Thursday, December 24, 2009

Selamat memperingati hari kelahiran Isa a.s

Atas izin Rasulullah saw seramai 14 orang umat Islam Makkah telah berhijrah mencari perlindungan di Habsyah angkara kezaliman kaum musyrikin disana. 14 orang termasuk 4 orang wanita itu diarahkan pergi ke Habsyah kerana Rajanya Najashi seorang Kristian Koptik dikatakan seorang yang taat pada Allah dan berlaku adil.




Di sinilah penganut Kristian percaya Nabi Isa
dilahirkan di Baitul Maqdis



Ringkas cerita kumpulan ini akhirnya di bawa mengadap Raja Najashi apabila wakil musyrikin Makkah diketuai Amru al As yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Najashi telah memohon agar kumpulan Islam itu diserahkan kepada mereka untuk dibawa balik ke Makkah kerana dikatakan pendurhaka.

Ketua perwakilan Islam, Jaafar bin Abi Talib telah berhujah membela diri bagi pihak kaum Muslimin. Beliau merayu kepada najashi agar tidak menyerahkan kumpulan mereka kepada amru. Kata beliau merekadiarahkan oleh Rasulullah saw untuk ke Habsyah keranan Najashi dikatakan adil.

Lalu Najashi meminta Jaafar agar menerangkan darihal Isa a.s yang dikatakan turut di imani oleh umat Islam. Lantas Jaafar memetik firman Allah swt dalam surah Maryam(ayat 16-21):

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh (Jibril) dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.

Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.

Ia berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci".

Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?"

Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

Esok penganut agama Kristian akan meraikan hari Krismas iaitu menandakan hari kelahiran Nabi Isa a.s kira-kira 2000 tahun lalu.

Isa dilahirkan sebagai satu hadiah, iaitu berupa rahmat dari Allah swt buat umat manusia. Penganut Kristian percaya kepada konsep memberi padahari Krismas kerana ianya menandakan hadiah Allah berupa tubuh badan Nabi Isa yang dilahirkan pada hari berkenaan untuk umat manusia.

Betapa banyaknya persamaan antara kedua agama terbesar dalam dunia ini, walaupun hakikatnya adajuga perbezaannya. Apa pun umat Islam menerima bahawa Isa al Masih sebagaimana dinyatakan oleh al Quran adalah Rahmat dari Allah buat umat manusia.

Kerana itu apabila dibacakan ayat-ayat Allah oleh Jaafar, maka Raja Najashi berkata kepada Amru bahawa walaupun segunung emas diserahkan kepadanya oleh Amru, beliau sekali-kali tidak akan menyerahkan Jaafar dan kumpulannya kepada beliau. Malah beliau menitahkan agar Jaafar dan kumpulannya boleh terus berada di Habsyah selama mana yang mereka perlu.

Selamat memperingati hari kelahiran Nabi Isa buat semua. Wallahualam.

4 comments:

asas said...

salam bro,
aku rasa fakta ko tu silap la...

hari natal 25 disember itu BUKAN merupakan tarikh sebenar kelahiran Nabi Isa a.s..tapi merupakan tarikh kelahiran dewa matahari mengikut kepercayaan rome...pada tahun 325 a.d. diadakan persidangan yang dipanggil "council of nicea" yang menerima pakai banyak sekali jurusan2 baru dan memansuhkan hampir 3/4 ajaran sebenar nabi isa a.s...persidangan tersebut dibuat berdasarkan kemasukan rome dan maharajanya kedalam agama kristian menurut pemahaman dan ajaran st paul/saul...yang membawa kepada kelahiran agama katholik....bukan ajaran Isa a.s...

jadi, untuk menyatakan ia merupakan kelahiran nabi isa a.s. tidak betul...kerana tarikh tersebut juga dipertikai oleh pihak gereja orthodox dan protestant...

para pengikut agama asal nasrani dari ajaran sebenar nabi isa a.s pada ketika itu menyepikan diri kerana penindasan yang dibuat..ajaran tersebut secara terus menerus diamalkan oleh banyak sekali penganut nasrani...termasuk lah Raja Najashi dari ethiophia yang memberikan perlindungan kepada para sahabat nabi s.a.w....

wallahu'alam

roslan sms said...

Asm Sdr Marheanr

Terima kasih atas maklumat sdr. Sebenarnya saya pun bukan mengatakan 25 Disember itu tarikh kelahiran Isa menurut kepercayaan umat Islam. Tak ada tarikh pun pada kita.

Yang saya lebih tekankan adalah darihal kelahiran Isa menurut Islam dan semangatnya yang mahu diingati penganut Kristian.

Tarikhnya bukan agenda perbahasan tetapi yang pentingnya Nabi Isa dilahirkan dengan izin Allah buat umat manusia. Orang Islam percaya, orang Kristian pun percaya.

Terima kasih

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. Dari banyak perbincangan dan perbahasan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak, kita dapati sebenarnya terlalu banyak persamaan antara Islam dan Kristian yang memungkinkan untuk kita salling hormat menghormati. Biar pun dalam konteks aqidah kita memang mempunyai perbezaan yang jelas dan Islam amat tegas dalam hal ini sehingga tidak ada tolak ansur mengenainya, namun kedua-dua pihak mampu menerima bahawa Isa adalah utusan Allah untuk sekelian alam yang membawa rahmat dan nur. bertitik tolak dari situ seharusnya umat Islam dan Kristian di Malaysia boleh memulakan langkah ke arah kesepakatan dalam membina negara ini dalam konteks keadilan untuk semua yang menjadi perjuangan Pakatan Rakyat. Keadilan di sini adalah sama-sama mempertahankan hak yang menjadi tanggung jawab rakyat Malaysia dan manusia sejagat. Kita tidak seharusnya bertelingkah dalam hal-hal yang telah jelas menjadi perbezaan dan hendaklah kita bersama menghormati perbezaan itu dalam suasana yang diizinkan oleh agama masing-masing. Islam juga mengajar umatnya agar tidak mencerca atau menghina kepercayaan orang lain agar mereka juga tidak mencerca kepercayaan umat Islam kerana kejahilan mereka. Sekiranya persefahaman ini dapat kita laksanakan ia akan banyak memberi manfaat kepada manusia sejagat dan mampu menjadi contoh kepada manusia seluruhnya bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang rakyatnya benar-benar mengamalkan kepelbagaian tapi jelas dalam pegangan aqidah mereka. Di sinilah kita akan mampu membuktikan kepada dunia bahawa Islam adalah agama yang menjadi tunjang perpaduan tanpa ada prasangka buruk dari golongan bukan Islam.

Anonymous said...

perlu di ingat kan ada dua "Krismas" - hari kelahiran Jesus. Selain 25hb Disember, Kristian Orthodox di Balkan & Rusia misal nya menyambut 6hb Januari sebagai hari lahir Jesus.

Sewaktu saya di Adler planetarium Chicago, 2-3 dekad lapas, ada id tunjukkan secara falak, Jesus tiak mungkin dilahirkan pada tarikh2 yang di tetapkan olah padri2 Kristian. Kemungkinan 2-3 tahun sebelum AD, dan tidak mungkin 25 Disember atau pun 6 Januari.

Dan, mengapa pelu Jesus di tukar jadi Isa? Aplogis? Isa ada lah manusia sahaja; Jesus itu anak tuhan. Nama mungkin sama, konseb telencong sama sekali.


MRSM Kalae Chepo 66/73