Saturday, January 30, 2010

Sucikanlah niat di hati hingga nyata benarnya janji Rabbi

Saya rasa seluruh ahli PAS dan rakyat Malaysia sudah maklum akan keputusan Jawatankuasa Disiplin PAS berhubung kedudukan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Dr Hasan didapati bersalah di bawah Fasal 75 Perlembagaan PAS iaitu kerana mengkritik prosedur tatacara pendengaran SELCAT dan perlantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi. Kerana itu beliau dijatuhkan hukuman “amaran bertulis”.

Ramai yang bersyukur berikutan selesainya episod yang mencabar ini. Sebagaimana ditegaskan oleh Dr Hasan beliau menerima keputusan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man ini dengan hati yang terbuka dan menganggap episod ini sebagai suatu proses pendidikan beliau dalam parti.

Saya yakin Dr Hasan tidak akan merayu hukuman ini.

Yang penting sekarang adalah untuk melaksanakan amanah selaku Pesuruhjaya PAS Selangor yang dilantik oleh Dato Seri Tuan Guru Presiden. Tugas sebagai EXCO kerajaan negeri dan ADUN perlu dijalankan dengan sebaiknya memenuhi aspirasi dan perjuangan parti serta amanah yang diberikan oleh rakyat.

Banyak lagi kerja yang perlu kita laksanakan di Selangor bagi memastikan PAS terus perkasa dan Pakatan Rakyat terus teguh sebagai pilihan rakyat. PAS insyallah akan bekerja dalam satu saf memastikan kesemua kerusi yang ia menangi di Selangor pada PRU lalu dapat dipertahankan selain berusaha menawan baki kerusi yang dimenangi Umno.

Amanah yang diberikan oleh Dato Seri Tuan Guru Presiden kepada PAS negeri perlu terus menjadi obor perjuangan. Lima tunggak yang beliau tegaskan semasa bertemu pimpinan dan jentera PAS Selangor baru-baru ini adalah:

PERTAMA: Pelihara hubungan dengan Allah swt yang mengurniakan kemenangan
KEDUA: Hubungan dan ikatan dengan parti mesti sentiasakukuh dan kemas
KETIGA: Hubungan dengan rakyat jelata mestilah baik
KEEMPAT: Hubungan dengan Raja mesti dipelihara
KELIMA: Hubungan dengan pegawai dan kakitangan kerajaan perlu sentiasa baik

Dalam buku “Manhaj Daurah Tadribiyah” yang merupakan salah sebuah kitab panduan usrah buat ahli-ahli PAS disebutkan berhubung persiapan wajib bagi para da’i. Antaranya :

"Akhlak perlu dipersiapkan dengan cara membersihkannya daripada sifat marah dank eras hati, membiasakan diri dengan sifat sabar dan pemaaf, menyucikannya dengan adab-adab yang mulia dan mempertingkatkannya dengan mentauladani jejak langkah Rasulullah saw.

Setiap da’i mestilah bijak mempelajari dan mengambil pengajaran daripada setiap pengalaman dan daya kepimpinan orang lain. "


Ayuh kita pacukan jentera perjuangan: “sucikanlah niat di hati sehingga nyata benarnya janji Rabbi”.

1 comment:

awang said...

Assalamualaikum w.b.t tuan Roslan...hanya sekadar luahan hati yg kecewa dan sedih...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam..

Kepada Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang,

Sesungguhnya, jawatan yang ada pada tuan hanyalah pinjaman dari Allah, utk menguji hambaNya, ikhlaskah dia, atau tewaskah dia.....

Saya sebagai ahli biasa PAS, bekas ajk pemuda PAS kawasan, yg telah ditarbiah dr semenjak zaman universiti 10 tahun yg lalu, merujuk kepada statement tuan yg telah tersebar di alam siber ini. Sekadar utk memungkinkan tulisan saya diiktiraf sbg tulisan yg tuan sudi baca, saya seorang jurutera, dan pernah berkerja di dubai dan vietnam, dan aktif dlm PAS kawasan semasa berada d malaysia...

Saya yakin dari segi kepimpinan mungkin tuan seorang yg hebat, berkarisma, punyai ciri2 kepimpinan, maka dgn sebab itu tuan dipilih menjadi naib ketua seterusnya exco pemuda pas pusat. Namun, apabila membaca statement tuan berkenaan dgn isu jawatankuasa dispilin itu, saya sedih kerana kenyataan tuan tidak mengambarkan seorang pemimpin yg matang...sangat emosional, kebudak2an, dan minta maaf cakap, menujukkan kebodohan tuan dalam menangani sesuatu isu.

Kenyataan2 tuan hanyalah berupa lempiasan kekecewaan, yg tidak berakhlak,..apalagi berakhlak islami....walaupun tuan mempunyai hak dan justifikasi tersendiri atas segala point2 yg tuan maklumkan dlm kenyataan tersebut, gunakanlah cara menegur yg baik dan matang sekiranya mahu tulisan tuan dipublish dikhalayak umum...dan yang lebih penting, buatlah research yg betul2 tepat dan sahih sblm itu..

Sebagai seorang yg biasa2 sahaja dalam PAS, kenapa saya boleh meletakkan keyakinan penuh atas keputusan JK dispilin tersebut, dan kenapa saya sgt yakin keputusan dibuat beserta dgn istiharah, solat hajat dan sbgnya dari kalangan ahli JK tersebut?...saya yakin Allah mahu menunjukkan sesuatu dalam hal tersebut...kenapa tidak tuan yg ini berada dalam hirarki yg tinggi dalam PAS boleh berpikiran sebegini? Samada Hassan Ali kah betul, Khalid Samad kah betul...yakinlah dgn keputusan jemaah...isu2 basi seperti isu UG, muktamar khas dll yg berkitan dgn mereka berdua sewajrnya tidak dibangkit lagi....

Saya telah ditarbiah tentang pelbagai konsep dan adab dalam berjemaah...konsep ukhuwah, konsep wala', konsep beroganisasi, ditambah lagi dgn pelbagai program, usrah dan sebagainya...dan kesimpulan yang boleh saya buat hasil daripada semua itu adalah, TUAN TIDAK LAYAK UNTUK BERADA DALAM SAF KEPIMPINAN PAS, BAIK PUSAT ATAU NEGERI, DAN PAS TIDAK MEMERLUKAN ORANG YANG TIDAK MATANG DAN KEBUDAK2AN SEPERTI TUAN UNTUK BERADA DIDALAMNYA...melainkan tuan mengubah cara tuan berfikir dan bertindak...dan yg paling penting adalah....elakkan daripada merasa diri hebat, ujub dan takabur dgn jawatan yang tuan sandang sekarang ini, kerana Allah berkuasa menariknya bila2 masa sahaja....PAS tidak memerlukan tuan, tidak memerlukan saya...bahkan kitalah yg memerlukan PAS sebagai medium dakwah dan tarbiah....utk kebahagiaan dunia dan akhirat

Kepada Allah kami berserah...

Awang Hairul Abdullah