Friday, February 06, 2009

Kita tidak kalah dan tidak akan bersedih

Kita tidak kalah di Perak, kita terima kuasa dari mandat rakyat tetapi kita jatuh angkara “politik pintu belakang”. Pokoknya rakyat tidak menolak kita yang menolak kita adalah mereka yang bermain “politik pintu belakang” itu.

Lalu sebagaimana dianjurkan oleh sahabat saya adinda Nik Abduh didalam blog beliau:

Jika anda yakin rakyat sedang berubah untuk menolak rasuah dan pemimpin rasuah, yakinlah kita pembangkang sedang berada di laluan tepat menuju kemenangan. Rakyat bersama kita dan kita bersama rakyat. Kuala Terengganu masih segar menjadi sumber kekuatan.

Jika rakyat pun menolak kita, janganlah juga anda bersedih. Jika tidak, anda termasuk dalam kalangan orang - orang yang tidak yakin dengan janjiNya.

Beliau sebelumnya menyebut:

Anda baca buku ‘La Tahzan’ karangan seorang ulama masyhur itu? Baca tak?
Jika belum, beli dan baca. Saya telah membacanya dalam teks asal Arabiyyahnya. Ayahanda juga telah membacanya sebab saya telah membacanya setelah saya mengambil buku itu daripadanya setelah dibacanya buku itu.

Jika anda telah membacanya, maka amalkannya.

Apa? ‘La Tahzan’. Jangan bersedih!

“Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah bersama kita.”

“Maka bersabarlah ( wahai Muhammad ). Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Dan janganlah orang - orang yang tidak yakin ( dengan janji tuhan itu ) meremehkanmu ( dan mendorongmu untuk tidak tetap dan thabat di atas suruhan dan laranganNya. )” - Akhir al Rum.

Di mata rakyat kita adalah pejuang sebenar, pemimpin sebenar dan lebih penting lagi kita tahu di hadapan Allah swt kita beroleh redha Nya. Oleh itu terimalah dugaan kecil ini dengan tenang, kita yakin dengan izin Allah swt, apabila kuasa kembali ketangan rakyat, ia tidak akan diserahkan kembali kecuali kepada pemimpin yang mereka senangi dan yakini!

Kita dari dahulu sehingga kini dan insyallah sampai bila-bila akan tetap yakin dengan janji Allah swt, ia pasti datang, lantas orang PAS tidak akan bersedih tetapi bekerja dan terus bekerja untuk memperoleh janji Allah swt itu samada kita syahid atau menang untuk mendapatkannya.

17 comments:

SHURA - CIMMA said...

InsyaAllah, moga tazkeerah ringkas ini akan mengingatkan kembali semua penyokong PR betapa kerdilnya kita disisiNya.Kita semua kena yakin akan janji Allah SWT.Ujian / dugaan yang diterima adalah kecil dibandingkan apa yang dihadapi oleh rakyat Palestin dan Kerajaan HAMAS.Ayuh teruskan usaha meningkatkan kepedulian umat, moga natijah usaha kita beroleh hasil samada di dunia mahupun akhirat."Seeru'ala barokatillah"

Anonymous said...

cakap senang PR duduk nak ambil adun BN dulu tak apa plak.ni taktik makan tuan ..alahai melayu..dibodohkan lagi

Anonymous said...

alhamdulillah, cita cita setengah org nak jv dgn umno dulu tak menjadi. once a penyangak, always a penyangak.

Anonymous said...

saya selalu membaca blog sdr. tetapi ini kali kedua saya memberi komen

sepanjang hidup saya,tidak pernah saya menitiskan air mata atas sebab politik. tapi semalam air mata saya luruh, hati saya sedih mengenangkan apa yang berlaku. Terlalu banyak tangan-tangan ghaib yang ingin berkuasa dan menentukan pemerintahan seperti "negeri/negara ini bapak aku yang punya"

saya tidak ingin memberi komen yang boleh dilibatkan di bawah akta hasutan,tapi saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain terutamanya rakyat Perak sudah hilang rasa hormat dan kagum pada Sultan Perak.

Saya sebenarnya terbayang-bayang adakah suatu hari nanti Malaysia akan jadi Republik Malaysia ?

Anonymous said...

Brother roslan,

Betul kita jangan bersedih. Allah sentiasa bersama perjuangan yang benar. Namun mempertahankan hak dan maruah adalah satu jihad. Demokrasi dicabul di depan mata. Masih ada ruang untuk membetulkan keadaan melalui saluran undang2. Ini mesti diteruskan. MB Nizar jangan sekali2 meletakkan jawatan. Ikut saluran perlembagaan dan kita pertahankan hak rakyat. Saya sarankan semua ADUN/MP/Pimpinan PR dan rakyat yang bersimpati dengan kita di seluruh negara berkabung di atas peristiwa ini. Berkabung bukan bersedih tetapi sebagai silent protes dengan memakai songkok berlilitkan kain putih tanda simpati terhadap terkuburnya
sebuah kerajaan pilihan rakyat.

Anonymous said...

Ya, saya bersetuju dengan Ustaz Nik Abduh, harap pemimpin PAS Perak bersabar..... Ini adalah ujian Allah, terima lah keputusan ini dengan sabar. Tak perlu saman SULTAN. Ilmu sultan lagi tinggi dari kita. Boleh rujuk perkara ini dengan bekas Lord President Tun Salleh Abas.
Terima lah dengan rela. Harap saudara Roslan dapat menyampaikan perkara ini kepada Datuk Seri Ir Nizar.
Berkhidmat lah sepenuhnya kepada rakyat di bawah DUN nya, lupakan saja kisah semalam Anggaplah ia sebagai sejarah dan ambilah iktibar dari peristiwa semalam.

mut said...

Salam,

Bro Roslan, saya rasa saya ingin menambah bahwa PR tidak pernah menyalahai atau membelakangi rakyat dalam kemelut ini. Inilah yang kita harap rakyat negeri Perak akan ingat.

Banyak persamaan dibuat dengan tawaran DSAI untuk MP BN melompat, tetapi kita mesti ingat, tawaran itu dibuat tanpa menjanjikan timbal-balas berbentuk jawatan atau wang. Adakah BN dan Najib berani membuat kenyataan bahawa BN tidak menjanjikan keuntungan kepada pelompat-pelompat tersebut? Siapa pula akan percaya?

Bersabarlah, GE 13 bukan lah jauh sangat....

Anonymous said...

insyaAllah, Allah sentiasa bersama orang yang benar.. di Perak hanyalah suatu ujian bagi pejuang keadilan

Anonymous said...

Ingat, Kalau kita kata kita cuma akan menang kalau kita iktu Islam maknanya selagi kita belum benar-benar mengamalkan Islam selagi itulah Allah tidak bersama kita.

Anonymous said...

Lihatlah Hak BN Perak Yang Dinafikan PR

Berikut adalah sedikit fakta dari PRU12 untuk kerusi-kerusi DUN negeri Perak yang membentuk kerajaan Perak hari ini.

Seramai 848,229 pemilih atau 71% dari 1,196,160 orang pengundi berdaftar telah membuang undi pada hari tersebut. BN yang berkempen dengan satu gabungan sah dan satu manifestasi, telah memperoleh 404,106 atau 47.64% undi manakala parti-parti pembangkang ( Pakatan Rakyat belum wujud semasa hari pilihanraya ) memperoleh 52.36%.

Dari undi-undi kepada calon-calon BN, calon-calon UMNO memperoleh 243,981 undi atau 60.37% dari keseluruhan undi untuk BN dan 28.76% undi dari keseluruhan undi rakyat Perak.

Berbanding TIGA PEMBANGKANG DENGAN IDEOLOGI BERBEZA, calon-calon DAP memperoleh 188,484 undi atau 22.22%, PAS sebanyak 135,034 undi atau 15.92% manakala PKR memperoleh sebanyak 120,605 undi atau 14.22% undi.

Dengan memiliki seramai 560,690 pengundi Melayu berdaftar atau 46.87% dari keseluruhan senarai pemilih, dikirakan seramai 392,500 orang pengundi Melayu telah keluar mengundi. Juga dengan mengambilkira bahawa 70% pengundi Cina memilih untuk tidak mengundi BN, dikirakan bahawa bilangan pengundi Melayu yang memangkah calon UMNO adalah antara 58% hingga 62%.

Dengan satu ideologi mewakili portion terbesar dari ketiga-tiga gabungan berbeza ideologi, bukankah BN yang berhak memerintah. Gabungan PR tidak diketahui para pengundi pada masa mereka memilih, kerana rakyat ditipu hidup-hidup. Siapa orang DAP yang mahukan PAS dan tiada orang PAS yang berkenan dengan DAP. Tetapi mereka terpaksa hipokrit antara satu sama lain.

Pudar harapan untuk mereka memperoleh undian seperti sebelum ini jika pilihanraya DUN diadakan. Bukankah pemerintahan telah kembali kepada kumpulan yang berhak?

Tambahan lagi Nizar menyebut, "saya dipilih rakyat" hingga lupa bahawa Sultan Azlan yang memilihnya. Undi untuknya di Pasir Panjang tidak sampai 5 angka. Exconya dipilih rakyat? Penipu. Bukan rakyat memilih exco. Ngeh dan Nga yang mencaturi.

Kecacatan Pakatan Rakyat Perak lah yang meruntuhkan penguasaan mereka 10 bulan di negeri itu akibat "PAS dikahwinkan dengan DAP tanpa DAP memeluk Islam".

Anonymous said...

BN tiada beza ngan lanun somalia, sama ngan zionis yahudi tapi lagi kelas bawah dari yahudi sebab tipu bangsa sendiri puak umno zionis!

Anonymous said...

Harap blog master dapat dedahkan perkara ini
Cerita ini saya beri eklusif utk anda
Ezam & the gang adalah perancang utama 2 adun pkr lompat di perak
Jamal dan osman berlindung di rumah ezam di shah alam sepanjang kehilangan mereka
Saya tidak dpt bersonkongkol dgn perkara ini
Saya sgt sedih lihat cara kerajaan perak dijatuhkan
Saya juga tahu ezam & the gang dapat habuan lumayan dlm kes ini

Anonymous said...

antara sebab-sebab kejatuhan institusi raja adalah kerana raja yang zalim terhadap rakyatnya

Anonymous said...

Memang boleh bersabar tapi tidak boleh untuk melepaskan begitu saja tanpa ada perlawanan.

Itulah kelemahan kita mudah sangat mengalah walhal itu hak kita. Dengan mudah kita ditekan ...dihina kerana kononnya kita hendak mengalah.

Walaupun begitu kita bertahan bukan untuk berperang atau menumpahkan darah. Tidak sama sekali tapi kita ingin menunjukkan yg kita tidak mudah untuk diketepikan atas nama penyatuan ummah kononnya.

Wes

Anonymous said...

Kalau diikutkan memang agak terkilan dengan apa yang berlaku...baru sahaja tanaman di kebun hijau merimbun, benih2 baru mencambah....tetiba racun berbisa di hambur merata... rakyat yang baru tersenyum menunggu hasil...terkedu, kecewa... Tapi kita sebagai pejuang Islam sebenar, jangan simpan kecewa itu berlanjutan... kita tidak pernah menginiayai sesiapa...aku setuju kata2 dalam bloh Nik Abduh itu... kita sebagai pejuang Islam mempunyai asas perjuangan yang terlalu kuat untuk dilumpunkan dengan isu sebegini... tetapi kenapa aku merasa terkilan jugak, kerana memikirkan apa tindakan seterusnya yang akan dikenakan ke atas MB Nizar... MB Nizar terlalu baik untuk diiniayai sebegitu... aku takut jika orang baik sebegitu kalau diiniayai...maka ingatlah janji2 Allah tentang doa orang beriman yang tidak berdosa tetapi diiniayai...maka aku takut bala nya akan jugak merebak ke seluruh rakyat perak....JAdi sebagai rakyat Perak kita kena ingat ... kita mempunyai tugas sebenarnya...

Anonymous said...

Jadi lah pembangkang yang berkesan.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Rakyat Malaysia dah lupa penderitaan Palestin... Boikot memboikot pun dah tak jadi kudis.

Rakyat juga lupa akan kehilangan pekerjaan beberapa bulan akan datang. Pak Menteri yang bertanggung jawab pun leka.

Semua tertumpu dengan pertunjukan Sarkas di Negeri Perak....