Tuesday, February 10, 2009

Waran tangkap ke atas ADUN yang berpaling tadah!

Hari ini selain hari EXCO-EXCO BN Perak “pintu belakang” mengangkat sumpah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, adalah juga hari pembicaraan kes rasuah yang melibatkan dua orang bekas EXCO Pakatan Rakyat yang telah kini menjadi Bebas dan menyokong BN Perak “pintu belakang”.

Kedua-dua mereka iaitu ADUN Changkat Jering Kapt (B) Osman Jailu dan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, telah didakwa di Mahkamah Sesyen pada 25 Ogos lalu kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar dekat sini secara usahasama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).

Menurut laporan kedua-dua tertuduh telah tidak hadir di mahkamah pagi tadi. Jamaluddin melalui peguamnya telah mengemukakan surat sakit (MC) manakala Kapt Osman tidak memberikan alasan dan mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau.

Dimana Osman?

Dalam keadaan orang PAS saban malam mengerjakan solat hajat terhadap beliau kerana telah berpaling tadah dan memungkiri janji terhadap para pengundi dan parti, Osman tidak diketahui berada dimana. Malam tadi saya difahamkan lebih 1,000 orang menghadiri majlis solat hajat di kawasannya.

Sementara itu seorang rakan wartawan memaklumkan yang Osman kini terlantar di wad CCU salah sebuah hospital di Lembah Kelang, betulkah?

Memang dari pengalaman kita melihat sesiapa sahaja yang berpaling tadah dan memungkiri janji terhadap rakyat, biasanya berkesudahan dengan kesudahan yang hina dan dicemuh masyarakat. Tambahan pula jika rakyat mengadu kepada Allah swt. Seorang bekas calon PAS suatu ketika dahulu yang berpaling tadah sebelum hari mengundi, rasa saya boleh mengiakan kesengsaraan dan penghinaan yang diterima beliau akibat tindakannya dahulu.

Apa pun kepada Allah swt kita berserah, mereka yang ingkar dan menjual maruah kerana kepentingan habuan dunia jika tidak pun dihukum secara tunai di dunia pasti tidak terlepas azab di hari kemudian.

8 comments:

EQUILIBRIUM said...

hehe osman masuk spital nak mintak mc. tapi doktor cakap mana buleh. aku dah bg jamaludin mc. ko masuk wad aje le.

nanto orang kata mike berdua ni sama je. sorang mc mesti lg sorang pun mc. kome bukan kembor siam pun muahahaha

Anonymous said...

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT BERSEDIA UNTUK KEMBALI MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI KERAJAAN PERAK. INI TANDA KEHANCURAN UMNO/BN.

ALLAH MAHA KAYA. TUNGGU DAN LIHAT. SETIDAK-TIDAKNYA AKAN BERLAKU PRK DI KEDUA-DUA DUN TERSEBUT.

AKU RASA UMNO SEDANG MEREKRUT MEREKA BERDUA UNTUK MENJADI GANGSTER SUPAYA BERSEDIA BERHADAPAN DENGAN PEMIMPIN DAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Masa mula-mula malaun ni kena tahan atau disyaki, MB Ir Nizar (I am still recognize him as M) telah keluarkan statement PR dan kerajaan negeri akan berusaha melantik peguam terbaik untuk membantu malaun dua ekor ni. Kata tuduhan ni angkara orang BN. Kira cover habis la...

Statement di atas diperbahaskan kat banyak blog yang mana mereka mengatakan tidak adil bagi kerajaan negeri untuk perhabis duit kat malaun 2 ekor ni. Yang sorang dah mengaku kata rasuah seks macam sedekah. Orang nak bagi tak kan kita nak tolak... jijiknya.

Now PR @ Pas pulak dedahkan semua keburukan dia orang... Adakah ini dikatakan politik...????

Dunia oh dunia....!!!

Anonymous said...

salam bro..

marah sungguh nampak.. tak hilang2 lagi. tapi saya lebih marah bila tgk org boo Raja Nazrin bila dia lalu.

baguslah diadakan sembahyang hajat, kepada siapa lagi hendak kita mengadu selain dr Allah yg Maha esa.

Tapi kadang-kadang saya terpikir, apakah jika berlaku 16 Sept, mereka yg berpaling tadah dr BN ke PR akan dianggap "berpaling tadah" oleh penyokong PR?

Anonymous said...

majistret pon udah berlakon plak? Kuar waran nak tangkap ayam ke? Persembahan komidi kelas kambing sedang di mainkan oleh umno yang timbalan presiden seorang desprado! Di berita, pembaca berita kata oleh kerana ugutan kapal singh nak saman raja perak akan menimbulkan ketegangan kaum? Berapa ramai orang sikh yang boleh tegangkan keadaan? cuma seorang saja tapi umno sudah histeria.....

Anonymous said...

AKU BERLINDUNG DENGAN ALLAH DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAM DAN POLITIK BERPARTI. HANYA YANG HAK AKAN MENGHANCURKAN YANG BATIL. DALAM POLITIK MALAYSIA TIADA YANG HAK. SEMUANYA BATIL, PENIPU, CINTA DUNIA, BERTOPENGKAN PERJUANGAN BANGSA(UMNO) DAN AGAMA(PAS). KESIMPULANNYA: BATIL YANG BESAR AKAN MENGALAHKAN BATIL YANG KECIL. YANG HAK PASTI AKAN DATANG, NAMUN BUKAN DALAM BENTUK PARTI. TIDAK ADA PERTOLONGAN ALLAH DALAM BERPARTI POLITIK. HANYA KEMURKAAN ALLAH YANG AKAN DATANG. ALLAH AMAT BENCI POLITIK BERPARTI. BACALAH AL-QURAN DAN RENUNGILAH MAKNA-MAKNANYA. MINTALAH KEFAHAMAN MENGENAINYA DARI ALLAH.

Unknown said...

SALAM.....SBENARNYA KITA SEMUA TELAH KENA SANDIWARA....BOTA TAK PERNAH NIAT NAK MELOMPAT...IANYA CUMA MENGABURI 2 ALKATAKI YANG AKAN MELOMPAT...LAIN KALI KITA KENA DGN SESIAPA YANG MAHU MELOMPAT...PASTU KITA KEA PASTIKAN CALON PRU 13 ADALAH BERKUALITI DAN BUKAN TANGKAP MUAT...

muryadi said...

Kepada abikshan dan penyokong umno/bn,

Macam nilah, semasa kedua2 org ni ditangkap memanglah mereka tu EXCO dan dari kalangan PR. Sudah tentulah dengan semangat setiakawan sepatutnya kerajaan Perak (dari PR) kenalah beri sokongan dan bantuan yang sepatutnya.

Pada ketika itu tingkah-laku mereka belum terserlah untuk menghancurkan kerajaan PR Perak.

Yang mengatakan seks adalah sedekah bukannya dari 2 bekas EXCO itu yang cakap, kalau tak silap saya seorang bekas anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan.

Dari segi moralnya apabila sudah terserlah peribadi kedua2 bekas EXCO ini di mana mereka turut sama terlibat menumbangkan kerajaan PR Perak, tentulah ini mengesahkan perangai buruk mereka itu.

Oleh itu pembelaan terhadap kedua2 Exco ini pada permulaan adalah wajar.