Tuesday, August 11, 2009

Fahami kehendak umat Islam juga

Kontroversi tuntutan PAS Selangor agar diadakan pengawalan terhadap jual-beli arak di kawasan majoriti Islam di negeri ini terus mendapat sokongan dan tentangan. Sokongan besar diberikan oleh masyarakat Islam, malah “poll” akhbar Sinar Harian baru-baru ini mendapati bahawa 100% pembacanya menyokong tuntutan PAS Selangor itu.

Sebahagian masyarakat bukan Islam walaubagaimanapun menentang. Mereka menentang walaupun kawasan yang terlibat tidak mengenai mereka. Malah ada pula dengan nakal mengatakan jika tuntutan ini dilayan maka seluruh Selangor nanti akan menjadi negara Islam.

Tentangan ini sudah pasti menghiris perasaan masyarakat Islam dan menghilangkan keyakinan mereka terhadap semangat toalk-ansur dan toleransi yangs epatutunya sermakin matang di era lanskap baru politik Malaysia ini.

Dalam kenyataannya semalam PAS Selangor menyatatkan akan terus konsisten dengan tuntutan mereka. Segfala ruang dan jalan demopkrasi akan dipergunakan untuk sampai ke arah itu. PAS Selangor tidak pernah mengugut mahu keluar dari kerajaan PR Selangor sebagaimana ada parti komponan lain buat di negeri lain apabila membuat tuntutan. PAS Selangor yakin dan percaya pada PR dan malah tuntutan ini juga dibuat demi mengukuhkan PR.

PR akan disanjung masyarakat Islam (bilangan pengundi terbesar di Selangor) jika mampu melakukan sesuatu yang Umno sekadar buat sambil lewa.

Umno semasa memerintah dahulu sekadar mampu membikin undang-undang dan peraturan umpama kosmetik semata-mata. Ianya semata-mata untuk menghias diri mereka yang kononnya juga mahu pada Islam. Umno berhenti ditengah jalan kerana memang dalam hal-hal seumpama ini mereka tiada minat dan tiada pula kepentingan.

Berlainan dengan PAS. PAS adalah sebuah gerakan dan parti Islam. Islam merupakan matlamat perjuangannya. Jika diberi kuasa, maka segala peluang dan ruang akan digunakan untuk memartabatkan Islam. Memang premis dan lanskap politik berbeda antara negeri dengan negeri. Jika di Kelantan dan Terengganu satu ketika dahulu PAS sehingga berupaya mengemukakan undang-undang berkaitan hukum-hukum Islam bertepatan dengan al Quran dan Hadis, tetapi mungkin di negeri lain keupayaan itu terbatas.

Di Selangor hari ini PAS walaupun rakan dalam kerajaan PR Selangor namun merupakan rakan minoriti dengan 8 kerusi berbanding DAP 13 dan PKR 15. Tetapi itu tidak mengakibatkan PAS sekadar hanya berpeluk tubuh dan menjadi rakan pemanas kerusi. PAS adalah parti Islam walaupun tiada kerusi, atau hanya 1 kerusi atau merupakan rakan pemerintah.

Tuntutan PAS Selangor menepati kehendak masyarakat sivil dan lunas demokrasi. Bukankah dalam amalan kita pandangan dan suara masyarakat diambil kira. Kalau kita mahu luluskan projek pembangunan sekalipun pandangan masyarakat setempat akan diambil kira, ini kan pula isu sesensitif hal agama.

Masyarakat di Seksyen 8, contohnya dalam kes ini tidak mahu kedai serbanika di kawasan mereka menjual arak. Kawasan mereka adalah kawasan majoriti Islam. Ada surau dan sekolah berdekatan, ada penempatan masyarakat Melayu Islam berdekatan, malah ada undang-undang iaitu Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang berkuatkuasa yang menetapkan bahawa jual-beli arak sebagai satu kesalahan jenayah.

Oleh itu salahkah mereka melalui PAS menuntut agar kawalan dikenakan?

Kalau dalam hal premis perjudian sekalipun (judi yang dilesenkan kerajaan Persekutuan) pihak PBT boleh menolak permohonan jika lokasi yang dicadangkan berdekatan dengan kawasan majoriti Islam, mengapa dalam hal arak tidak boleh?

Dalam akhbar The Sun hari ini ahli parlimen Selayang William Leong dalam satu ruangan bertajuk “Consider all views in beer controversy” menganggap tuntutan PAS melaui Dato Dr Hasan Ali sebagai tidak mengambil kira pandangan masyarakat bukan Islam. Katanya:

“It is unfortunate that Hasan looked at the problem solely through a pair of Muslim’s spectacles”

(Malangnya Hasan melihat masalah ini hanya melalui kacamata Islam)

Kalau Dr Hasan melihat kawasan majoriti Islam, mestilah beliau guna kacamata Islam, kalau sebaliknya, apa salah ada kedai Empat Nombor Ekor, Sports Toto di Seksyen 8 Shah Alam atau kelab malam dan disko di dalam Bangunan MAIS, atau rumah urut uniseks bersebelahan surau!

Sdr William pun kalau pergi ke majlis keraian orang Melayu menggunakan pakaian baju Melayu siap bersongkok, kerana apa kerana menghormati kawan-kawan, kerana itu kawasan mereka.

PAS dan pemimpinnya bertanggungjawab kepada seluruh masyarakat Melayu/Islam apabila ia punya kuasa. Jika ia gagal melaksanakan amanahnya ia bukan sekadar akan dihukum di dunia oleh para pengundi tetapi lebih malang lagi dihukum dengan azab yang pedih di Hari Akhirat.

PAS menghormati masyarakat bukan Islam, PAS sejak duduk dalam kerajaan PR bersama-sama memerintah Selangor tidak pernah menghalang atau membantah sebarang program atau acara keagamaan masyarakat bukan Islam. Malah wakil-wakil rakyat PAS kehadapan sehingga menyelesaikan masalah dan rintihan masyarakat bukan Islam apabila ia muncul.

Alangkah baiknya jika mereka juga diberi ruang dan kebebasan untuk menyelesaikan masalah umat Islam sendiri terutama di kawasan yang majoriti penduduknya orang-orang Islam dan sesuatu keputusan itu tidak pun menjejaskan hak masyarakat bukan Islam.

6 comments:

muryadi said...

PAS Selangor, sila teruskan usaha ini...lama2 saya yakin org bukan Islam akan dapat menerimanya dgn tanpa perasaan curiga.

Islam telah dimomokkan tidak bersesuaian dan pelbagai tohmahan yg buruk sudah sekelian lama oleh org Islam sendiri dan juga media dunia...

Anonymous said...

Jangan biarkan orang bukan islam masuk campur dalam urusan org Islam, sebagaimana kita tidak mencampuri urusan agama mereka....

muya said...

tahniah PAS selangor. jangan tunduk sama sekali. berjuanglah lillahi taala

Anonymous said...

saya cuma kesian kat juruwang kat kedai serbaneka tersebut mereka mencari rezeki yang dirasakan halal dengan terpaksa 'menjual' sekali arak tersebut...

Anonymous said...

Sya sokong dgn usaha Pas sngor. sya cdangkn pas kmukakan bukti bhwa majoriti pmbeli arak di sksyen 8 adalah dr klngan orng melayu. mntak kerjasama kdai serbaneka 24jam trsebut mlalui cctv mereka. skdar cadangan..

weber said...

seharusnya umat Islam di Malaysia menyokong sepenuhnya usaha-usaha untuk mengawal dan seterusnya menghapuskan arak dan judi di atas bumi Malaysia ini.
bagi masyarakat bukan Islam, yakinkan mereka yang arak dan judi lebih banyak merosakkan dari memberi keuntungan dan kawalan ke atas keduanya adalah wajar.