganu.

Ketika itu menurut Allahyarham Ahmad Boestamam tiada jawatan ketua pembangkang namun salah seorang dari ahli parlimen akan ditempatkan paling kanan untuk mewakili mereka, seakan ketua pembangkang hari ini. Dan kesemua parti pembangkang telah bersetuju yang penghormatan diberikan kepada Dato Onn untuk bertindak sebagai whip pembangkang.

Ini bermakna biasa-biasa yang disebut oleh Khairy itu tidak benar.
Kalau dengan 1 kerusi Dato Onn boleh jadi Ketua Pembangkang apa salahnya jika semua bersetuju Dato Seri Anwar kekal sebagai Ketua Pembangkang?

Nasihat kepada Khairy: banyak lagi isu lain boleh diketengahkan, jangan sampai orang cap YB sebagai Ketua Pemuda tak ada modal!

5 comments:

-thethinker- said...

kita tanya balik..
awat KJ sbg ketua pemuda tak dilantik sbg menteri /timb menteri , yg dilantik timb ketua pemuda..
haa.. kan dah kena batang hidung sendiri dah ..

Nostalgia abkk said...

Kalau dulu hang boleh tunjuk eksyen pak mentua ada di belakang.La ni pemuda umno pun nak terajang hang keluak.

Anonymous said...

"kita tanya balik..
awat KJ sbg ketua pemuda tak dilantik sbg menteri /timb menteri, yg dilantik timb ketua pemuda..
haa.. kan dah kena batang hidung sendiri dah .."

HEHE.. hehehe.. HEHEH..
hehehe..
HEHEHE..
hehehe..
HEHEHEH..

Anonymous said...

Si KJ ni bala besar, elok kalau PAS ambik dia kan Lan?

Anonymous said...

Assalamualaikum bro..

KJ? Sape dia nih...budak mane nih?..hahaha

sumer org dh anggap budak sorang ni x wujud dlm kancah politik negara!..baru dia paham tinggi rendah langit tuu...

biorkan la dia menyalak sorang2....


LAWAN TETAP LAWAN!!
TAKBIRR!!


..khaled d'kalajingga..