Cukup-cukuplah bersengketa…………..
Dari tulisan Dr Aziz Bari ke tulisan Tok Guru dalam blognya. Politik PAS kembali panas.
"Mari kita adakan Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM), mari kita tukar dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah. Mari kita ambil mandat baru. Mari kita bawa tajdid dalam PAS. "
Mungkin ada yang melonjak gembira dengan cadangan ini, namun saya yakin ramai juga yang sedih, sesal dan kesal bagaimana tiba-tiba ia boleh dibangkitkan, mengapa sekarang ini?
Mengapa tidak kita berusaha bersama-sama memperkuat dan meneguhkan parti dan jemaah? Mengapa tidak kita merapatkan saf memperakasa jentera kita agar beroperasi lebih lancar bagi menghadapi cabaran mendatang? Mengapa tidak seluruh kepimpinan berbaik sangka dan merebut peluang yang ada bagi memastikan PAS bakal muncul merealisasikan cita-cita perjuangannya dalam tempoh terdekat?
PAS kini diberikan Allah swt kekuatan yang tidak pernah ia kecapi sebelum ini. PAS melalui gagasan Pakatan Rakyat menguasai Kelantan dan Kedah serta bersama mentadbir Selangor dan membantu Pulau Pinang. Wakilnya di Dewan Rakyat dan Dewan Negara dirasakan kehadirannya begitu juga di dewan-dewan negeri Perlis, Perak, Pahang, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan.
Bersama kita menguruskan kemenangan ini dan bersama kita mengeksploitasinya supaya lebih memenangkan kita di masa depan. Semua pemimpin diberbagai peringkat telah menyumbang dan perlu menyumbang. Ahli-ahli dan para penyokong mengharapkan kita terus meraih kemenangan demi matlamat dan dasar pejuangan kita.
Cukup-cukuplah bersengketa dan hanyut dari asal kita.
Marilah kita ikhlas memacu perjuangan ini.
Saya mendoakan agar Allah swt menyelamatkan PAS, menyelamatkan pemimpin-pemimpinnya dan merestui usaha dan pengorbanan kita. Kita sayang pemimpin-pemimpin kita, kita sayang perjuangan ini. Jangan kita dipersalahkan oleh jenerasi mendatang lantaran kecundang setelah dipinjamkan kemenangan.
14 comments:
Pergolakan yang berlaku sekarang adalah disebabkan media dalam PR sendiri yang terlampau bebas menulis..
Pemimpin yang tidak sealiran akan dihentam malah sampai tahap mahu disingkirkan..
Sebenarnya isu UG ini telah diputuskan didalam muktamar tidak perlu dibangkitkan lagi.
Tetapi siapakah yang membangkitkan isu ini.Adakah Tuan Presiden,Timbalan Presiden dan lain2.Tak lain tak bukan adalah penulis blogger yang menjadi duri dalam daging.
Kekalahan PAS Bagan Pinang disebabkan penyokong PR India dan Cina kecewa apa yang berlaku didalam PAS.Inilah hujah senang mereka tanpa menyelidiki akan kelemahan jentera penerangan PR sehingga rakyat benar2 faham perlunya kita menukar kerajaan.
Apakah yang akan terjadi jika PAS menang didalam PRK ini.Sudah tentulah isu UG ini tidak berbangkit sebagaimana PAS menang di Permatang Pasir.
Isu UG ini adalah hujah terbaru pihak UMNO seperti mana hujah2 lama iaitu PAS parti mengkafirkan orang lain,maki hamun,pecah belah,Anwar peliwat,PKR dan PAS adalah kuda tunggangan DAP.
Cadangan TGNA ini perlu disambut dengan segera untuk tidak memanjangkan isu yang boleh memecah belahkan penyokong PAS.
Satu draf mengenai kebebasan penulisan oleh blogger2 tanah air juga perlu dikeluarkan iaitu penulisan mereka mestilah selari dengan kehendak parti..
Kalau boleh senaraikan blogger2 yang Pro kepada PAS sebagai sumber maklumat dan blogger yang tak di iktiraf jangan di layan penulisan mereka sebagaimana kita boleh memboikot Utusan dan media kerajaan yang lain.
Jika tidak blogger yang bertopengkan PAS akan menghancurkan PAS dari dalam dan buatlah seberapa ratus kali persidangan atau pecatlah seberapa banyak Presiden PAS masalah ini tak akan selesai.
Orang Islam sendiri yang akan menghancurkan Islam itu dan bukannya orang2 kafir begitulah juga PAS akan dimusnahkan oleh penyokongnya sendiri dan bukannya UMNO.
Saudara Roslan SMS,
Assalamu'alaikum
Saya melihat perkembangan terbaru kini memberi beberapa masej yang sangat perlu diperhatikan oleh jemaah tuan. Masej pertama menunjukkan bahawa PAS telah dengan sepenuhnya tanpa kawalan dibolosi oleh elemen-elemen yang mahu meliberalkannya. Kedua, ada satu perancangan untuk melakukan pembunuhan karakter individu-individu tertentu di peringkat pusat/negeri untuk memastikan individu tersebut hilang daya-saingnya, dan, ketiga, golongan tertentu yang tidak puashati dan benci dengan iltizam yang telah ditunjukkan telah memulakan 'kempen adu-domba fasa 2' untuk memecahbelahkan PAS dan mereka ini adalah dari kalangan pakatan sendiri. Sokongan Kaum Cina digunakan sebagai 'leverage'. Adalah suatu kesilapan pertimbangan jika UMNO atau Melayu dipersalahkan dengan apa yang sedang berlaku ini.
Saya tidak nampak sebarang manfaat kepada PAS jika perkara ini berterusan. Bahkan, PAS akan kehilangan kubu-kubu tradisinya dan di waktu yang sama pengadu-domba berselimutkan nifaq & kekufuran yang akan mencapai manfaat bagi memperkukuhkan kubu-kubunya.
Jadi, PAS sudah tiada pilihan lagi kecuali mengambil langkah paling drastik dan berani dalam mengenyahkan ancaman-ancaman di atas sebelum ianya berada di luar kawalan.
Apa yang dinyatakan ini bukan merupakan bukti pengiktirafan saya kepada sistem demokrasi yang diguna PAS, tetapi lebih kepada keperihatinan kepada sesama saudara Islam agar syiarnya berterusan melalui jalan-jalan yang sohih serta lebih mendekati kepada apa yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya demi maslahah dan manfaat Ummah.
Moga kita semua akan dipilihNya untuk bersaksi dan syahid dijalanNya.
Salam,
TokPakirKD
Begini yang sepatutnya
Ana sokong...Hentikanlah persengketaan secara terbuka. Yang untung, pihak musuh...Perjuangan masih panjang. Berdamailah kerana Allah dan RasulNya.
Bagan Pinang adalah uhud kita. Jangan khuatir, Islam bangkit selepas Uhud.. InshaAllah.
Saya adalah antara orang yang kesal. Isu ini semacam mihnah bagi saya. PAS seperti seorang yang baru memiliki sebuah kereta - tidak cekap memandu; tidak mengetahui peraturan lalulintas dan tidak sedar yang walaupun kereta baru, ia perlu diselenggara sentiasa.
Setakat yang saya perolehi, belum didapati respond yang memuaskan ke atas tulisan Aziz Bari.
Wassalam
aahhh....celik je isu ubah pemimpin,yang diri tak ubah-ubah masih duk takok lama...
mana usrah,tamrin dan ijtimak....
belajarlah berinteraksi dengan ahli,pakatan rakyat barulah bekerja untuk memenangi kehendak Allah,bukan hanya kehendak rakyat semata apatah lagi kehendak bukan islam,ketika mana bukan islam boleh menyokong kita dalam sekelip mata,begitulah hilangnya sokongan dalam sekelip mata...teruskan kerja lagi bukan untuk sehari dua tapi sampai mati....menang kalah kerja Allah,baik di b pinang mau pun di saf kepimpinan...
kalau nak berundur,undurlah!!!
kalau nak teruskan,terus lah sehingalah muktamar akan datang kerana mereka dipilih secara halal
bukan macam pesta jual-beli di pwtc...tak yakinkah????
ada masa kita bergerak sebagai ahli parti...ada masa kita bergerak sebagai pakatan rakyat...ada masa kita bergerak sebagai rakyat...dan setiap masa kita bergerak sebagai hamba Allah di muka bumi ini....
wallahualam....
assalamualaikum wbrt...
Inilah adalah satu pengajaran yg berguna kepada pimpinan PAS.... Bila melibatkan perkara penting dalam PAS, perlulah melalui musyawarrah bukannya berijtihad sendiri...
Rakyat sedang menilai apa yang berlaku dalam PAS. Ana sayangkan PAS, tapi pimpinan nampaknya tak berapa sayang dengan PAS....
Ya Akhi, teruskan usaha saudara untuk memperkukuhkan jamaah. Apa yang sedang jemaah kita lalui adalah perkara biasa yang dilalui oleh semua jemaah Islam diseluruh dunia.
Salam saudara Roslan,
Sebenarnya saya rasa kita patut bersetuju dengan EGM ini, tapi bukan bukan bertujuan untuk menukar kepimpinan, tapi mari kita sama-sama dedahkan dan ambil tindakan kepada ahli atau pimpinan jemaah yang asyik dan seronok sangat kalau sahabat sejemaah dihentam, dipersalahkan, diabkan dan ditohmah atau apa jua yang sewaktu dengannya...semata-mata nak jaga PR...
Ye memang benar dan amat setuju bahawa tatkala ini,hubungan sesama PR khususnya dengan DAP itu amat penting, tapi janganlah sampai disebabkan itu, sahabat kita yang seislam, sejemaah, seusrah dengan kita habis ditohmah, dituduh dan sebagainya....siap terima kasih lagi kepada pengkritik luar yang kritik peimpinan kita, walhal pengkrtik luar tu sebenarnya hanyalah melihat jemaah kita dari luar sahaja....
Sepatutnya kita tidak menambah garam pada luka yang sahabat kita hadapi...ye mungkin D Hassan Ali ada silapnya, tapi kan ada cara untuk selesaikannya...bukannya mengadu domba dengan penulisan...
Rasanya memang benar saudara Roslan, kita ni baru je setahun diberi pinjam dengan sedikit kemenangan...tapi ramai dikalangan ahli malah pemimpin PAS sendiri yang seolah2 lupa dan beriktiqad bahawa PAS menang sebab sokongan cina,india dan sebagainya....memang realitinya begitu...tapi kita patutnya lebih yakin bahwa kemenangan itu secara mutlaknya Allah yang beri...saya tidak menyalahkan TGNA, sebab merasakan bahawa ada hikmah TGNA membuat open statement sebegitu....insyaAllah, kebenaran akan muncul juga...
Salam,
InsyaAllah, ini hanya ujian yang sementara.
Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya.
sdr Awang, penulis2 tu ejen luar yg menyamar jd pas..ada yg mengaku terang2 dia cuma sokong pasal2 tertentu perlembagaan pas..bukan ahli pas..contoh bakaq aka penarik beca..!!!
itupn ada lagi ahli pas yg tertipuuuuuuuuu..tertipu berapa kali daaaaa...hmmm..
kerbau jantan
Jikalau TGHH dipecat nescaya lumpuhlah organisasi pemuda dan unit amal. Sejarah telah terpahat di bumi bertuah ini terutamanya di Trg. orang mula pergi ke kuliah, memakai jilbab, membuang khurafat 'acak' dll semenjak TGHH berjuang menegakkan Agama Islam. Fitnah dan ancaman yang diterima bukan sedikit. Silakanlah wahai oran-orang Pas yang kemaruk dengan kuasa. Jangan sampai Malaysia akan dilanda kepincangan sosial yang amat teruk menyebabakan bala yang besar yang sedang menunggu datang dengan tiba-tiba dari negara jiran. Nilai 10 pada skala Ritcher bukanlah sesuatu yang mustahil. Mungkin meruntuhkan bangunan yang tinggi-tinggi di sini.
kenal pasti dan musnahkan penulis-penulis/pemimpin-pemimpin batu api dalam pas.
Post a Comment