Sunday, February 15, 2009

PAS dan Raja-raja Melayu

Dewan Pemuda PAS Pusat yang bermesyuarat di Kedah semalam telah mengeluarkan kenyataan iaitu untuk terus menjunjung tinggi dan mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dalam apa keadaan sekali pun. Menurut Ketua Pemudanya Salahuddin Ayub:

''Dewan Pemuda Pas Pusat tetap konsisten dengan dasar parti iaitu mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dan dalam masa sama berpegang kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Saya rasa pendirian Dewan Pemuda PAS Pusat itu adalah selari dengan kenyataan Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang baru-baru ini berhubung perkara yang sama.

Sebagaimana yang kita tahu Raja-raja Melayu adalah merupakan Ketua Agama Islam di negeri masing-masing menurut perlembagaan dan memandangkan dasar PAS adalah untuk mendaulatkan Islam maka sudah pasti apa sahaja yang berkaitand engan Islam khasnya kedudukan Raja-raja Melayu dalam hal ini akan dipertahankan olehnya.

Mungkin insiden yang berlaku ekoran kemelut politik di Perak memberikan persepsi seolah PAS menentang Raja-raja Melayu, tetapi itu hanyalah anggapan mereka sedangkan apa yang berlaku adalah proses peralihan kuasa yang pada anggapan PAS dan PR tidak menepati proses yang sewajarnya samada dari sudut perundangan mahupun politik. Ianya kini telah diajukan ke mahkamah untuk pengadilan, oleh itu soal menetang Raja-raja Melayu tidak berbangkuit sama-sekali.

Kalau kita berhajat mencungkil keluar parti atau individu yang sejak Merdeka telah pernah bersikap durhaka malah mencabar dan mahu menjatuhkan Raja-raja Melayu kita sebenarnya tidak perlu melihat jauh. Bekas Presiden Umno yang ketika itu PM, Tun Dr Mahathir telah meminda Perlembagaan pada tahun 1983 dengan merampas dan menyekat kuasa dan imuniti Raja-raja Melayu yang dipusakai sejak zaman-berzaman.

Dengan perhimpunan “Setia” nya ke seluruh Negara, Tun telah berjaya meyakinkan rakyat bahawa kuasa Raja-raja Melayu termasuklah dalam bab perundangan dan lain-lain perlu disekat kerana kononnya bertentangan dengan hak rakyat. Tiada siapa ketika itu berani menuduh Tun “durhaka”. Saya ingat lagi apabila isu itu masih hangat, samasa Perhimpunan Agung Umno, Tun pernah menyatakan antara lain bahawa kita perlu pada Raja-raja Melayu kerana mereka berikan kitan bintang, tidakkah biadap dan kurang ajar bunyinya itu?!

Di Dewan Rakyat ketika pindaan itu dibahaskan siapakah yang menetangnya jika tidak wakil PAS dari Pengkalan Chepa ketika itu iaitu Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat! (Pada 1993 sekali lagi pindaan dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan berhubung kuasa Raja-raja Melayu ini).

Jika isu di Perak memberikan persepsi seolah PAS durhaka, bagaimana pula dengan perangai Ketua Perhubungan Umno Kelantan Annuar Musa yang pada tahun 1993 menabalkan Tengku Ibarhim Petra sebagai Sultan Kelantan di Ketereh sedangkan Sultan Kelantan yang ada masih bertakhta!
Dan bagaimana pula dengan sikap Ketua penerangan Umno Malaysia kini iaitu Muhammad Mohd Taib ketika beliau MB Selangor di bawah pemerintahan Almarhum Sultan Selangor terdahulu. Ketika itu Mat Taib telah melarikan anakanda Tuanku dan bernikah tanpa pengetahuan Tuanku di Selatan Thai.

Aksi durhaka Mat Taib itu telah membangkitkan murka Tuanku sehinggalah diwujudkan jawatan Timbalan MB di Selangor kerana Tuanku tidak sanggup menerima sembah Mat Taib lagi!

Apa pun PAS tidak pernah durhaka atau menetang Raja-raja Melayu. Baru-baru ini semasa tempoh berkempen bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu Presiden PAS memaklumkan yang beliau ingin menziarahi makam Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar yang baru mangkat. Tuan Guru memaklumkan Almarhum berjasa kepada Islam kerana Baginda mempertahankan nama Islam pada PAS dari digugurkan semasa Persidangan Raja-raja Melayu semasa hayatnya.

Demikianlah PAS dengan Raja-raja Melayu jangan selewengkan fakta!

3 comments:

Anonymous said...

salam bro

Syabas PAS. Walaupon agak terlewat tapi tindakan seperti ini perlu, rakyat khususnya org2 melayu menanti pendirian PAS berkenaan Raja-raja Melayu.

Sekalipon di Perak bukan Kerajaan PAS tapi MB adalah ADUN PAS maka dilihat seolah2 pendirian PAS.

Bagaimanapun saya tidak bersetuju jika dikatakan pindaan perlembagaan oleh Tun Mahathir itu salah. Itu lebih baik kerana sebagai makhluk Allah kita tahu tiada siapa yg sempurna termasuk Raja-raja kita. Sejarah sendiri menunjukkan pindaan ini bertitik tolak dari peristiwa di Johor. Maka dengan adanya undang-undang ini, yg membolehkan Raja-raja dibicarakan di mahkamah khas, secara tidak langsung melindungi Institusi Raja itu sendiri. Pada zaman moden Raja-raja perlu menurut undang2 bukan lagi berkuasa penuh seperti zaman dahulu kala.

Mengapa sering didivert sesuatu isu dgn menunding pada pihak lain. Sedarlah ramai yg memilih Pakatan Rakyat kerana bosan dgn BN, tapi apa yg berlaku sekarang Pakatan Rakyat terbawa-bawa gaya pembangkang tahun 90an walaupon telah berkuasa.

mat_terab said...

Sapa lebih derhaka umno atau pakatan rakyat:
1. UMNO cuba pecat Sultan Kelantan pada tahun 1993 dengan cuba menabalkan Tengku Ibrahim dan menolak Sultan kelantan yang ada sekarang
= Pakatan rakyat hanya nempertahankan MB Perak yang di pilih oleh rakyat melui PRU12 mengikut Undang-undang tubuh negeri Perak.

2. UMNo maki sultan dengan kata-kata kesat (Natang) binatang.
= Pakatan rakyat tak pernah maki sultan sampai tahap tu Karpal hanya nak saman Sultan itupun Pemimpin pakatan tak setuju hanya dia saja yang nak saman.

3. UMNO menggurangkan kuasa yang ada pada raja(Imunity) semasa pemerintahan Tun Mahadir. Kalau dulu Sultan tak boleh di herek ke makaman. Kerana UMNo jugalah sekarang ni sultan boleh di herek
ke Makamah.
4. Umno Perak pernah menderhaka sultan perak zaman bapak Tajol rosli sendiri menjadi MB iaitu Ghazali jawi.
masa tu Sultan perak Sultan Idris.
Gazali engan letak jawatan MB walaupun sultan tak berkenan beliau menjadi MB.
5. Kes di perlis Sahidan Kasim pada mulanya berkeras juga hendak jadi MB walaupun Raja Perlis tak perkenan perlantikan beliau.
6. Kes Muhamad Taib bawa lari Anak Sultan Selangor dan berkahwin di Siam menyebabkan Sultan Selangor pada waktu itu begitu kecewa.

Kesimpulannya Lu pikirlah sendir sapa yang sebenarnya menderhaka......

Kalau UMNO anak jantan dalam kes ni ayuh adakan perdebatan secara terbuka. Aku cadangkan kalau berani MB haram Zambry berdebat secara terbuka dengan MB yang sah Pakatan rakyat Perak DS Nizar dan ia di siarkan secara Live. Kalau tak pun DS Ahnuar berdebat dengan Najib sendiri tu pun kalau Najib ada Teloq.

Anonymous said...

huhhhh..cakap boleh la yb salahudinnn..yg duk berdemo di kuala kangsar tu puak puak pas jugok....mungkin yg tak cukup tarbiayh kot