Monday, August 10, 2009

Kalau Ronnie “hero” bukan Melayu

Saya bersetuju dengan pandangan EXCO Selangor, Teresa Kok di dalam Sinar Harian semalam bahawa EXCO Kerajaan Tempatan Ronnie Liu ibarat hero masyarakat bukan Melayu/Islam di Selangor kerana menyuarakan suara serta keperluan mereka diperingkat kerajaan negeri. Mungkin kerena itu tindakanbeliau condong kea rah itu.

Malah dalam perspektif yang berbeza EXCO Agama, Dato Dr Hasan Ali pula dilihat khasnya oleh orang-orang PAS dan masyarakat Islam sebagai hero masyarakat Melayu/Islam kerana konsisten dan berterusan mempertahankan hak masyarakat Melayu/Islam.

Cantikkan begitu!

Kini hero masyarakat Melayu dan bukan Melayu kedua-duanya duduk dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Dalam ertikata lain DAP dan PAS Selangor muncul sebagai juara masyarakat pelbagai kaum di negeri ini menggantikan Umno dan MCA yang semakin tidak relevan sejak hilang kuasa di negeri ini.

Ada pemberita bertanya kepada saya bagaimana kalau kedua-dua hero bergaduh?

Saya jawab satu hero Melayu/Islam satu hero bukan Melayu/Islam, adatnya mereka tidak bergaduh sesama sendiri kerana mereka menjaga kelompok yang berbeza lainlah kalau Ronnie bertarung dengan MCA dan Dato Hasan dengan Umno barulah boleh bergaduh.

Saya pandang dari sudut yang positif, syabas Pakatan Rakyat Selangor, kini buktikan kepada semua bahawa kedua-dua kelompok besar ini boleh saling hormat menghormati antara satu sama lain demi melahirkan sebuah Selangor yang benar-benar “Maju, Bersih dan Berkebajikan” buat semua. Saya pasti YAB Dato’ Menteri Besar Seangor bersetuju dengan pandangan saya.

6 comments:

Anonymous said...

salam,

teruskan berjuang utk menegakkan hukum Allah. syabas kepada Dato' Hasan Ali. semoga terus istiqomah

Abu Faruq Al-Iskandari said...

Anta juga Tuan Roslan adalah hero kepada blogger Muslim yang inginkan perpaduan dan keksatuan dalam masyarakat Islam.

Ustz.Firdaus said...

Takkanlah PAS pun nak jadi mcm UMNO..berjuang utk melayu saja..mana slogan PAS UTK SEMUA..

PAS terlalu bencikan UMNO..parti yg ditunjangi org melayu Islam..tetapi terlalu menyayangi DAP..parti yg jelas kafir laknatullah

Bayangkan..kalaulah MB sgor ini org UMNO..maki hamun,caci maki,ceramah,demo,memo menguasai jiwa dan pentas PAS

Anonymous said...

yes..dgn kata lain..PR wt keje.
bkn mcm BN, mkn gaji buta..

Syakir said...

Harapan saya selepas ini tiada lagi " konflik " di dalam kerajaan PR Selangor.

Sebagai salah seorang dari berjuta pengundi yang menyokong PAS dalam last election , saya rasa malu jika kerajaan yang saya pilih asyik bertelagah macam tiada displin.

Jadikan Harakah sebagai media saluran maklumat PR jika timbul sesuatu isu . Jangan bagi peluang langsung kepada media UMNO.

Anonymous said...

maknanya saudara roslan cuba membayangkan kita boleh bergaduh sesama Islam/melayu TETAPI tidak boleh bergaduh dengan bukan Islam.