Monday, February 09, 2009

Bukit Gantang: Penebus maruah rakyat

Apabila menerima berita kematian ahli parlimen Bukit Gantang Allahyarham Roslan Shahrom pagi tadi saya sedih. Perkara pertama yang terlintas di kepala saya betapa rasanya begitu besar cabaran terhadap kita di Perak. Dalam kelam kita menghadapi krisis perlembagaan di Perak kini dikejutkan pula dengan kematian ahli parlimen kita ini sekaligus memaksa pilihan raya kecil dalam tempuh 60 hari setelah SPR dimaklumkan oleh Spekaer Dewan Rakyat.

Kemudian saya terfikir pula barangkali kita perlu anggap ini sebagai lorong yang dibuka oleh Allah swt. Diambilnya Allahyarham untuk mendahului kita, kemudian dibukanya peluang buat kita untuk membuktikan kepada rakyat Perak, melalui “politik pintu belakang” yang kotor kita kehilangan negeri, sekarang kita berpeluang buktikan yang rakyat tetap bersama kita. Lalu diberi peluang kepada kita untuk tunjukkan kepada rakyat Perak dari hutan, desa, pekan sehingga ke istana, bahawa sokongan rakyat tetap di belakang kita.

Apabila ternampak seakan segala pintu ditutup menyekat kita, tiba-tiba Allah swt membuka pintu Nya buat kita. Ayuh kita sahut peluang ini. Ia jarang-jarang datang begini tetapi dihayat kita Allah tunjukkan secara tunai untuk dilihat semua.

Setelah jenazah Allahyarham ini disempurnakan petang tadi, kini masanya untuk kita bertindak. Ayuh kita bekerja bagi menebus maruah bukan PAS, bukan Pakatan Rakyat tetapi maruah rakyat Perak yang telah “dicuri” itu. Kuala Terengganu telah mencetuskan momentum besar buat rakyat, jadikan Bukit Gantang kemucaknya, insyallah.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditemapatkan dikalangan mereka yang hampir pada Allah swt. Alfatihah

9 comments:

Anonymous said...

minta maaf cakap la, tapi tulisan abang roslan sms sungguh bertenaga. saya doakan semuanya yang terbaik buat abang roslan, keluarga, dan sahabat-sahabat.

Anonymous said...

Tok rasa maruah PAS yg telah dicacatkan oleh keadaan yg kebetulan tiada bangsa lain di Masjis di Kuala kangsar baru ini.....

PAS perlu tunjuk bahawa kita bukan hanya parti yg berada di jalanan ...kita perlu tunjuk bahawa kita ada para cerdik pandai yg bakal memerintah negara dan boleh menghadapi apa jua keadaan ekonomi. Kita perlu tunjuk kita bukan parti penganas ..kita perlu pakar ekonomi yg boleh memberi pendapat di TV dan disurat khabar ... Jadikan serban, lebai dan jubah kita dihormati seperti di Kelantan dan Kedah.

Tunjukan kita Insan yg lebih baik kerana kita parti berdasarkan Islam ..

Yanaam said...

Saya yakin PAS boleh menang besar dalam PRK kali ini jika DS Nizar berundur secara terhormat sebagai menjunjung titah.

Tetapi bila pendekatan seperti sekarang diteruskan, saya khuatir PAS mungkin kehilangan sokongan pengundi atas pagar khususnya daripada kaum Melayu apatah lagi dengan ekploitasi dan propaganda media pro UMNO.

Semoga kemenangan berada di pihak PAS.

mymoksha said...

Insyallah,
Konspirasi Najib-UmnO-Sultan akan kita hancurkan di Bkt Gantang. Kegigihan Allahyarham akan kita balas dgn kemenganan mutlak dan pukulan KO pd UmNo dan Najib Mongalia. Hujah2 dangkal,politik perkauman,gila kuasa,rasuah akan dijawab dgn hujah Islam dan politik Malaysia baru

Syor Pas letak Ir.Nizar sbg calon, beliau ada daya penarik buat masa skrg dan manjanjikan kemenagan Pas dan rakan-rakan.

Al Fakirah said...

Moga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan syuhada'. Ameen...

roslan sms said...

Asm Mymoksha

Terima kasih atas pandangan sdr walaubagaimanapun biarlah urusan memilih calon diserahkan pada pucuk pimpinan PAS. Insyallah ia punya mekanisma dan kemampuan yang bakal melahirkan calon yang terbaik.

Siapa pun calonnya yang penting adalah dasar dan perjuangan parti.

Terima kasih.

Anonymous said...

Hidupkan kembali budaya Usrah di kalangan ahli PAS dan di dalam Usrah tersebut boleh tambahkan pengetahuan dalam ilmu politik yang lebih mantap khususnya dalam menghadapi provokasi UMNO yang busuk lagi meloyakan. Soal siapa calun biar ditentukan oleh kepimpinan tertinggi. Jika kita mempunyai pekerti, hemah yang tinggi dan strategi yang betul, InsyaAllah Allah akan beri kemenangan. Jadikan pahit itu ubat, manis itu berhati-hati dan masam sebagai rencah.

Anonymous said...

Masaalah di Perak bagi saya adalah asasnya fitnah di mana umno sakit hati/benci pada PAS kerana mahu menegakkan Islam tapi umno adalah sekular hasil dari pensenyawaan haram tuan dengan hambanya maka lahir anak luar nikah yang di namakan UMNO ( kononnya united malays national org - sunggohpun nasinalis tapi tak mampu pakai boso ibunda tapi boso ayahnda)umno menjanakan gaya hidup penoh dengan kepura puraan yang melekakan rakyat supaya mudah golongan ketua dalam umno menjarah khazanah negara! Oleh kerana budaya dungu yang di hembus ke benak pecacai pecacai maka pecacai pecacai ini bermati matian menyokong ketua2 mereka secara membuta tuli, orang umno anti Islam walaupun mereka solat!Itu cuma satu ritual saja pada mereka.

Anonymous said...

sudah pasti tekanan maha hebat dan ancaman maha besar akan timbul daripada prk bukit gantang, sang penguasa akan memastikan mereka tidak dimalukan lagi dengan kekalahan mereka dengan kuasa rakyat, waima apa cara sekalipun pasti digunakan bagi membuktikan 'sokongan' rakyat masih ada terhadap mereka, pktn rakyat bakal menghadapi satu gelombang besar dihadapan, moga rakyat bersama2 bersabar menempuhnya.

kekuatan kita akan berpecah dua kerana dijangkakan tarikh pilihanraya tidak kan jauh beza= fokus pkr di kedah, fokus pas di perak, fokus dap dikedua2nya, apakah strategi serampang dua mata yg sesuai dilaksanakan?