Tuesday, January 06, 2009

Mat Taib: Kokok berderai-derai ……….

Mat Taib, Ketua Penerangan Umno yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah benar-benar bikin drama dalam TV3 semalam. Beliau pagi-pagi lagi meluangkan masanya ke sebuah Tabika KEMAS di Kampung Seri Ampang, Ipoh, Perak. Kononnya pintu pagar tabika berkenaan yang terletak dalam premis milik kerajaan negeri telah dikunci oleh pihak JKKK lantikan kerajaan negeri. Akibatnya murid-murid tabika berkenaan tidak dapat masuk belajar.

Kalaus esiapa yang perhatikan Buletin Utama TV3 semalam dan kemudian membaca pula laporan sahabat kita di http://perisik-rakyat.com/2009/01/mat-taib-kecewa-pintu-pagar-dewan-tidak.html akan mendapati bahawa sebenarnya pintu pagar berkenaan tak berkunci pun pagi itu. Ia sekadar tertutup rapat tetapi tidak bermangga sebagaimana didakwa. Kerana selepas itu elok sahaja Mat Taib masuk ke dalam dan sempat ber “posing” dengan seorang pelajar kecil yang duduk dipangkuannya sambil dikelilingi oleh pemuka-pemuka Umno dari jauh dan dekat.

Kata Mat Taib jangan politikkan isu pendidikan. Kata Mat Taib dewan orang-ramai adalah untuk kegunaan semua.

Saya mahu menarik perhatian semua khasnya Mat Taib sendiri yang kebetulan Ketua Umno bahagian Kelana Jaya di kawasan saya. Di kawasan USJ1 di Subang Jaya, terdapat sebuah kawasan penempatan pangsapuri yang dinamakan Pangsapuri Angsana. Di antara blok-blok pangsapuri itu terdapat sebuah dewan yang asalnya adalah dewan kegunaan untuk penghuni di situ. Mat Taib pun pernah berkali-kali hadir dalam majlis di dewan ini.

Selepas pilihan raya umum baru-baru ini, orang-orang Mat Taib melalui Umno cawangan di sana telah “mengambil-alih” dewan ini dan kini diletakkan papan tanda di bangunan itu menjadi Dewan Umno! Umno cawangan di bawah Mat Taib merampas dewan yang sepatutnya diselia oleh jawatankuasa penduduk di sana. Sehingga ke hari ini masyarakat penghuni di Angsana dinafikan hak untuk menggunakan dewan berkenaan kerana ia diselia oleh parti kepunyaan Mat Taib, yang kebetulan di Selangor adalah parti pembangkang!

Jadi siapa yang sebenarnya mempolitkkan bangunan-bangunan kegunaan awam ini?

Saya harap TV3 dan pihak media yang lain berkunjung ke Pangsapuri Angsana, dan saya yakin penduduk di sana bersedia memberikan penerangan kepada mereka. Darihal isu ini. Mat Taib perlu dilihat konsisten dan bukan lidah bercabang. Tambahan beliau sedang bercita-cita untuk merampas kerusi nombor dua dalam Umno. Kalau sekadar kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang najis, nipis dan tipislah harapan beliau untuk naik.

Dalam isu tabika KEMAS ini beliau selaku menteri sepatutnya telah lama berurusan dengan pihak kerajaan negeri-negeri yang berkenaan. Hormatlah sikit kerajaan negeri, tuan punya bangunan dan premis, dan kerajaan yang dipilih rakyat. Tetapi tidak, Mat Taib lebih gemar “bulldoze” untuk meraih populariti atas kesusahan orang-ramai. Kini siapa yang susah.

Berbalik kepada isu dewan Umno yang bukan hanya di USJ 1 tetapi juga di SS19 Subang Jaya dan beberapa lagi disekitar Lembah Kelang ini, Mat Taib selaku Pengerusi Perhubungan Umno dinasihatkan agar segera bertindak membebaskannya dari ikatan parti politik, buat segera sebelum anda dimalukan dan akhirnya kecundang tidak berjawatan.

Ingat, rakyat kini sudah bijak dan sudah bebas berfikir, dan membuat penilaian serta pertimbangan. Jangan sampai Umno nanti berkubur angkara Ketua Penerangannya……

4 comments:

lan said...

membodohkan diri sendiri aje menteri ni, aku fikir budak kecil dipangkuannya lagi bijak!

mat_terab said...

dalam hal ni macam mana Mat Tension ni boleh ada kat situ....?
Dalam banyak-banyak tabika hampir 700 buah di perak macam mana dia kata boleh kebetulan lalu kat situ.....?
Mungkin dia dah tahu perancangan tersebut dan pagi-pagi dah ada kat situ atau mungkin sengaja di rancang oleh UMNO semata mata kerana Kekeringan isu pilihanraya di KT.....

mut said...

Wah, Mat Taib UMNO bercakap pasal salah guna kuasa !

Tak tau la apa nak kata.... perlu ke berkata-kata? Nasib baik pemuka UMNO tu tak letak sign "CLOSED" depan gate tuh sebagai prop drama UMNO.

Mat Taib tu tak paham pulak nanti....

Anonymous said...

mat taib (M2M) tu SIHAT KE TAK?
biasa kalau orang sihat tak merepek meroyan............macam berukkkkkkk......