Wednesday, May 06, 2009

Munajat dan solat hajat satu kesalahan!

Sah Naib Presiden PAS Hj Mohd Sabu ditangkap polis petang tadi. Menurut laporan Th Star Online kesemua tiga aktivis politik ditahan hari ini termasuklah Cikgu Bad (PKR) dan seorang lagi. Kesemua mereka dipercayai ditahan kerana kononnya menganjurkan perhimpunan sempena sidang DUN Perak esok.

Yang saya tahu Mohd Sabu terlibat dalam menganjurkan munajat dan solat hajat di sebuah masjid di Manjoi, Ipoh esok awal pagi. Semalam saya sempat berbual dengan Mat berhubung program ini dan ternyata ia merupakan suatu usaha untuk meredakan suasana tegang yang dijangka tercetus di Ipoh esok akibat dari amalan politik pintu belakang BN. Menurut Mat, beliau sempat menghubungi Presiden Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, yang memberikan persetujuan beliau atas majlis ini.

Program munajat itu dijangka berakhir dengan solat subuh berjemaah, dimana ganas dan mengancam keselamatannya?

Mengapa beliau perlu ditangkap? Adakah menganjurkan program munajat dan solat hajat kini sudah menjadi satu ancaman dan jenayah?

Semoga semua pihak kembali rasional dan tidak mengurus suasana menurut hawa nafsu dan kezaliman. Semoga Allah swt memberikan ketenangan kepada semua pejuang khasnya Abang Mat yang kini berada di lokap di salah sebuah balai di Perak.

6 comments:

Jalan Lurus said...

Apabila jiwa tidak terisi dengan roh islam, beginilah jadinya. Nak munajat pun disekat.

Anonymous said...

ARGGGHHHHHHHH.....
Geram sungguh aku..akta hasutan lagi.Cekap sungguh polis ni dalam menangkap pembangkang.Nun bloger perakbangkit dok hasut ahli umno berhimpun,sebut bunuh sana bunuh sini tak ada apa2 tindakan.Tapi bloger cina muslim yg meminta sokongan orang ramai untuk kesana disiasat..
Aku bangga dgn Abg Mat ni,dia pejuang tulen yg tak pernah mengenal erti penderitaan.Turun naik mahkamah,keluar masuk penjara adalah lumrah dalam hidupnya dlm memperjuangkan nasib bangsa dan agama.Zalim sungguh seorang yg bertaraf naib presiden diperlakukan sedemikian rupa,diberkas secara kasar ketika sedang menikmati makanan.Adakah salah beliau mengajak orang ramai bersembahyang hajat memohon pertolongan Allah. .Semoga Allah swt melindunginya dari segala kesusahan.

Malaysian said...

Baca sini...

19 Have Been Arrested So Far!!! Who are they???
Regards,

GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/

RIDUAN said...

dianggap ancaman sebab dia (umno) takut2 kalau orang merusuh.. so dia ambillah tindakan awal...dia cuba mencegah dari berlakunya kekecohan....apa nak heran.. tu kan Umno.. Malaysia BOLEH!!!

Anonymous said...

puak2 UMNO ni takut jgk yer dengan ALLAH Ta'ala... Ingat ke tak takut..sampai nak bt solat hajat pon di halang... UMNO-UMNO... semoga ALLAH mencampak rasa gerun dan takut dalam hati korang... AMIEN...

Anonymous said...

UMNO TAK UBAH MACAM YAHUDI