Monday, March 08, 2010

Dua tahun kerajaan PR Selangor: amanah rakyat terus dipikul

Hari ini 8 Mac merupakan tarikh keramat. Pada hari ini genap dua tahun yang lalu PAS, PKR dan DAP berjaya mengalahkan Barisan Nasional di Selangor melalui pilihan raya umum ke 12 tahun 2008.

Barisan Nasional dan dahulunya PERIKATAN telah memerintah negeri ini sejak Merdeka, iaitu lebih setengah abad. Sudah pastilah kekalahan tidak sama-sekali berada dalam kamus mereka. Bayangkan parti yang telah memerintah sekian lama tiba-tiba bangkit dipagi 9 Mac 2008, dengan kuasa tiada lagi ditangan mereka!

Itulah natijah dari kebangkitan rakyat yang benci pada penyalahgunaan kuasa, kezaliman dan kepincangan mereka sejak sekian lama. Mereka menjangka rakyat yang didodoikan dengan janji-janji pembangunan, yang disuapkan dengan sogokkan kebendaan dapat tidur lena selama-lamanya. Rupanya merekatertipu, rakyat yang sama akhirnya menjatuhkan mereka dalam keadaan mereka tidak sedar dan tidak menjangkakan.

Semalam sempena ulangtahun kemenangan besar ini telah diadakan Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang pertama di Shah Alam. Ketiga-tiga pemimpinPR peringkat negeri iaitu Tan Sri Dato Seri Khalid Ibrahim, Dato Dr Hasan Ali dan Teresa Kok telah memberi ucapan perasmian pada konvensyen yang dihadiri lebih 1,000 perwakilan ketiga-tiga parti seluruh Selangor.

Ucapan penutup diberikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Lim Kit Siang mewakili PR Pusat.

Sebanyak tiga kertas telah dibentangkan iaitu meliputi isu eksekutif, halatuju dan pilihanraya. Saya diberikan penghormatan mewakili PAS untuk membahaskan kertas pertama berkenaan eksekutif. Berikut adalah teks ucapan saya:

Genap dua tahun lalu apabila kita semua dalam dewan ini menempa sejarah, Berjaya menjatuhkan dengan sokongan rakyat kerajaan BN yang diibaratkan menongkat langit lebih 50 tahun di Selangor ini, ramai para pengkritik, sekelompok dikalangan saki-baki musuh politik kita menabur propaganda jahat dengan harapan mahu memadamkan api kejayaan ini.

Kata mereka kerajaan baru PR ini tidak akan dapat bertahan, kerajaan baru PR ini akan jatuh sebelum tamat tempohnya. ALASANNYA kita tidak mempunyai pengalaman untuk memerintah, kita tidak mempunyai kebolehan untuk memerintah seolah mahu mencetuskan persepsi bahawa urusan kerajaan ini jika diserah kepada selain BN selain Umno selain MCA selain MIC akan ranaplah kerajaan itu.

Kini sudah dua tahun kita mengemudi teraju pemerintahan di Selangor ini saya percaya rakyat sudah tidak termakan lagi fitnah dan adu-domba mereka itu. Rakyat boleh melihat sendiri rakyat boleh menilai sendiri.

Baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa negara telah pulih dari krisis ekonomi yang berpunca dari krisis kewangan global. Malaysia kata beliau dijangka mencatatkan pertumbuhan yang teguh pada tahun 2010 ini. Jangkaan ini berpunca dari petunjuk memberangsangkan dari keluaran dalam negara kasar untuk suku keempat 2009 apabila berjaya mencatatkan pertumbuhan 4.5%. Ini berbanding penguncupan -1.2% bagi suku ketiga tahun yang sama.

Oleh kerana kita Selangor duduk dalam Malaysia maka sudah pastilah jika pulih ekonomi negara maka kita juga akan berasa limpah nikmatnya.

Cuma oleh kerana yang keluar kenyataanitu PM,maka penuh sendatlah media arus perdana memain dan memuatkan ruangan mereka dengan kenyataan PM itu sedangkan pada hari yang sama, selepas mesyuarat EXCO Selangor di Shah Alam ini satu kenyataan telah dikeluarkan oleh YB Exco kita (YB Teresa Kok).

Iaitu berkenaan pencapaian di sektor perindustrian di Selangor. Menurut beliau jumlah pelaburan disektor perindustrian di negeri Selangor meningkat lipat kali ganda bagi tahun 2009. Sasaran RM4 bilion yang disasarkan kerajaan negeri bagi tahun 2009 telah melebihi jangkaan apabila jumlah yang direkodkan mencecah RM6.76 bilion.

Dan yang lebih penting limpahan dari pelaburan itu telah membuka
peluang pekerjaan antara yang terbesar dalam negara iaitu sejumlah 22,753 pekerjaan baru!

Saya percaya dengan pencapain ini dan melalui pakej Ransangan Ekonomi Selangor negeri di bawah payung PR ini akan kekal terus berada dalam tangan kita insyallah berpenggal-penggal lagi lamanya.

Isunya di sini, kembali kepada hujah para pengkritik dan seteru politik kita tadi bahawa kerajaan PR ini tidak ada pengalaman memerintah tidak ada kebolehan memerintah: jika benar begitu maka sudah pastilah yang paling bimbang dan hilang keyakinan adalah para pelabur. Sudah pastilah mereka mahu menempatkan modal hanya dinegeri yang ada daya dan potensi maju. Kalau hujah Pak Pandir ini mahu diguna pakai, mengapa tidak melabur sahaja di negeri-negeri BN memerintah mengapa Selangor juga menjadi tumpuan, kesimpulannya para pelabur yakin dengan kerajaan kita, kebersihan, ketelusan, kejujuran kita dan keyakinan mahu kita tegaskan bukan sahaja berada pada para pelabur lebih penting lagi rakyat Selangor rata-rata hari ini berpuashati dan berdiri teguh di belakang kita.

Dua tahun lalu apabila kita berdiri di atas runtuhan kerajaan BN ini kita sedar bahawa rakyatlah dengan izin Allah swt telah membawa kita ke sini. Rakyat telah hilang keyakinan pada BN lantas pada kita dipertaruhkan nasib, kebajikan dan masa depan mereka. Kita insaf dan sedar akan perkara ini kerana itu kita meletakkan rakyat sebagai agenda perjuangan kita lantas kita melahirkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Selangor yang maju ini biarlah limpahan kemajuan ituturut dirasai oleh semua rakyat. Kita yakin program MES ini mendapat sambutan luar biasa dari rakyat Antara kandungan program ini adalah 20 meter padu pertama air percuma kepada rakyat yang memiliki meter individu. Ini bagi sesetengah pihak mungkin kecil, tetapi kesannya sangat dirasai oleh rakyat di bawah.

Saya menyeru agar usaha merobah meter-meter pukal kepada meter individu khasnya di rumah-rumah pangsa dan apartmen, lubuk penyokong-penyokong kita disegerakan supaya pemberian kerajaan PR ini dapat dirasai oleh semua.

Pembentang kertas kerja telah turut menyentuh berkenaan pemerkasaan
agensi kerajaan dan pembangunan luar bandar.

Realitinya kemenangan kita pada PRU lalu banyak berlaku di kawasan bandar dan separuh bandar, kita tewas di kawasan-kawasan luar bandar. Oleh itu saya memohon agensi-agensi kita di luar bandar lebih diperkasakan. Ketua-ketua kampung dan JKKK kita memainkan peranan besar dalam memastikan kejayaan kita. Kerajaan negeri perlu menimbangkan agar elaun-elaun ketua-ketua kampung ini disemak semula agar mereka dapat bekerja dengan memberi sepenuh tumpuan dalam memastikan kejayaan kita khususnya di kawasan-kawasan luar bandar pada PRU ke 13 nanti.

Begitu juga pembangunan para petani dan nelayan perlu terus dibela dan diberi perhatian oleh kerajaan negeri. Usaha untuk meningkatkan pendapatan mereka perlu dilipat-gandakan. Apa guna kita menjadi sebuah negeri maju, dengan pembangunan dan kemajuan pesat di bandar tetapi mereka di luar bandar sekadar menelan air liur. Kita mengharapkan kerajaan negeri PR memberiperhatian kepada perkara ini.

Akhirnya saya mahu mengingatkan agensi dan jabatan-jabatan khasnya diperingkat pusat atau persekutuan. Sedarlah bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat ini adalaha sebuah kerajaan legitimate sebuah kerajaan yang sah yang diberi mandate oleh rakyat melalui proses pilihanraya. Berilah pengiktirafan dan penghormatan kepada kerajaan ini sebagaimana diberikan kepada kerajaan negeri-negerilain di bawah BN.

Menteri Besar, EXCO-EXCO dan ADUN-ADUN kami semuanya bertanggungjawab dan memegang amanah dari rakyat, jangan sekali-kali perlakukan mereka tanpa pengiktirafan dan hormat. Jika ada asas untuk menyiasat mereka untuk apasahaja kesalahan sekalipun maka lakukanlah ia dengan penuh hormat. Jangan seret, aib dan perlakukan mereka bagai penjenayah jalanan sedangkan pada kerajaan yang dipimpin BN, sehelai bulu pun tak berani disentuh.

Kita lihat demonstrasi-demonstrasi jalanan di Selangor seakan diberi penghormatan VIP di negeri Selangor. Kalau kami yang terlibat, kamu sepak,kamu tendang, kamu terajang kami, tetapi jika mereka walaupun ianya jelas menghasut dan mahu mencetuskan ketegangan dari demonstrasi kepala lembu sehinggalah demonstrasi YBK yang ketua nya berkepala putih, tiada apa-apatindakan diambil.

Kita menyeru agensi dan jabatan kerajaan ini dari pihak polis, SPRM dan lain-lain berlaku adil lah kepada semua. Jangan diskriminasi jangan amalkan double standard. Kerajaan ini memegang amanah untuk memerintah dan memberikan yang terbaik buat rakyat, jangan ganggu kerja-kerja kami atas agenda politik musuh-musuh kami. Kerajaan PR akan bersikap telus dan terbuka, siasatlah jika ada asas, jika tidak jangan sekali-kali menjadi boneka kepada mereka yang sudah pun dibenci oleh rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum bro..

TAHNIAH PR!!

Teruskan prestasi cemerlang mentadbir selangor khasnya dan tidak terkecuali di lain2 negeri di bawah PR.

Biar 24jam fitnah di hamburkan oleh BN dan UMNO, statistik kecemerlangan kita jadikan modal utk meyakinkan rakyat bahawa bukan BN saje yg 'reti' tadbir negara ini...malah kerajaan PR jauh lebih baik prestasi berbanding zaman BN!

TERUSKAN PRESTASI CEMERLANG INI..

TAKBIRR!!


..khaled d'kalajingga..

Anonymous said...

Umnongok main penyapu punya pasal la ni sial seumor hidup. aku percaya UMNO tak akan dpt merampas selangor lagi apa tah lagi making hari makin terserlah pempohonganye..semuga PR lebeh berkemampuan untok terus dijadikan wadah perjuangan dan membela rakyat negeri selangor.