Saturday, July 11, 2009

Cuaca ekonomi bakal lebih murung

Semalam selepas solat Jumaat di KLCC saya sempat berbual sambil makan tengahari bersama seorang pemandu teksi di KL. Rakan baru saya ini mengeluh panjang sambil menjamu selera dan berkenalan dengan saya. Kata beliau pendapatan drebar-drebar teksi di KL kebelakangan ini rata-rata merosot. Banyak faktor termasuklah terlampau banyaknya bilangan teksi di pasaran, kemerosotoan ekonomi dunia dan terbaru H1N1?

Apa kena-mengena virus selsema babi dengan permintaan terhadap teksi di KL?

Kata kawan tadi akibat H1N1 jumlah pelancong yang turun ke KL semakin berkurangan. Pelancong luar takut uturn kerana bimbangkan virus puaka ini. Menurut kawan tadi contohnya para pelancong Timur Tengah biasanya berbondong-bondong ke KL dari bulan Jun sehinggalah sebelum Ramadhan, tetapi tahu ini kehadiran mereka amat kurang.

Saya sekadar bersimpati dengan kawan tadi tetapi tidak pula dapat mengesahkan rungutannya itu. Mungkin beliau menyatakan dari pengalamannya. Kebetulan selepas berpisah dengannya saya memandu kebeberapa lokasi yang beliau nyatakan, memang rakan-rakan drebar-drebar teksi sekadar melepak dibeberapa lokasi di KL. Tiada pelanggan.

Jika benarlah perkara ini ia akan turut menyumbang ke arah masalah yang lebih kritikal terhadap ekonomi kita. Bersiap-sedialah masing-masing. Sediakanlah payung sebelum hujan, berjimat-jimatlah, cari pendapatan tambahan, cuaca nampaknya bakal lebih murung dan mendukacitakan.

Sementara itu saya juga mendengar dari rakan-rakan bahawa di Selangor BN sedang mengagih-agihkan sekitar RM300 sebulan sebagai bantuan untuk memancing sokongan. Katanya wang yang diperuntukkan untuk merangsang ekonomi digunakan untuk merasuah sokongan. Kalau beginilah jadinya, negara makin meruncing sementara BN dan Umno belum tentu untung malah bakal semakin ranap akibatnya.

1 comment:

Ab Razak Hj Ahmad said...

Kepada pemandu teksi (bukan semua ya...).. Macam mana nak ada keberkataan rezeki kalau kerja pun tak betul (again bukan semua ya..) Tak nak guna meter, cekik darah, kelentong dan sebagainya especially area KLCC. Saya selalu guna teksi masa pergi dan balik kerja almost five years. Saya akan beri extra fare pada driver taxi yang jujur dan guna meter. Tapi amat menyampah bila tahan teksi tanya destinasi terus tuntut fare... alasan yang amat memualkan... jalan jammed.

Teksi di stesen LRT and Komuter lagi hampas... Macam LRT Putra Kelana Jaya... suka hati letak tambang dan tak pernah guna meter... Macam mana nak ada keberkatan rezeki.. (again not all taxi driver like that.. ma...)

eerrr... penguatkuasa buat apa ha...???