Wednesday, January 06, 2010

Menjelaskan yang sudah jelas

Semalam Pesuruhjaya PAS Selangor telah mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan kalimah Allah sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Akhbar Sinar Harian hari ini cuma mengulas sebahagian dari kenyataan panjang lebar itu dan membuat kesimpulan dengan tajuk “Agama lain tidak boleh guna kalimah Allah”.

Bagaimana akhbar tersebut mahu mengulas kenyataan berkenaan terpulanglah kepada Editor nya, namun ingin saya jelaskan di sini bahawa intipati dari kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor itu adalah kebimbangan akan penggunaan kalimah Allah yang disalah-guna dan yang digunakan dengan tidak bertanggungjawab.

Presiden PAS dalam kenyataannya sebelum itu menyebut:

“Walau bagaimanapun penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianyatidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.”

Sesungguhnya kenyataan Dr Hasan merujuk kepada kebimbangan ini dan mengait dengan Enakmen dan fatwa yang sedia ada di negeri Selangor.

Sehubungan dengan itu kenyataan Presiden PAS tempoh hari telah memetik sepotong ayat al Quran dari surah al Imran ayat 64 untuk memberikan penegasan kepada kenyataan beliau. Sekadar untuk rujukan semua berikut saya berikan terjemahan ayat berkenaan dalam laman web rujukan terjemahan al Quran Universiti Islam Antarabangsa di
http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

[64]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".

Dan tiga versi terjemahan dalam bahasa Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali, Muhammad Pickthall dan M. Shakir:

003.064
ABDLH.YUSUF ALI: Say: “O People of the Book! come to common terms as between us and you: That we worship none but Allah; that we associate no partners with him; that we erect not, from among ourselves, Lords and patrons other than Allah.” If then they turn back, say ye: “Bear witness that we (at least) are Muslims (bowing to Allah’s Will).


MUHD M.W.PICKTHALL: Say: O People of the Scripture! Come to an agreement between us and you: that we shall worship none but Allah, and that we shall ascribe no partner unto Him, and that none of us shall take others for lords beside Allah. And if they turn away, then say: Bear witness that we are they who have surrendered (unto Him).

M.H.SHAKIR: Say: O followers of the Book! come to an equitable proposition between us and you that we shall not serve any but Allah and (that) we shall not associate aught with Him, and (that) some of us shall not take others for lords besides Allah; but if they turn back, then say: Bear witness that we are Muslims.

Sebenarnya ayat ini jelas memberi “lesen” kepada penggunaan kalimah Allah (dalam bahasa Presiden PAS: “….cara yang betul menggunakan perkataan Allah…..”), oleh penganut agama Samawi 1400 tahun sebelum keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bagaimanapun seperti mana kenyataan Presiden PAS (dan sebelumnya Mursyidul Am dan Timbalannya) serta Dr Hasan, ada “disclaimer” atau syarat pada “lesen” itu iaitu:

“………….iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah……..”


Atau

“………That we worship none but Allah; that we associate no partners with him; that we erect not, from among ourselves, Lords and patrons other than Allah………..”

Sekaligus di sini saya mahu mengulas tulisan sahabat saya Sdr MSO di dalam blognya di http://msomelayu.blogspot.com/2010/01/panas-tengah-hari.html
yang menyebut:

Saya tidak mahu tersenyum atau pun berkata lebih dengan kenyataan Pas ini. Sebaliknya saya tersenyum dengan pengakuan yang ditulis oleh Roslan SMS berhubung kenyatan itu yang berbunyi; Sebagai seorang ahli PAS yang wala' pada pimpinan saya akur pada kenyataan ini.” Tagline Roslan ini ada mesej dan ertinya tersendiri.

Saya faham dan mengerti dengan maksud Roslan itu. Saya akur! Maknanya kalaupun dia tidak setuju tetapi kerana dia ahli Pas dia kena akur dengan kenyataan berkenaan. Kena wala’ kepada keputusan yang telah dibuat oleh Pas. Di sinilah dilema sebagai ahli kepada sebuah parti.


Sekali lagi saya tegaskan berdasarkan pemahaman saya termasuklah kepada MSO bahawa saya wala’ pada pimpinan, pada Tok Guru Nik Aziz, Dr Harun Din dan Tok Guru Presiden serta di Selangor Dr Hasan Ali dan saya akur pada kenyataan mereka. Tidak berbangkit saya tidak setuju malahmenyokong penuh.

Wallahualam.

3 comments:

cpol said...

masalahnya sekarang, ramai yang dah lupa (atau buat-buat lupa, ataupun memang tak pernah jumpa!) dengan rukun-rukun bai'ah.

jika orang luar (seperti MSO) yang tak mengerti peri pentingnya seseorang itu 'akur' pada keputusan jemaahnya, tidak menghairankan.

tapi malangnya, ada di kalangan mereka yang berada dalam jemaah sendiri yang semakin tidak dapat menerima hakikat betapa mereka perlu akhirnya 'akur' dengan apa juga keputusan jemaah - sepertimana yang termaktub dalam arkanul bai'ah.

Wallahu A'lam.

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Salam hormat!

Sebenarnya walaupun tidak didalam penulisan sekalipun ada dikalangan orang bukan islam sudah lama dah terpaksa mengunakan pakai perkataan Allah,sebagai contoh didalam perkhidmatan tentera terdapat perkataan Allah dikepala tali pinggang dan juga dibaret yang dipakai dikepala.Meraka yang jahil dan kufur ini dilihat sewenang wenangnya membawa masuk tali pinggang yang tertera perkataan Allah ini memasuki tempat tempat kotor seperti ketandas semasa ingin membuang air kecil/besar dan sebagainya.

Perbuatan sebegini tidak bolih dipersalahkan kepada mereka seratus peratus kerana sikap tersebut adalah kerana kurang memahami betapa sucinya perkataan Allah.Bagi orang islam sendiri pun ada yang faham dan ada yang buat buat tidak kesah,jadi apalah sangat yang hendak diharapkan kepada orang bukan islam untuk memelihara kesucian ukiran perkataan ayat Allah tersebut.

Dari pengalaman sendiri pernah disuatu ketika saya berdiskusi secara aman dengan orang bukan islam,katanya mereka juga mempercayai keujudan tuhan Allah dan sembahyang mereka pada mata kasarnya dilihat menyembah "sesuatu" tetapi itu hanyalah sebagai perantaraan (ibarat posmen) semata mata tetapi hakikatnya sama dengan orang islam yang percaya pada tuhan Allah dengan sembahyang menyembah dinding empat penjuru (mungkin yang dimaksudkan ialah Ka"abah ataupun dinding masjid)katanya...

yes said...

Kita bagi lesen kalau syarat di penuhi. Bagi orang orang kristian ,sudah terang terang mereka tak penuhi syarat ini. Nak bagi lesen juga kah?

Pemimpin Pas tolong jangan cakap berbelit belit. Bukan semua orang Pas pandai Ugama, tetapi bukan pula semua orang Pas bodoh. Cakap terang terang, jangan cakap seperti buku undang undang pehak sekular.