Tuesday, February 24, 2009

Jangan lari dari dasar dasar perjuangan kita

Dalam kita resah menghadapi ketidak tentuan ekonomi dan politik khasnya dalam negara, lega rasanya bila mana ada lagi pimpinan yang mengambil masa untuk menekankan aspek tarbiyah. Saya kagum membaca laporan tentang peringatan Hj Muhammad Sabu, Naib Presiden PAS dalam satu program Muslimat di Selangor agar ahli-ahli PAS memperkukuhkan aspek tarbiyah dikalangan mereka dan menyuburkan sifat berkorban secara ikhlas demi Islam dan perjuangan.

Dikala masing-masing sibuk dengan mempertahankan kuasa dan menyerang musuh, “Abang Mat” memanggil kita bermuhasabah agar jangan longgar dan kendur aspek tarbiyah kita. Bukannya mempertahankan kuasa dan menyerang musuh apabila diserang itu tidak penting, tetapi yang lebih penting adalah kekuatan dalaman yang perlu dipacu dan diperkukuhkan kerana inilah aset terpenting yang berjaya mengekalkan perjuangan PAS sekian lama.

Sesungguhnya tarbiyah menanam, mendidik dan meyakinkan kita agar berpegang dan bergantung kuat pada aqidah yang merupakan jantung dan tunjang perjuangan kita.

Tambah-tambah dalam kita merenangi lautan kemenangan yang dianugerahkan sementara kepada kita ini, jangan sekali-kali kita lari dan terpisah dari dasar dan prinsip kita. Secara asasnya prinsip kaedah tarbiyah kita ialah kaedah Islam yang merujuk terus kepada al Quran dan al Sunnah. Gerakan Islam PAS bergerak atas landasan dan kekuatan ini. Tarbiayah tidak dicetuskan dari logik akal dan nafsu selera, tetapi dari warisan dan disiplin agama yang dipelihara dan dipatuhi.

Amtlah malang dalam suasana kita diberikan sedikit kesenangan lalu kita merasakan yang ianya hasil usaha kita semata-mata, kita merasakan kehebatan diri kita mengatasi penat-jerih, doa dan pengorbanan mereka yang di bawah, lalu kita melonjak kehadapan merasakan yang kitalah yang berhak mencorakkan perjuangan ini, kerana kemenangan ini milik kita.

Perkukuhkanlah kekuatan dalaman kita dengan memastikan yang disiplin tarbiyah kita terus dituruti dan dipatuhi. Bayangkan inilah perkara yang difikir dan dikhuatiri oleh Almarhum Prof Zulkifli Muhammad, Timbalan Presiden PAS (ketika itu) kira-kira 45 tahun yang lalu apabila dihadapan wakil-wakil rakyat PAS Kelantan beliau berkata:

Jangan ada seorang pun yang takabur, yang merasa dirinya sudah pandai bahawa dirinya sudah tahu apa pengajaran Islam. Bahawa dirinya sudah tidak perlu diajar oleh sesiapa, kerana dia sudah menjadi wakil rakyat. Dia perlu mendekatkan dirinya dengan al quran, dengan buku-buku Islam, dengan hadis-hadis Nabi Muhammad saw, dengan sejarah-sejarah Islam. Supaya kita sentiasa ingat kepada Tuhan.

Kerana itu dalam menghadapi suasana yang genting ini perlu sangat kita terus berpegang pada kepimpinan ulamak, bagi menjadi rujukan dan sumber ilmu yang memandu kita dalam perjuangan yang sangat besar dan sungguh mencabar ini. Dan tiba-tiba saya teringatkan lirik lagu rasmi PAS:

Berjuanglah wahai ansorullah
dengan matlamat Daulah Islamiah
berkorbanlah wahai yang beriman
dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
kalah menang bukan alasannya
sucikanlah niat di hati
hingga nyata benarnya janji Rabbi

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Terlebih dahulu saya ingin mengakui bahwa saya adalah ahli Pas..apa yg ingin saya luahkan adalah beberapa perkara yg terbuku di hati saya.Pandangan ini amat payah utk diluahkan kerana saya lihat bukan semua ahli2 PAS ini mempunyai hati terbuka sanggup menerima kritikan.Bagi saya sebagai pejuang Islam..kita harus berhati terbuka menerima segala teguran dan menganggap teguran2 membina dan sangat berfaedah utk matlamat perjuangan kita.Saya dapati ada diantara ahli2 kita,susah utk menerima teguran,bersikap negatif,kurang kommitmen terhadap tanggungjwb dan amanah yg telah diterima.Ada juga yg masih mangamal sikap irihati dan mementing diri.Jika sikap ini masih ada dlm diri seorg pejuang agama ALLAH..bagaimana kita dapat menuju matlamat dgn cemerlangnya.Mgkin tarbiyyah perlu dipertingkatkan,,,usrah pun perlu kerap diadakan dan harus dipastikan,setiap ahli mesti ambil berat dgn program2 ini dan mesti melibatkan diri.Saya benar2 berharap setiap ahli PAS makin bertambah mantap keimanan dan kekuatan hati dan tetap dlm perjuangan sekali pun sudah capai ke tahap yg agak selesa.

Unknown said...

Ahli Pas adalah anggota gerakan Islam yg perlu sentiasa menambah ilmu dan memperbaiki amalan, bukan untuk tujuan lain @ menunjuk-nunjuk, tetapi demi mencapai keredhaan Allah.
*jangan hanya suka dengar ceramah utk tujuan berhibur saja!

Anonymous said...

Ahli PAS kini terlalu taksub berpolitik. Mana program keagamaan? Yang ada hanyalah ceramah politik yang dipenuhi lawak jenaka, kutuk mengutuk, marah-memarahi, dan penuh dengan kata-kata kesat.

Sesetengah audien yang datang ke majlis PAS untuk menuntut ilmu bukannya mendengar penglipur lara si penceramah.

Sayang seribu kali sayang, ada ahli PAS yang memperjuangkan ISlam tapi tak solat.tak menutup aurat dan sebagainya.

Ahli adalah bayangan pemimpin.

BudakPerak

asyraf mujahid al-zarqawi said...

salam..ana ahli Pas,ana setuju diperkuatkan jemaah dgn tarbiyah yg bersumber dr AQ dan Sunnah selainnya drpdnyab Islam tidak akan berjaya.
.
selain itu,ana berharap unsur2 syiah didalam Pas dpt dibuang,apa yg saya perhatikan Abg Mat mempunyai unsur2 Syiah..jadi sy harap pekara ini diperhatikan