Wednesday, September 16, 2009

Ketinggalan zamankah juga orang Jepun?

Saya terpesona membaca laporan berkenaan “Women only carriage” atau gerabak keretapi untuk wanita sahaja yang telah dilancarkan di Tokyo sebagaimana dilaporkan oleh akhbar The Star hari ini. Ya bukan di Saudi atau Iran atau Afghanistan tetapi di Jepun iaitu salah sebuah negara termaju di dunia.







Gerabak seumpama ini dilancarkan bagi mengatasi masalah mencabul kehormatan penumpang wanita yang kerap berlaku dalam gerabak-gerabak keretapi di Tokyo yang sentiasa padat, sesak dan sibuk itu. Bermakna perangai buruk mengambil kesempatan ke atas wanita seumpama ini bukan sahaja berlaku di negara-negara rantau ini tetapi juga di negara yang rakyatnya berpendidikan dan berpendapatan tinggi seperti Jepun.

Rupanya langkah memperkenalkan gerabak seumpama ini mendapat sokongan kuat dari masyarakat Tokyo khasnya golongan wanita termasuklah para pelajar dan kanak-kanak perempuan.

Ironisnya apabila kerajaan Kelantan memperkenalkan laluan asing untuk wanita di pasar-pasaraya satu ketika dahulu serta mengasingkan penonton-penonton wanita dalam konsert-konsert kesenian Islam, para pengkritik termasuk NGO wanita tertentu mengatakan langkah ini sesuatu yang kuno dan ketinggalan zaman.

Langkah di Tokyo ini bagaimana? Kuno dan ketinggalan zamankah juga orang Jepun? Kenapa tidak diunjurkan agar kaum lelaki mengawal sendiri nafsu mereka sebagaimana saranan bijak pandai di sini?

Alhamdulillah Islam telah melihat masalah ini sejak awal-awal lagi dan mengemukakan kaedah penyelesaiannya bagi mengatasi masalah sosial yang sesuai dipraktikkan buat semua zaman. Benarlah al Quran itu petunjuk buat semua umat manusia!

3 comments:

Anonymous said...

salam,

setuju...perkhidmatan komuter dan LRT di negara kita juga perlu ambil langkah yg serupa...kesian tgk kaum hawa yg terpaksa bersaing dan berhimpit2 dgn kaum adam...bygkan jika itu berlaku kepada keluarga kita? seronok x? huh...

nice1link@yahoo.com said...

Saudara Roslan, setuju.

Begitu juga dgn isu sekatan penjualan arak yg mendapat tentangan dari umat islam sendiri, sedangkan Presiden Russia mengarahkan penyekatan tertentu dilaksanakan keatas penjualan beer

Russian leader orders restrictions on beer
http://blog.taragana.com/n/russian-president-orders-limits-on-beer-as-part-of-anti-drinking-campaign-165781/

singgah said...

untuk makluman saudara di mesir juga gerabak keretapi ada juga bahagian untuk wanita sahaja dan sudah dipratikkan sekian lama..semoga pengalaman Islam ini dapat dipraktikkan di Msia dan sebuah negara afrka juga sudah praktikkan untuk pengangkutan bas juga,hemat saya masalah ini bergantung pada pemimpian acuan fikiran mana yang nak digunakan