Monday, March 23, 2009

Nizar calon PAS di Bukit Gantang

Setelah bersidang hampir 3 jam pada sebelah petang, Presiden PAS sebentar tadi mengisytiharkan Dato Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil P.059 Bukit Gantang. Penamaan calon akan diadakan Ahad ini manakala hari mengundi adalah pada hari Selasa 7 April 2009.

Dengan itu teka-teki siapakah calon PAS telah terjawab. Sudah pastilah keputusan meletakkan Nizar sebagai calon PAS adalah pilihan terbaik yang difikirkan oleh pimpinan PAS Pusat.

Oleh itu sekarang masanya untuk kita bekerja. Apa pun PAS perlu menang dalam pilihan raya kecil ini bagi memastikan yang rakyat terus di belakangnya dan Pakatan Rakyat. Kejayaan mengekalkan kerusi ini nanti dengan izin Allah adalah indikasi bahawa rakyat menolak “politik pintu belakang” yang diamalkan BN Perak, dan rakyat terus mahu berkerajaankan kerajaan Pakatan Rakyat di sini.

Marilah kita semua bekerja bersungguh-sungguh memastikan kejayaan PAS, Pakatan Rakyat dan Nizar pada 7 April nanti.

12 comments:

Anonymous said...

Tok rasa PAS pasti menang... tak yah kempen pun menang....

Tok doakan satu hari nanti PAS yg memerentah Negara tapi bukan PKR...

Anonymous said...

Bagus,pilih lah si penderhaka sultan jadi calon. Si kuda tunggangan ngeh dan nga.
Lee.

Anonymous said...

Unfortunately, POOR and BAD choice. On a direct confrontational route with the palace. BN will use the anti-palace, anti-sultan card to the fullest. We will never win when we go head-on against the palace.

Abu Qamar

Anonymous said...

untuk abu qamar ,

bukan sultan yang nak mengundi wooi.

sekian zmy

Anonymous said...

salam 'alaik..
saya ada 2 soalan.harap dapat tuan jawab.
1. MB nizar belum meletakkan jawatan selaku MB, walaupun Umno mengatakan beliau bukan lagi MB. Apakah ini boleh menjadi penghalang kepada pencalonan beliau nanti kerana MB ialah penjawat awam.
2. Apakah kesan kepada kes-kes yang sedang berjalan di mahkamah berhubung pelbagai isu yang beliau bawakan?

terima kasih. Selamat berjaya buat PAS

Unknown said...

Pemilihan yg tepat!
Orang cerdik akan pilih orang yg baik. Kepada penyokong amno, tinggalkanlah amno yg busuk dan membusukkan itu. kalau niat nak memertabatkan melayu, berikan sokongan padu kepada pas, insyaAllah.

Anonymous said...

"we will never win when we go head-on againts the palace"???
Do you think the palace is bigger than Arasyh????

Anonymous said...

siapa penderhaka sultan???
guna akal di kepala bukan yang terletak di lutut.
ISLAM adil untuk semua...

Anonymous said...

Sultan pun manusia biasa jugak...ada salah silapnye...yang mana betul kita sokong la,yang mana salah kite perbetulkan...yang penting approach kite nak perbetulkan...xleh la melulu je...

Anonymous said...

Anonymous Lee si budus
UMNO kata Natang kat sultang.
UMNO yang hina Sultan dalam akhbar tahun 1990an.
Ayah Tajol Rosli lawan cakap sultan.

Anonymous said...

umno penderhaka agama, bangsa dan negara.

Anonymous said...

Saudara anonymous atas. Sy pun benci umno kata natang pada sultan . Tp saudara sokong pula nizar sembah derhaka dengan sultan ?? Yang salah,salah la. Yang betul, betul la. Jangan taksub sangat. Memang sultan ade salah. Tapi,cara kita betulkan bukan dgn cara derhaka. Sampai baring di jalan. Cuba baca kisah nabi musa dengan Firaun. Sultan tu sejahat Firaun ke ? Anda sebaik Musa ke?
Lee.