Saturday, August 30, 2008

51 tahun meniup semangat Islam

Esok adalah ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 51. 51 tahun lalu di malam seperti ini bendera Union Jack diturunkan di Padang Kelab Selangor, sekarang ini Dataran Merdeka dan dinaikkanlah tepat jam 12 malam bendera Persekutuan Tanah Melayu diiringi dengan teriakkan kemerdekaan yang bergema seluruh pelusuk tanahair.

Dari rentetan sejarah antara parti yang terus kekal sehingga kini sejak kemerdekaan dahulu selain Umno, MCA dan MIC yang bersatu di bawah PERIKATAN ketika itu adalah PAS. Bermakna PAS juga turut menyumbang dan terlibat dalam proses menuntut kemerdekaan negara. Antara pimpinan terawal PAS ketika itu adalah Tuan Ahmad Tuan Hussin (ahli majlis perwakilan Persekutuan yang pertama - 1955), Hj Hassan Adli, Hj Zabidi Ali, Tuan Guru Hj Yahya Junid, Dr Abas Hj Alias, Almarhum Dr Burhanuddin al Helmy, Almarhum Prof Zulkifli Mohamnad dan ramai lagi.

Apakah pendirian PAS mengenai kemerdekaan Tanah Melayu ketika itu? Berikut adalah petikan dari pandangan Almarhum Prof Zulkifli Mohamad, seperti yang tersiar dalam Suara Islam 15 Mei, 1957:

Setelah tercapai kemerdekaan sampailah kita kepada peringkat perjuangan mengisi kemerdekaan, dari sini bermulalah peringkat kedua perjuangan kita, peringkat jangka panjang perjuangan PAS.

Sebagai sebuah parti politik yang berideologi, kita berazam hendak mengisi kemerdekaan itu dengan ideologi kita sendiri, iaitu ideologi Islam. Kita percaya dengan Islam atau ideologi Islam sahajalah negara kita dan umat kita dapat dibawa ke arah keselamatan dan kebahagian yang sebenar-benarnya.

Ini bermakna PAS kenalah berikhtiar menjadikan negara ini pada akhirnya sebagai sebuiah Negara Islam dalam erti kata yang sebenar, lebih daripada sebagai sebuah negeri Islam semata-mata.

Tugas menegakkan sebuah Negara Islam yang didalamnya segala ideolgi Islam dan segala undang-undang yang di dalamnya adalah kewajipan pokok yanh harus diperjuangkan oleh tiap-tiap mereka yang bernama Muslim, lebih-lebih lagi oleh parti Islam seperti PAS.

Kata-kata yang penuh hikmah yang saya yakin bertepatan dan selaras dengan segala nas dan hukum pegangan kita. Kini sudah 51 tahun kita berjuang mengisi kemerdekaan negara, dengan acuan kita sendiri. Mudah-mudahan kita akan terus kekal istiqamah dan menjunjung perjuangan ini, samada kita menang atau syahid bertemu Allah swt.

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yng ke 51.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Lavigne berjaya juga menghiburkan peminatnya

Menurut akhbar The Star hari ini:

Fuss over Avril proves unfounded

iaitu menggambarkan yang konsert "The Best Damn Tour" ratu rock punk dari Kanada Avril Lavigne yang berlangsung di Stadiuk Meredeka semalam, sebenarnya OK dan tidak sebagaimana yang mahu digambarkan oleh beberapa NGO dan gerakan Islam termasuklah Pemuda PAS.

Lavigne dilaporkan membuat persembahan menyanyikan 17 buah lagu dihadapan kira-kira 15,000 penonton. Antara penonton dan barangkali peminta setia Lavigne yang turut hadir adalah ahli parlimen Kelana Jaya Loh Gwo Burne. Mungkin Loh juga bersetuju dengan pihak-pihak berkenaan bahawa semuanya OK dan tak perlu kecoh-kecoh.

Apa pun Pemuda PAS dilaporkan berada di luar stadium mengedarkan hampir 2,000 risalah yang menerangkan darihal kosep hiburan menurut Islam kepada penonton-penonton Islam yang jhadir di konsert tersebut.

Saya mengucapkan syabas kepada Dewan Pemuda PAS yang telah bertindak menurut batas peraturan bagi memprotes konsert ratu maksiat ini. Tahniah kepada Ketua Pemuda Wilayah Kamarulzaman Mohamad dan adinda-adinda lain yang konsisten dalam menegakkan yang hak walaupun dibenci oleh puak-puak tertentu. Yang pentihgnya mesej kita telah sampai.
Impak Bajet 2009 ke atas rakyat

Bajet 2009 telah pun dibentangkan oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri di parlimen semalam. Mungkin antara yang paling gembira disat ini adalah kakitangan awam, yang bakal menerima bonus sebulan gaji setelah tidak mendapat sebarang perhatian dalam bajet yang lalu.

Bagi saya bonus ini sudah sudah pasti akan melegakkan mereka dalam mengharungi kemelut kenaikan kos hidup yang semakin mencabar. Namun demikian kakitangan disektor swasta yang telah sekian lama menuntut gaji minima RM900 dan COLA RM300 sekali lagi dilepas pandang.

Sebelum ini saya ada membuat posting darihal warga pencen, menuntut agar semakan terhadap pencen yang mereka terima dilakukan memandangkan merekalah antara golongan yang akan teruk menghadapi kesan kenaikan kos hidup. Jika anak-beranak mereka berada dan mampu membantu tak mengapa, bagaimana jika tidak? Bagaimana jika mereka tiada pergantungan lain?
Bajet 2009 tidak menyarankan semakan semula namun mencadangkan yang kadar pencen minima ditetapkan pada RM720 dengan syarat mereka telah berkhidmat selama 25 tahun. Saya pasti ramai yang akan menarik nafas lega dengan cadangan itu (menurut perangkaan sejumlah 75,000 yang terlibat) walaupun ada yang berpandangan ianya patut ditetapkan pada kadar RM900.00.

Dalam pada itu saya mengalu-alukkan cadangan menaikkan duti eksais ke atas rokok iaitu sebanyak 3 sen sebatang. Mereka yang merokok dijangka akan membayar lebih 20% tambahan ke atas setiap batang rokok yang dihisap. Semoga ramai lagi akan berhenti merokok selepas ini.

Cuma masalahnya kali ini industri perjudian dan arak terlepas dari beban kenaikan cukai. Saya ada menyarankan agar industri perjudian yang dihalalkan oleh kerajaan Malaysia atas alasan masyarakat majmuk ini akan dinaikkan cukai ke atas mereka. Rata-rata mereka meraih keuntungan di atas tahi-tahi dan kaki judi yang mahu cepat menjadi kaya. Saya perhatikan ekoran kenaikan kos hidup kebelakangan ini semakin ramai masyarakat Melayu yang bersesak-sesak mahu mencuba nasib untuk menjadi kaya, itu tidak termasuk warga asing Bangla dan Indon yang juga turut menyumbang mengkayakan industri yang diharamkan Allah swt ini.

Bajet 2009 seakan membela industri arak yakni industri bir dan stout. Industri yang turut dihalakan oleh kerajaan atas alasan masyarakat majmuk ini tidak ada yang menanggung rugi.

Kaki botol dan tahi arak sanggup berbelanja wang dan pendapatan mereka untuk mengkhayalkan kepala dan otak, sedangkan ramai yang mengikat perut menanggung kesusahan kerana kos hidup yang meningkat. Industri ini sepatutnya terus dibebankan dengan cukai, biar produk mereka menjadi semakin mahal semoga bilangan kaki botol akan berkurangan.

Tindakan bajet ini mengecualikan pembayaran bil letrik ke atas mereka yang dikenakan caj RM20 ke bawah, sangat dialu-alukan sebagaimana air percuma yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor. Sudah pasti kombinasi letrik percuma (bagi yang layak) dan air percuma (di Selangor bagi yang layak) akan meringankan beban ramai. Adalah difahamkan seramai 1.1 juta isirumah akan menikmati letrik percuma melalui cadangan ini.

Apapun kita mengharapkan bajet ini akan dibahaakan secara matang dan masak oleh semua ahli-ahli parlimen kita. Berikanlah input dan pandangan yang baik dan membina. Yang pentingnya negara dapat terus maju, pembangunan dirasai rakyat dan nasib serta masa depan kita semua terbela dan terjamin.

Friday, August 29, 2008

Jangan "sita" Malaysia Today

Saya mengenali Raja Petra sejak beliau menulis dalam English Section Harakah dengan nama pena Sulong Kamaruddin. Saya ketika itu baru berjinak-jinak menyumbangkan tulisan dalam ruangan yang sama di bawah Editor Hj Koya. Ketika itu gelombang internet belum lagi bergelora seperti pada hari ini. Tahunnya jika tidak silap sekitar awal tahun 90an. Tetapi saya lebih rapat dan mesra dengan adik beliau,kebetulan bukan seorang penulis petah sepertinya.

Terus -terang saya akui Raja Petra sinonim dengan media alternatif dalam negara ini lebih-lebih lagi dengan meletupnya laman web beliau Malaysia Today sejak bersemaraknya api reformasi sekitar 1998.

Saya juga akui yang saya tidak berapa sealiran dengan sebahagian besar yang dipaparkan dalam laman beliau itu, namun membacanya kerana ia "entertaining". Memang Raja Petra "budak nakal" alam siber kerana sering mencucuk dan menusuk semua pihak yang beliau mahu cucuk dan tusuk, kata adiknya siapa sahaja yang jadi kerajaan akan menjadi mangsa Pet.

Justeru itu walaupun tidak berapa selesa dengan laman beliau, namun saya merasakan tindakan kerajaan menggunakan Seksyen 236 Akta Multimedia dan Komunikasi dengan menyekat laluan ke laman web beliau sebagai suatu tindakan keterlaluan dan mencemarkan imej kerajaan dimata dunia kerana akibatnya kita kini setanding dengan Myanmar dan Cina Kominis kerana menapis dan menyekat kebebasan internet.

Kalau ada Raja Petra menghasilkan posting yang menghasut atau melanggar mana-mana peraturan negara maka sewajarnya beliau disiasat dan di hadapkan ke mahkamah.

Membelenggu laman webnya seperti ini hanya akan lebih mempopularkan beliau dan sekaligus memalukan kita semua kerana kita yang mahu menjadi negara dunia pertama rupanya terpenjara dalam reban dunia ketiga, tambah diambang negara mahu merayakan ulangtahun kemerdekaan negara yang sepatutnya lebih mendewasakan kita.

Thursday, August 28, 2008

Terima kasih atas publisiti percuma anda

Dalam ramai-ramai rakan blogger kebelakangan ini, saya perhatikan cuma dua sahaja yang cukup minat mengkritik dan menyerang tulisan saya. Memang kita tidak dapat memaksa orang untuk bersetuju dengan kita, adat berhujah mestilah bersedia dihujah balas, adat mengkritik mestilah bersedia untuk dikritik.

Setelah sekian lama menulis, sejak lebih 10 tahun di dunia siber, termasuk hampir 4 tahun berb"blog" saya sudah masak dengan pujian dan kritikan. Malah semua saya terima dengan hati yang terbuka. Saya akui ada yang agak emosional dan ada juga yang menyerang balas dengan kata-kata tajam dan pedas (termasuk yang lucah), semoga Allah swt mencurahkan balasan, apa sahaja bentuk, atas usaha dan perlakuan kita itu.

Tetapi kalau benci dan marah sekalipun tak perlulah mengeluarkan maki hamun dan melemparkan tuduhan dan fitnah, ianya kelak hanya mencerminkan akhlak dan budi pekerti kita. Tidak mengapalah kalau mahu memilih tajuk:

Roslan SMS mahu kita menyerang DAP, bukan berdakwah dengan hikmah

sedang saya percaya ada juga pemimpin kanan PAS yang telah mengulas (saya tidak mahu memilih "menyerang") secara terbuka kenyataan Guan Eng yang saya petik itu.

Tidak mengapalah kalau rakan blogger itu memandang rendah penulisan saya dengan menulis:

Tetapi sikap Roslan SMS ini sebenarnya menguntungkan DAP, UMNO, BN, puak-puak sekular dan ramai lagi. Malahan, sikap yang ditunjukkan oleh Roslan sebenarnya menguntungkan mereka yang memusuhi Islam. Dengan sikap sebegini, puak sekularis dan liberalis tidak perlu bekerja keras. Mereka cuma menumpang laba dari orang seperti Roslan SMS. Mereka goyang kaki, Roslan SMS dan kuncu-kuncunya kumpul hasil.

Yang saya kritik adalah usaha untuk menobatkan Malaysia sebagai sebuah Negara Sekular, tetapi rupanya saya pula menjadi juara sekular!!!

Kepada rakan saya ini, terima kasihlah kerana memberi publisiti percuma kepada posting saya itu, siap di sisipkan di Malaysiakini lagi, makin bertambahlah "hits" saya. Terima kasih juga kerana hasil tulisan anda terhadap saya itu telah melahirkan komen berikut dari pembaca anda:

Ikrak said:
Who is this Malay bastard Roslan? He is nothing but a trouble maker. Let's ignore that bastard.


Jika kerana mahu mempertahankan aqidah dan kepercayaan saya serta komited terhadap perjuangan Islam yang dibawa PAS maka saya digelar "bastard" (anak haram) atas ihsan tulisan anda, saya rela cuma saya berdoa janganlah ada sesiapa yang memanggil anda dengan gelaran yang sama seumpama itu. Allah melihat apa yang kita lakukan.

Wednesday, August 27, 2008

Bersyukur dan teruslah berjuang

Ramai yang masih belum hilang dari perasaan gembira dengan kemenangan DSAI di Permatang Pauh semalam. Maklumlah setelah lama berjuang dan menunggu-nunggu. Berbagai ucapan tahniah dan syabas terpacul di sana-sini. Dalam keghairahan itu walaubagaimanapun tidak banyak yang mengucap syukur ke hadrat Illahi dan mengulangi ketaat-setiaan dan ketundukkan kita kepada Nya.

Saya terus salut pada YB Zul Nordin, yang tidak lekang dari komitmennya terhadap Islam dan tidak pernah berasa segan atau malu atau takut-takut untuk menzahirkannya. Saya petik dari blog beliau http://zul4kulim.blogspot.com/

Maka saya seru diri saya dan sahabat-sahabat semua supaya menginsafi bahawa tidak akan ada kemenangan kecuali dengan bantuan ALLAH. Tetapi perlu kita ingat bahawa kekadang ALLAH memberi sesuatu itu tetapi bertukar menjadi istidraj..iaitu menjauhkan kita dari ALLAH dan kita akan hanyut dalam kealpaan dunia.

Tujuan kemenangan yang diredhoi ALLAH ini adalah supaya kita mengajak dan menyeru manusia kembali tunduk dan taat kepada perintah ALLAH.

Saya berdoa kepada ALLAH moga kemenangan ini memberikan saya kekuatan untuk terus berjuang memartabatkan Islam. Moga ALLAH memberikan saya dan kita semua istiqomah dalam perjuangan ini.

Jangan kita lupa bertasbih dan bertahmid kepada ALLAH. Tentu banyak dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan samada semasa berkempen mahupun sebaliknya. Jadi marilah pohon kepada ALLAH keampunan dan meletakkan kita dalam golongan syuhada dan solihin. Jangan lupa bersujud syukur kepada ALLAH.

Hanya padaMu lah ALLAH kami menyembah dan kepada Mu lah kami pohon pertolongan. Ampunilah kami dan bantulah kami.. Ameen..

Mudah-mudahan Allah swt tidak melupakan kita dengan kemenangan ini, mudah-mudahan perjuangan Islam terus kita junjung dan kita martabatkan. Mudah-mudahan kemenangan kita di dunia ini akan mampu kelak menebus pula kemenangan bagi kita di akhirat yang kekal abadi.

Tuesday, August 26, 2008

Dari TPM ke banduan ke Ketua Pembangkang

Hidup ini seumpama roda, kadangkala kita di atas dan kekadang di bawah. Dari seorang aktivis NGO Islam Anwar menyertai Umno dan melonjak dari satu tahap ke satu tahap sehinggalah menjadi Timbalan Presidennya dan Timbalan Perdana Menteri.

Tiba-tiba hidup beliau terjerlus ke bawah apabila dipecat dari parti itu dan kemudiannya disabitkan pelbagai kesalahan lalu merengkuk di penjara sebagai banduan. Bebas dari penjara beliau terus berjuang dan hari ini menang di kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk kembali melangkah masuk ke Parlimen, kali ini sebagai Ketua Pembangkang.

Tidak ada pemimpin dalam sejarah Malaysia yang pernah melalui apa yang Anwar lalui.

Namun roda hidup Anwar terus berputar. Dengan kemenangan besar ini kini rakyat menunggu pula apa yang dijanjikan Anwar iaitu menguasai Parlimen dengan blok terbanyak (apabila 31 ahli parlimen bersetuju melompat keluar BN) dan merebahkan kerajaan BN pusat yang didominasi Umno.

Kini semua menumpukan pada tarikh 16 September, tarikh dimana Anwar akan dinobatkan sebagai PM setelah menguasai majoriti mudah di Dewan Rakyat. Jangan persiakan harapan rakyat itu.
Apa guna Merdeka jika rakyat kita masih menjadi tebusan?

Dalam pada kita sibuk dengan tugasan harian masing-masing saya rasa tumpuan negara harus diberikan kepada kejadian menawan kapal tangki minyak MT Bunga Melati Dua milik MISC Berhad di Teluk Aden berhampiran Somalia kira-kira seminggu lepas oleh lanun-lanun yang tidak dikenali. Terdapat 39 anak kapal di atas kapal milik Malaysia itu iaitu 29 warga Malaysia dan 10 Filipina.

Menurut pihak MISC MT Bunga Melati Dua yang boleh membawa muatan 32,025 tan itu membawa minyak sawit dari Malaysia sebelum ditawan oleh lanun-lanun bersenjata di luar pantai Somalia Selasa lepas kira-kira jam 10 malam waktu tempatan.






TPM Najib Tun Razak dalam akhbar tempatan hari ini menytakan kesemua 39 anak kapal tersebut selamat dan rundingan sedang dijanalnkan untuk membebaskan mereka.

Saya yakin semua kita bersimpati dengan mangsa dan keluarga mereka dan mendoakan agar mereka semua khasnya mangsa tidak diapa-apakan dan akan selamat kembali kepangkuan keluarga masing-masing secepat mungkin.

Saya berharap agar pihak kerajaan lebih telus dan terbuka akan perkembangan yang sedang berlaku. “Updates” dari masa kesemasa perlu diberikan untuk mengurangkan kegusaran dan kebimbangan rakyat khasnya kaum keluarga dan kawan serta kenalan mangsa. Mengapa tidak dikeluarkan senarai nama mereka yang menjadi mangsa, sehingga kini cuma keluarga terdekat sahaja yang ketahui.

Apakah opsyen menggempur kapal tersebut untuk menyelamatkan tebusan tidak dipertimbangkan. Mengapa tidak kita hantar kapal dan pesawat tentera kita ke sana untuk emmantau keadaan, kita tahu bumi Somalia kini bergolak, lantas kekuatan kita perlu ada di sana untuk memimpin suasana.

Jangan pandang remeh dan kecil perkara ini kerana ia melibatkan maruah negara dan keselamatan rakyatnya. Kita mahu jika boleh PM sendiri atau wakil peribadinya terlibat dalam rundingan bagi mencerminkan seriusnya kerajaan dalam menangani isu ini dan membela rakyatnya. Bertindaklah, apa guna kita megah merayakan Merdeka jika rakyat warganegara kita sendiri menjadi tebusan di negara lain!

Monday, August 25, 2008

Salut Salahuddin Ayub

Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub mendapat paparan muka depan akhbar Sinar Harian hari ini. Tajuknya:

Isu penubuhan negara sekular. PAS selar Guan Eng. Prinsip parti itu tidak pernah berubah dan tetap berusaha memperjuangkan sebuah Negara Islam.

Ahli parlimen Kubang Kerian itu memberikan reaksi terhadap kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika Kongres Kebangsaan DAP di KL baru-baru ini. Menurut Salahuddin lagi:

Sampaikan salam saya kepada Lim Guan Eng kalau beliau berkata kita (PAS) setuju menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara secular kerana PAS akan terus memperjuangkan sebuah Negara Islam.

Saya boleh faham reaksi Ketua Pemuda PAS itu malah saya sendiri akan berkata perkara yang sama, kerana isu ini melibatkan prinsip dan dasar perjuangan PAS. Dan saya berbangga yang YB Din terus-menerus ke hadapan dalam isu-isu pokok seumpama ini, dalam suasana yang penuh pancaroba sehingga ada yang sudah rela meminggirkannya.

Soal samada PAS mampu melaksanakannya atau pun tidak itu antara ahli-ahli PAS dan Allah swt, tetapi memperjuangkannya, itulah matlamat PAS sejak ditubuhkan lebih 50 tahun dahulu sehingga kini. Kepada kawan-kawan, jika mahu berkawan maka belajarlah menghormati sesama kawan.

Sunday, August 24, 2008

Ayuh kita junjung Malaysia yang sekular

Kongres Kebangsaan DAP ke 15 sedang berlangsung di Crown Princess Hotel, Kuala Lumpur. Ini merupakan kongres parti tersebut yang pertama sejak PRU ke 12 setelah ia mendapat pencapain yang terbaik dalam sejarahnya iaitu memenangi 28 kerusi Parlimen dan 73 kerusi DUN termasuklah menguasai Pulau Pinang.

Sudah pastilah dengan pencapaian tersebut kongres parti yang didominasi kaum bukan Melayu ini akan menjadi tumpuan dan perhatian ramai. Dan kebetulan ini juga kongresnya yang pertama sejak bersatu dalam Pakatan Rakyat memerintah beberapa buah negeri.

Kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng,semasa merasmikan kongres itu semalam bahawa DAP bertekad menentang sebarang usaha menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam kerana ianya bertentangan dengan wawasan yang didukung partinya. Semasa sesi sidang akhbar pula Guan Eng berkata bahawa DAP komited memegang 4 prinsip yang disepakati oleh komponan PR iaitu salah satunya bahawa mengakui yang Malaysia ini akan kekal sebagai sebuah negara sekular.

Guan Eng juga menegaskan bahawa satu lagi prinsip penubuhan PR tempoh hari adalah bahawa jika ia berkuasa diperingkat pusat maka hanya Dato Seri Anwar Ibrahim yang akan diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia (yang lain siapa pun namanya tidak layak).

Jangan sesiapa pertikaikan kenyataan Guan Eng ini kerana ianya telah disepakati. Jangan sesiapa pandai-pandai mahu jual idea siyasah syariah atau apa sahaja bentuk perlaksanaan Islam kerana ianya anti sekular, apatah lagi mahu membawa gagasan Negara Islam!

Jangan lukakan hati kawan-kawan! Jangan pertikaikan mereka, kita kan kawan. Sekarang kita perlukan sokongan mereka, jika tidak kita tiada peluang berkuasa. Kita cuma perlu dakwah dan didik DAP, nanti ia juga boleh terima Islam, sekarang ini ia belum mengerti.

Menurut akhbar The Star hari ini Guan Eng malah mencadangkan mana-mana pihak yang memiliki pandangan berbeza atau tidak dapat terima keputusan majoriti bebas meninggalkan Pakatan Rakyat. Lantas kerana itu orang PAS jangan bising-bising, kalau perlu kendur dan lenturkan prinsip lakukanlah, kerana bimbang nanti kita ditendang keluar. Yang penting kita boleh bersama, jaga dan tantanglah ia bagai menatang minyak yang penuh. Biarlah kita jadi sekular sekali pun yang penting kita dan DAP mesti kekal bersama!

Agenda Islam hari ini sudah tidak berapa penting lagi, kerana kalau mahu ditonjolkan nanti ia bertentangan pula dengan konsep Malaysia Malaysia, kesaksamaan dan sama-rata untuk dan buat semua. Biarlah kita peluk dan dakap mereka seerat-eratnya dahulu, nanti bila kita perpoleh kuasa, baru kita fikirkan kembali bagaimana mahu perjuangkan Islam, jika perlu.

Buat masa ini lepaskanlah dahulu segala-galanya, kerana fakta, kajian dan bukti menunjukkan kuasa sudah hampir ditangan kita. Ini hakikat dan realiti apa sahaja yang ditulis dalam kitab atau dicatat dari wahyu pun benar tetapi yang ada di hadapan kita juga benar, malah tampak lebih benar.

Atau bagaimana?

(Maaf kerana perlu berkata benar..........berkata benar pun perlu mohon maaf kah?)

Saturday, August 23, 2008

Dari Permatang Pauh ke Putrajaya

Rakyat di Permatang Pauh akan keluar mengundi Selasa ini. Keluarlah beramai-ramai mengamalkan had demokratik kita masing-masing. Setakat hari ini nampaknya sokongan rakyat di sana terus-menerus berpihak kepada calon PKR Dato Seri Anwar Ibrahim, mengambil kira perhitungan logik, tidak ada sebab mengapa Anwar tidak boleh menang besar Selasa ini.

Kemenangan di Permatang Pauh sesungguhnya tidak akan menambahkan bilangan kerusi PKR atau Pakatan Rakyat. Tetapi ia merupakan batu loncatan bagi Anwar untuk terjun ke dalam gelanggang, gelanggang yang pasti merindui beliau sejak beliau meninggalkannya hampir 10 tahun lalu, iaitu kamar dewan rakyat.

Tetapi kemenangan di Permatang Pauh Selasa hadapan tidak sekadar berhenti di situ. Ia sesungguhnya suatu persinggahan dan rakyat mengharapkan sesuatu yang lebih besar dari itu. Melalui Permatang Pauh rakyat mengharapkan lanskap poltik Malaysia berubah lagi setelah ia berubah pada 8 Mac lalu. Kali ini rakyat mengharapkan perubahan yang lebih drastik sebagaimana yang dinajanjikan kepada mereka.

Dari Permatang Pauh 26 Ogos ini rayat akan menunggu pula satu lagi tarikh besar iaitu 16 September kerana pada hari itu segala-galanya akan berubah. Malaysia akan mencipta sejarah pada tanggal berkenaan kerana buat pertama kali dalam sejarah Malaysia dan malah sejarah dirantau ini, sebuah kerajaan akan jatuh lantaran peralihan sokongan ahli-ahli Parlimen tanpa perlu melalui peti undi.

Pada bulan Ramadhan nanti, kerajaan BN akan tumbang dan kesemua anggota kabinetnya terpaksa mengundur diri. Pada hari yang ditetapkan itu Pakatan Rakyat dikatakan akan memiliki bilangan kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan Malaysia yang baru lantaran 31 ahli-ahli parlimen BN akan melompat menyertai PR. Pada tanggal itu juga rakyat akan melihat ahli parlimen Permatang Pauh dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

Ayuh pastikan Anwar menang Selasa ini untuk sama-sama kita melangkah pula ke Putrajaya 16 September ini.
Harapan dari Bajet 2009

Bajet 2009 yang akan dibentangkan di Parlimen minggu hadapan sangat ditunggu-tunggu rakyat. Ianya menjadi perhatian dan tumpuan semua lantaran kos hidup rakyat yang begitu mencengkam kehidupan kebelakangan ini sejak kenaikan harga runcit petrol pada bulan Jun lalu. Rakyat mengeluh ekoran kenaikan hraga barangan dan perkhidmatan sedangkan upah dan gaji kalaupun naik digerhanai oleh kenaikan kos hidup lipat kali ganda ini.

Apa yang anda harapkan dari Bajet ini?

Saya mengharapkan kakitangan kerajaan yang hampir 1 juta bilangannya itu akan diberi bonus yang mereka tunggu-tunggu sekian lama. Pastikan bonus ini jika ada dibayar setimpalnya khasnya kepada mereka digolongan pertengahan dan rendah, yang tinggi-tinggi dan kanan-kanan tu memadailah dengan yang patut-patut sahaja. Selain itu jangan lupa kepada kawan-kawan kita yang berjuta-juta bilangannya disektor swasta. Tuntutan MTUC agar kakitangan swasta dibayar gaji minima RM900 dan elaun kos sara hidup (COLA) minima RM300 sebulan itu perlu diberi perhatian.

Apabila nasib mereka ini dibela maka pasti produktiviti akan meningkat. Produktiviti yang meningkat akan mempertingkatkan kemajuan dan pembangunan kita semua.
Juga jangan pula lupa golongan pesara dan warga emas. Bagi golongan pesara kerajaan ini, berpatutan sangatlah jika kadar pencen mereka disemak semula. Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi bukankah kita mahu menjadi masyarakat penyayang, bayangkan penghidupan buruh, kerani dan konstabel pencen. Bagaimanakah mereka meredah hidup dengan suasa kos hidup hari ini?

Pembelaan terhadap warga emas perlu dipertingkatkan. Mereka ini memerlukan kos rawatan kesihatan yang percuma bagi semua bentuk rawatan teruatama yang miskin dan tiada sumber pendapatan tetap. Fikirkan juga tambang dan perkhidmatan percuma buat mereka ini disamping kemudahan asas, biar hidup mereka terbela sehingga ke akhir hayat.

Dalam pada itu pendidikan percuma perlu diperluaskan lagi bukan sekadar diperingkat rendah dan menengah. Jumlah biasiswa yang diberikan perlu ditambah dan kos pendidikan peringkat IPT tempatan perlu disemak semula supaya tidak membebankan.

Kerajaan Malaysia dan kerajaan-kerajaan negeri kecuali Kelantan (jika tidak silap saya juga Terengganu warisan kerajaan PAS) masih menghalalkan perjudian berlesen sedangkan ianya diharamkan oleh Islam. Alasan menghalalkan aktiviti ini termasuklah kasino di Genting kerana ianya kononnya tidak dilarang oleh budaya bukan Islam. Dalam keadaan begitu saya sarankan agar cukai ke atas aktiviti"haram" ini dipertingkatkan. Jika ada rakyat Malaysia yang sanggup berbelanja lebih untuk berjudi maka mereka juga perlu sanggup memikul bebanannya.

Naikkanlah cukai ke atas kasino dan NFO (numbers forecast operators) agar tabiat buruk dan dikutuk agama ini dapat dikawal dan ditangani.

Begitu juga dengan arak dan rokok. Kesan dan akibat dari arak dan rokok diakui oleh semua agama termasuklah yang tidak beragama. Kita tidak mengharamkan industri ini walaupun arak itu haram disisi Islam (seorang kerabat di Raja yang baru meninggal dunia mempunyai sebuah kelab arak yang dinamakan sempena nama timangan beliau) dan merokok itu juga diharamkan oleh beberapa ulamak termasuk bekas Mufti Selangor (digazet fawa haram itu untuk Selangor). Mengapa perlu kita memanjakan industri ini, jika mereka mengaut untung dari kesengsaraan rakyat maka kenakanlah cukai dan eksais semaksima mungkin ke atas mereka, biar mereka rasa tertekan dan akhirnya memilih untuk menutup industri mereka itu.

Selain itu saya percaya kita mahu melihat Jabatan Kastam dan Eksais kita semakin cekap, semoga tiada lagi barangan yang terlepas tanpa membayar cukai impot atau ekspot (untuk sesetngah barangan). Ini semua merugikan kerajaan kerana hasil yang terlepas. Benteras sama-sekali segala bentuk penyeludupan. Berikan insentif kepada pegawai yang berdedikasi dan hukum seberat-beratnya mereka yang curang dan rasuah.

Dalam pada itu saya percaya semua kita mahukan agar institusi agama dibela dan dipertahankan kerana ianya benteng terakhir kekuatan umat Islam dan bangsa Melayu. Kembalikan bantuan per kapita kerajaan pusat ke sekolah-sekolah agama. Berikan galakan dan insentif kepada institusi pengajian agama swasta dan mahad tahfiz swasta. Peringkatkan infrastruktur dan kemudahan mereka. Umat yang bermaruah dan kuat daya ketahanan diri hanya dapat dilahirkan jika agama dipelihara.

Akhirnya saya mengharapkan kerajaan Pusat dan negeri-negeri dapat bekerjasama sebagaimana sepatutnya bagi sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem Fedaralisma. Jangan ada diskriminasi antara satu sama lain. Kita boleh berbeda politik tetapi pembangunan rakyat dan negara perlu dipacu bersama demi kesejahteraan semua. Semoga kita semakin dewasa dalam hal ini seiringan dengan semakin dewasanya usia negara kita yang Merdeka ini.

Banyak lagilah yang mahu dibicara dan dicadangkan tetapi yang pentingnya Bajet 2009 ini benar-benar menjadi Bajet rakyat Malaysia keseluruhannya.
Urut dada tetapi belum berpuas hati

Saya pasti ramai yang mengurut dada merasakan sedikit lega apabila harga runcit petrol ditunkan limabelas sen ke RM2.55 sen seliter berkuatkuasa hari ini. Ia telah turun namun saya percaya ramai termasuk saya sendiri menganggap yang ia sepatutnya turun lebih rendah lagi.

Menurut pengumuman pihak kerajaan mulai 1 September tadi harga runcit petrol akan ditentukan oleh satu mekanisma harga terapung yang akan mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia. Subsidi minima 30 sen seliter dan harga siling petrol ditetapkan pada RM2.70 sen seliter sehingga penghujung tahun ini. Setakat semalam harga minyak mentah dunia diniagakan pada paras USD120.53 setong.

Yang penting sekarang adalah impak penurunan ini terhadap harga barangan dan perkhidmatan. Kita mengharapkan penurunan ini akan turut mencetuskan penurunan harga barangan dan perkhidmatan sekaligus meringankan sedikit beban yang ditanggung rakyat sejak kenaikan mendadak harga minyak pada bulan Jun lalu.

Menurut para penganilsa ekonomi, harga minyak dunia dijangka terus turun dan ini kita yakin akan menyumbang ke arah mekanisma harga terapung yang diperkenalkan kerajaan itu dan semoga rakyat kembali boleh hidup tenang dan senang.

Kita mengharapkan sementara menunggu harga minyak kembali stabil seperti dahulu, janji kerajaan untuk mempertingkatkan mutu khidmat pengangkutan awam akan ditunaikan. Kita melihat baru-baru ini PM Dollah Badawi merasakan sendiri pengalaman rakyat kebanyakkan bersesak-sesak untuk menaiki KTM Komuter dan LRT ke pejabat. Bayangkan jika musim hujan atau apabila berlaku gangguan perkhidmatan, lebih teruk lagi suasananya. Itu Dollah belum rasa lagi bagaimana pengalaman menaiki bas awam.

Rata-rata mutu khidmat pengangkutan awam kita masih "below average" dan perlu dipertingkatkan. Saya pernah berkali-kali membuta posting berkenaannya di sini kebetulan saya sering menggunakan perkhidmatannya untuk ke pejabat. Ini termasuklah sikap kakitangan mereka yang perlu diperbaiki khasnya apabila berurusan dengan orang-ramai.

Apapun kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik selepas ini. Harga minyak telah turun namun ia belum memuaskan hati lagi. Mutu khidmat pengangkutan awam masih ditakuk lama dan perlu diubahsuai dan diperbaiki dengan kadar segera.

Terima kasih kerana menurunkan harga petrol 15sen tetapi ia masih belum memadai.

Thursday, August 21, 2008

Anda seorang Muslim Moderat?

Saya menerima pendidikan konvensional, tidak mengambil jurusan agama diperingkat IPTA. Saya berpakian walaupun menutup aurat tetapi tidaklah mengikut sunnah sehingga berserban dan berjubah. Saya minat pada seni dan mengikuti perkembangan puisi, dunia muzik dan filem tetapi tidaklah yang lucah, tidak bermoral dan melalikan (termasuk yang "underground") malah tidak pernah sehingga tertinggal solat kerananya. Saya minat sukan dan mengikuti perkembangannya namun juga tidak lalaikan ibadat kerana minat terhadapnya.

Saya tidak merokok atau meminum arak apalagi menyalahgunakan dadah. Tetapi saya mengunjungi Mc Donalds dan KFC, bercuti dengan anak-anak ke pusat percutian dan peranginan, membawa anak-anak ke taman-taman tema, tetapi seklai lagi kami tidaklah tergila lalai sehingga meninggalkan yang wajib.

Soalnya adakah saya seorang moderat? Muslim moderat?

Moderat menurut istilahnya adalah gelagat, sikap atau pendirian yang tidak condong ke mana-mana ekstrim. Lebih mudah lagi bermain jalan tengah, kalau isitlah politiknya atas pagar. Maka Muslim moderat adalah Muslim yang sentiasa diposisi tengah-tengah, tidak mahu kononnya ekstrim kerana bimbang dikatakan "tidak mesra", fanatik, "little taliban" atau apa sahaja. Dan dia juga mungkin tidak mahu juga terlalu liberal, sehingga dikatakan terlalu bebas, sekular lalu nanti tersisih dari Islam yang sebenar. Yang penting mahu popular maka perlu duduk ditengah-tengah.

Maka jadilah ia Muslim Moderat! Muslim yang boleh dilentur dan anjal, menyesuaikan diri mengikut keadaan dan situasi.

Rasanya walaupun saya memiliki cara hidup seperti di atas, saya tidak sekali-kali mahu meletakkan diri sebagai seorang moderat, anda bagaimana?

Sebagai seorang Muslim secara asasnya kita menyerahkan seluruh kehidupan kita ini buat Islam. Sebagaimana Almarhum Pak Hamka pernah berkata ISLAM menurut tulisan jawinya "alif sim lam alif mim" itu bermaksud "Aku serah lembaga ku menjadi seorang Muslim". Seluruh kehidupan (sebagaimana yang dilafazkan dalam doa iftitah kita) sehingga ke ambang maut lantaran kita seorang Muslim adalah terikat dengan peraturan dan disiplin Islam.

Kerana itu walaupun tidak melalui jurusan pendidikan agama, saya mengajar anak-isteri saya untuk menghormati mereka yang berpendidikan agama, taat dan menghargai ilmu para ulamak. walaupun tidak berserban atau berjubah, tetapi kami sangat cinta dan menyanjungi mereka yang berpakain sedemikian, kerana cintanya kami kepada Rasulullah saw.

Dan yang lebih penting lagi walaupun kami makan-minum dan bersantai "ala western" namun komitmen kami terhadap Islam tidak pernah luntur. Islam akan terus kami julang dan junjung walau terpaksa mati kerana mempertahankannya. Kami terus komited mahu melihat al Quran dan as Sunnah menjadi hukum tertinggi dan Islam kembali menjadi penyelesai kepada masalah kehidupan dan bernegara, tanpa kompromi.

Lalu panggillah kami dengan gelaran apa sekalipun tetapi kami tidak akan redha ataupun mengizinkan sesiapa melabel kami sebagai "Muslim Moderat".
Mengunjungi MAHA bersama Tuan Guru

Semalam saya berkesempatan mengikuti rombongan Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS ke tapak pameran MAHA 2008 di Serdang, Selangor. Memang saya telah lama bercadang mahu mengunjunginya, kebetulan petang semalam Tuan Guru dan Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa memutuskan untuk berkunjung ke sana secara rasmi, maka berpeluanglah saya ikut serta. Turut serta adalah SETPOL Presiden Dr Shamsuri dan SU Sulitnya Hj Zaihan.



Saya tidak pernah mengunjungi MAHA sebelum ini, ternayata ia menjadi pusat tarikan pengunjung apabila saya dapati rakyat jelata berpusu-pusu ke sana walaupun ketika itu sekitar jam 2.00 petang, panas terik. Mungkin kebetulan mereka mengambil kesempatan dari cuti persekolahan. Jalan masuk sesak, mujurlah penganjur menyediakan tram percuma untuk menghampiri pintu masuk dari tapak letak kereta.

Sejurus tiba Tuan Guru dan rombongan telah disambut oleh para pegawai kanan kementerian dan diberikan taklimat oleh Timbalan Menteri Pertanian dan para pegawai kanannya. Selepas itu Tuan Guru diminta menyatakan tapak pameran yang mana satu mahu dikunjunginya, oleh kerana MAHA ini terlalu luas dan pasti tidak selesai sehari untuk melawat keseluruhan tapak pamerannya. Tuan Guru memilih untuk mengunjungi sektor yang diminatinya iaitu penternakan dan perikanan.
Tuan Guru disamping memang seorang anak nelayan, dan sering ke laut, juga menternak kambing. Oleh itu apabila mengunjungi tapak pameran penternakan khasnya yang mempamirkan kambing-kambing pelbagai jenis, beliau mahir dan bertukar-tukar pandangan dengan pegawai kementerian yang mengiringinya.

Kami sempat juga mengunjungi tapak pameran jentera pertanian dan mengakhiri kunjungan di tapak perikanan.
Saya perhatikan rakyat jelata yang mengunjungi MAHA 2008 semalam begitu senang hati apabila dapat bertemu muka dengan pimpinan tertinggi PAS. Tumpuan Tuan Guru sering terganggu apabila ramai yang memohon untuk bergambar bersama beliau disamping bertegur -sapa dan menjabat tangan termasuklah anak-anak muda dan kecil serta pengunjung dan peserta Cina dan India. Tuan Guru tidak menolak permohonan mereka, semuanya dilayan dengan mesra.
Cuma satu yang saya terpaksa akui, oleh kerana Tuan Guru berpuasa maka pihak penganjur dan peserta pameran tidak berpeluang menjamu beliau, dan saya sendiri terlepaslah peluang untuk menjamah apa yang disediakan kerana menghormati Tuan Guru. Satu yang ingin saya kongsi di sini, Tuan Guru berpuasa nazar. Sebelum keputusan PRU ke 12 lalu beliau telah bernazar akan berpuasa sejumlah hari sebanyak mana bilangan kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam PRU itu.
Bermakna keputusan akhirnya PAS menang 23 kerusi Parlimen dan 83 kerusi DUN, maka Tuan Guru wajib (atas dirinya) berpuasa 106 hari kerana nazarnya dan demi mensyukuri nikmat yang Allah swt berikan kepada parti pimpinannya itu. Agaknya berapa orang diantara kita yang ada bernazar begitu?
Setelah mengelilingi destinasi yang dimaksudkan lebih dua jam, kami berangkat pulang. Saya masih boleh terbayang wajah ceria dan gembira para pegawai, kakitangan dan rakyat jelata yang sempat bersama Tuan Guru di MAHA 2008 semalam, demikianlah aura seorang ulamak yang tawadhuk, disegani dan disayangi semua.

Wednesday, August 20, 2008

Pintu ditutup buat Lavigne

Satu lagi konsert dibatalkan. Kali ini konsert oleh ratu rock Kanada Avrill Lavigne yang dijadual diadakan diambang sambutan ulangtahun kemerdekaan negara iaitu pada 29 Ogos ini. Menurut menteri berkenaan Rasi Yatim, ianya dibatalkan kerana tarikhnya terlalu hampir dengan sambutan kemerdekaan dan juga kerana konsert itu jelas bertentangan dengan adat dan budaya rakyat Malaysia.

Saya mengucapkan syabas kepada Pemuda PAS khasnya Pemuda PAS Wilayah di bawah Sdr Kamarulzaman Mohamed yang tidak berganjak dan jemu-jemu, terus-menerus mengemukakan bantahan apabila ada knosert-konsert seumpama ini mahu dianjurkan di KL.

Mudah-mudahan di negeri-negeri yang PAS menumpang kuasa, tidaklah pula ada penganjuran konsert-konsert seumpama ini. Saya difahamkan Majlis Bandaraya Ipoh akan menganjurkan beberapa siri program ala konsert sempena perayaan hari kemerdekaan nanti. Pastikan ianya tidak bertentangan dengan syarak. Kalau Islam Hadhari pun sudah mula menolak konsert, takkan kita pula nak menggantikan sikap lama mereka.

Sama-samalah kita pelihara adab dan disiplin Islam samada di tempat yang kita berkuasa ataupun tidak.

Tuesday, August 19, 2008

Lompongnya pertahanan Islam kita

Sebagai seorang Islam sudah pastilah berita yang kita terima dari Kuantan sebagaimana dilaporkan dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini merentap jantung dan perasaan kita. Menurut laporan Mahkamah Tinggi Syariah di sana telah membenarkan Or Boon Hua atau Jeffrey Or Abdullah, 36 untuk keluar dari Islam.

Or menurut fakta kesnya memeluk Islam pada 20 Januari 1994 semata-mata untuk memudahkannya mengahwini seorang gadis Muslim. Pada 16 November 1996 beliau telah mengahwini gadis pilihannya itu tetapi kira-kira 5 tahun kemudian telah menceraikannya setelah memperolehi 2 orang anak. Or setelah itu dikatakan telah kembali kepada kepercayaan asalnya termasuk berkunjung ke tokong, makan babi, minum arak, berjudi dan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak.

Menurut laporan juga sepanjang perkahwinannya itu Or tidak pernah mempelajari apalagi mengamalkan ajaran Islam.

Hakim Datuk A. Rahman Yunus ternyata tidak mempunyai pilihan, lantaran kelompongan peruntukkan undang-undang Islam yang sebenar dalam apa yang kita amalkan, lalu terpaksa membenarkan permohonan Or ,saya percaya demi mengelakkan mudharat yang lebih besar kepada Islam. Malah Rahman mengakui beliau bersedih kerana terpaksa membuat keputusan itu.

Jadi siapakah yang patut dipersalahkan?

Ternyata dengan perkembangan kes ini, sesiapa sahaja boleh keluar-masuk Islam atas alasan tidak lagi mengamalkannya. Islam sudah menjadi agama “singgahan” bagi mereka yang mahu berkahwin gadis Melayu atau wanita Muslim. Selepas bosan, bolehlah ceraikan wanita itu dan pilih untuk keluar agama, betapa hina dan hodohnya Islam?!!

Semua pihak perlu mengambil iktibar dari kes ini terutama pihak Jabatan Agama negeri-negeri dan badan-badan serta NGO Islam. Dua usaha bersepadu perlu kita laksanakan dengan serius iaitu pertama memastikan yang syarat-syarat ketat dikenakan sebelum seseorang itu dibenarkan memeluk Islam. Pastikan ia diberi ilmu dan pendedahan, pastikan ia serius dan benar-benar faham. Keduanya undang-undang murtad ini perlu diperkenalkan demi membela maruah dan nama baik Islam agar tidak ada lagi petualang seperti Or ini yang akan mengambil kesempatan mempermain dan memperalatkan Islam.

Satu indidvidu telah berjaya murtad lantaran lompongnya pertahanan Islam kita, soalnya berapa ramaikah lagi nanti yang akan murtad, dan apakah kita sekadar diam berpeluk tubuh berpuas hati?
Ayuh contohi YB Zul

Saya terpaksa akui yang seringkali saya berbeza pandangan dengan tokoh politik dan peguam ini, tetapi saya juga terpaksa akui yang saya kagum dan malah menyokongnya sepenuh jiwa berikutan kenyataan terbaru beliau setelah “menghilangkan diri” selepas forum “Memeluk Islam” anjuran bar Council baru-baru ini.

YB Zulkifli Nordin memang seorang yang vokal, sejak dari dahulu lagi apabila memperjuangkan isu-isu Islam khasnya murtad. Beliau pernah duduk dalam PAS dan kini sebagai pemimpin dan ahli parlimen PKR bagi kawasan Kulim Bandar Bharu.

Menurut Malaysiakini kenyataan terbaru beliau berbunyi:

I am a Muslim first, lawyer second; I am Muslim first, MP second. It is not right... for me Islam comes first, a party member second. If you attack Islam I'll be there.

(Dalam hal ini) pertamanya saya seorang Muslim dan kedua peguam. Pertamanya saya seorang Muslim dan kedua ahli Parlimen. Ianya tidak benar….. bagi saya Islam datang dahulu kemudannya baru ahli parti. Jika kamu menyerang Islam saya akan berada di sana (mempertahankannya).

Saya tidak mahu berbicara berkenaan kedudukan YB Zul dan (jika ada) masalah yang beliau hadapi dengan partinya, tetapi apa yang mahu saya tonjolkan di sini adalah sikap dan keberanian beliau tanpa kompromi dalam hal-hal yang membabitkan Islam dan aqidahnya.

Sikap dan pendirian seumpama inilah yang seharusnya tertunjam dalam hati sanubari setiap Muslim dalam negara dan dimana-mana sahaja tambah-tambah bagi mereka yang memperjuangkan Islam. Kita septatutnya bersedia dan sanggup mempertahan dan membela Islam walaupun mungkin ia menjejaskan kedudukan, status atau periuk nasi kita.

Ternyata sikap YB Zul ini perlu dicontohi terutama dizaman Islam ini sering diancam dan berhadapan pula dengan pelbagai muslihat dan tipu-daya. Allah swt berfirman:

Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. (Al-Taghaabun :15)

Monday, August 18, 2008

Hapuskan undi pos

Untuk kesekian kalinya isu undi pos dibangkitkan di Parlimen dan seperti mana biasa, jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan tidak membawa kepada apa-apa harapan untuk penyelesaiannya, sebaliknya menambah kusutkan suasana.

Tadi di Dewan Rakyat Menteri berkenaan memberikan jawapan yang tidak lebih dari melepaskan batuk di tangga sebagaimana laporannya:

Pengundian pos masih relevan dan terus diguna pakai dalam pilihan raya akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, mereka yang bertugas di luar negara, petugas pilihan raya, anggota tentera, Pasukan Gerakan Am (PGA), polis dan pasangan serta pelajar dan pasangan yang sedang menuntut sepenuh masa di luar negara dibenarkan membuat pengundian pos.


Sekiranya dihapuskan, ia boleh memudaratkan sistem keselamatan dan ketenteraman awam yang merupakan tanggungjawab pasukan keselamatan negara dan menghalang hak asasi kakitangan serta pelajar di luar negara, katanya


Isunya di sini adalah ketelusan proses pengundian pos. Ianya telah mencetuskan keraguan sejak dahulu sehingga kini dan terus mencacatkan sistem demokrasi dan imej negara. Tidak ada siapa yang mahu menafikan hak semua warga Malaysia yang layak untuk mengundi, termasuklah tentera dan polis, tetapi apa yang dibangkitkan adalah ketelusan prosesnya.

Jika pihak kerajaan tidak mampu memperkenalkan satu sistem yang bebas dan telus yang boleh dipantau oleh semua pihak yang terlibat, maka kerana itu BERSIH mencadangkan agar dihapuskan sahaja proses pengundian pos ini. Sebaliknya kita benarkan semua mereka yang berkenaan mengundi sebagaimana orang awam biasa.
Muktamar PAS ke 54 berjaya dan bermakna



Saya minta maaf tidak berkesempatan untuk “update” blog ini sekian lama. Maklumlah sibuk dengan urusan di Mukatamar PAS Pusat. Terkuit-kuit juga jari-jari ini mahu menulis, malah sahabat-sahabat yang ditemui di Ipoh masing-masing bertanya “Kenapa tak update?”.

Saya memang telah membuat keputusan mahu berikan sepenuh tumpuan pada Muktamar, dan berhajat rihat sebentar sehinggalah segala-galanya selesai, kemudian insyallah akan sambung menulis.

Alhamdulillah telah selesailah semuanya dan apa yang dapat saya rumuskan, bahawa sebagaimana yang saya tuliskan dalam posting yang lalu:

Lalu saya yakin muktamar ini akan kembali meneguhkan parti serta pegangannya terhadap prinsip perjuangan Islam yang telah sama-sama dibina, dipupuk dan dipertahankan sejak klebih 50 tahun dahulu. Panas mungkin panas tetapi kesudahannya adalah kemenagan untuk Islam, insyallah.

Sebelum itu saya menulis:

Sesungguhnya muktamar PAS bukan seumpama perhimpunan agung atau kongres dan konvensyen mana-mana parti. Kerana PAS adalah sebuah gerakan Islam, maka segala perjalanan dalamannya berputar sekitar orbit dan landasan Islami. Muktamar PAS adalah himpunan muhasabah parti, pimpinan dan perwakilan bermuhasabah dan menilai kembali diri dan sikap. Apa pun muktamar adalah himpunan yang akan mengukuhkan jemaah dan menyatakan ketaatan dan wala’ ahli terhadap kepimpinan berteraskan ulamak yang telah sama-sama dibina dan dipertahankan oleh ahli-ahlinya.

Ternyata segala telahan dan anggapan nakal dan provokatif beberapa pihak termasuk penganalisa politik dan media massa bahawa Muktamar PAS yang ke 54 kali ini akan menjadi medan serangan perwakilan terhadap pimpinan tertinggi parti ternyata tidak berlaku sebagaimana Tuan Guru Presiden sebut dalam sidang akbar terakhirnya setelah menangguhkan muktamar, segalanya berjalan menurut adab Islam, tidak ada lempar-lempar kerusi seperti parti lain.

Muktamar PAS kali ke 54 telah kembali mempertegaskan pegangan seluruh perwakilan PAS terhadap konsep Kepimpinan Ulamak yang dibina oleh parti sejak 1982. Majlis Syura Ulamak terus diiktiraf sebagai badan tertinggi parti dan Presiden terus diberi wala’ dan kepercayaan untuk terus menerajui parti dan memimpin parti ini bagi mencapai cita-cita perjuangannya.

PAS kekal sebagai Parti Islam yang berteraskan ulamak dan insyallah akan terus relevan sepanjang zaman. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Presiden, kini tugas penting adalah untuk mengukuhkan dan memperkemaskan parti agar prinsip dan dasar pejuangannya akan terus dipertahan dan diperkasakan.

Wednesday, August 13, 2008

Selamat bermuktamar di Ipoh

Minggu ini Parti Islam Se Malaysia, PAS mengadakan Muktamar Tahunannya yang ke 54 di Ipoh, Perak. Sudah pasti fokus atau tumpuan para pemerhati politik dan rakyat jelata amnya akan ke sana sepanjang minggu ini, berkebetulan hari kedua muktamar penuhnya Sabtu ini adalah Hari Penamaan Calon Pilihan Raya kecil parlimen Permatang Pauh.

Muktamar kali ini merupakan perhimpunan terbesar parti pasca pilihanraya umum ke 12, dimana PAS berjaya memenangi 23 kerusi Parlimen dan 83 kerusi DUN dengan menjawat jawatan Menteri Besar di tiga buah negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Sudah pastilah banyak yang mahu dibahas dan diperkatakan sejak pencapaian terbaru parti itu. Dans ejak ekbelakangan ini pun banyka isu-isu besar yang telah tercetus dan dicetuskan khasnya yang melibatkan PAS dan prinsip serta dasar perjuangannya.

Ada penganalisa yang menganggap bahawa muktamar kali ini hangat membakar. Dalam muktamar ini kononnya dijangka Presiden dan pimpinan tertentu akan menjadi target dan sasaran para perwakilan.

Sesungguhnya muktamar PAS bukan seumpama perhimpunan agung atau kongres dan konvensyen mana-mana parti. Kerana PAS adalah sebuah gerakan Islam, maka segala perjalanan dalamannya berputar sekitar orbit dan landasan Islami. Mukatamr PAS adalah himpunan muhasabah parti, pimpinan dan perwakilan bermuhasabah dan menilai kembali diri dan sikap. Apa pun mukatamar adalah himpunan yang akan mengukuhkan jemaah dan menyatakan ketaatan dan wala’ ahli terhadap kepimpinan berteraskan ulamak yang telah sama-sama dibina dan dipertahankan oleh ahli-ahlinya.

Pada tahun 1982 apabila disedari yang pegangan parti pada Islam semakin longgar, maka dalam medan muktamarlah diperbetulkan kembali landasan perjuangan dan dinobatkan konsep Kepimpinan Ulamak oleh Dewan Pemuda ketika itu untuk terus dan kekal sebagai teras kepimpinan parti sampai bila-bila.

Lalu saya yakin muktamar ini akan kembali meneguhkan parti serta pegangannya terhadap prinsip perjuangan Islam yang telah sama-sama dibina, dipupuk dan dipertahankan sejak klebih 50 tahun dahulu. Panas mungkin panas tetapi kesudahannya adalah kemenagan untuk Islam, insyallah.

Selamat bermuktamar, selamat pergi dan kembali kepada para perwakilan.

Tuesday, August 12, 2008

Tahan sahaja mereka bawah ISA!
(Bukan Umno kata tapi DAP)

Saya tidak tahu apa agaknya anggapan kawan-kawan sekiranya membaca posting saya ini, mungkinada yang akan berpandangan ahhh sekali lagi Roslan SMS mahu mengapi-apikan antara sekutu politik PAS. Terpulanglah, tetapi bagi saya inilah antara halangan yang perlu dihadapi PAS, apabila memilih untuk bersekutu dengan pihak berkenaan.

Menurut laporan di Seremban, ADUN DAP Bukit Temiang Cha Kee Chin telah membuat laporan polis terhadap mereka yang berdemonstrasi mengganggu majlis forum BAR Council Sabtu lepas. Cha ditemani beberapa ADUN DAP dan ahli Parlimen DAP bagi kawasan Seremban. Malah menurut laporan itu lagi ADUN DAP Senawang P. Gunasekaran kesal yang pihak polis tidak menahan mereka yang kononnya menceroboh premis BAR Council pada hari kejadian. Tambah beliau mereka yang berdemonstrasi itu sepatutnya ditahan di bawah ISA kerana mencetuskan ketegangan kaum.

Setahu saya DAP adalah antara parti yang menentang ISA, tetapi dalam hal demonstrasi NGO dan kumpulan Islam itu, ADUN nya sendiri boleh cadangkan agar digunakan ISA terhadap mereka yang berkenaan!

Sementara itu Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula mengeluarkan kenyataan bahawa:

DAP menyokong tindakan disiplin yang dicadangkan terhadap ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang terlibat mengganggu forum Majlis Peguam kelmarin bagi mengelak imej gabungan pembangkang itu "sama rendah dengan Umno".

Sabtu lepas seingat saya dua orang ahli Parlimen pembangkang yang hadir adalah YB Zul Nordin dari PKR dan YB Salahuddin Ayob dari PAS. Mungkinkah PKR dan PAS akan akur pada cadangan Guan Eng agar tindakan disiplin diambil terhadap pimpinan mereka itu?

Inilah realiti yang kita hadapi. Telan mati mak luah mati bapa, atau bagaimana?
Minda yang jelas dan terarah

Posting saya semalam entah mengapa telah memuasakan hati saya, begitu juga komen-komen yang saya terima dari para pengunjung (termasuk yang saya anggap nakal). Saya insyallah akan terus menulis tambah-tambah sejak duduk berketuakan seorang tokoh ulamak yang paling saya hormati dan segani sejak muda dulu (selagi mana beliau saya yakin terus ikhlas dan istiqomah atas jalan yang benar, nyawa dan badan akan saya gadaikan mempertahankannya), apalah lagi yang boleh saya pinta.

Ada orang kata blog ini saya gunakan sebagai medan untuk ketua saya, sebagai suara rasmi sedang kita sudah ada suara rasmi, entahlah. Saya seboleh mungkin cuba mengelakkan tugas rasmi saya dengan sikap peribadi saya. Memang pada awalnya saya berusaha untuk memisahkan apa yang saya coret di blog ini dengan tugas rasmi saya, tetapi ternyata ianya sukar, dan saya pula tidak pandai berpura-pura atau berlakon-lakon dalam hidup. Bagi saya kebetulan tugas rasmi saya itu selari dengan cita-cita hidup saya lalu saya menerimanya.

Lantas apabila semuanya jelas selari mana mungkin saya mampu membeza-bezakan.

Ringkasnya selagi mana saya tidak menokok-tambah, menebuk dan menyumbat demi kepentingan peribadi, lebih parah lagi berbohong dan mereka-reka, saya akan terus memuatkan apa sahaja yang saya fikirkan layak dan padan di blog saya ini, kerana itu hak saya. Kalau melebih-lebih apalagi melanggar peraturan dan undang-undang,saya akur saya bertanggungjawab dan rela dibawa ke hadapan kerananya.

Seorang sahabat yang kini pemimpin kanan parti pernah mempertahankan hak saya menulis di blog ini satu ketika dahulu, apabila ada pihak melemparkan berbagai tuduhan termasuklah saya menggunakan blog saya ini untuk berkempen untuk pemimpin tertentu, sahabat tadi bangkit menyatakan bahawa blog ini adalah milik saya, maka atas sayalah apa yang mahu saya tulis. Saya berbangga dengan tindakan beliau itu, saya harap beliau akan terus begitu.

Semalam lebih kurang jam 12.02 tengah malam saya menerima SMS berikut dari seorang yang tidak saya kenali menggunakan nombor telefon 016 203 4897. Mesejnya:

Kamu baling batu sembunyi tangan. Jahat betul kamu, langkah kamu telah dikenalpasti, kamu antara orang yang telah dikenalpasti sebagai pemecahbelah parti.

Saya sekadar tersenyum membacanya dan mengirim mesej berikut kepada beliau:

Tq

(Ada lagi yang cenderung dengan politik "Hit and run" rupanya)

Monday, August 11, 2008

Memang saya memiliki "grand design"

Sekali lagi saya dihimpit dengan pelbagai tekanan yang jika tidak kerana keyakinan diri pasti akan meleburkan daya dan semangat saya untuk terus menyumbang di sini. Memang senang dan terhibur kita kiranya menerima komen dan pandangan yang positif dan kontruktif dari kawan-kawan, tetapi apabila yang diterima adalah cemuhan, tuduhan dan pelbagai yang buruk-buruk, kadangkala terdetik juga perasaan cemas dan bimbang.

Kritikan dan pandangan alternatif memang diraikan, tetapi serangan dan dusta, adalah sesuatu yang dikesali. Teringat saya lirik lagu, Ramli Sarip (lagu “Bukan kerana nama”):

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Saya menghidupkan blog ini bukan untuk pangkat dan jawatan, bukan juga untuk menjadi YB, Menteri atau EXCO, tetapi saya menulis kerana sifat kasih, mengharapkan kasih dari yang lebih besar dari segala insan dan isi bumi, langit dan cakrawala, yakni kasih pada Nya, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. (Malah untuk rekod blog ini dimulakan beberapa minggu setelah PAS kalah teruk dalam PRU 2004, bukan sehari dua ini)

Ada orang mungkin tidak senang dengan tulisan saya, dan ada juga yang memang tidur dan jaga dengan teori konspirasi menganggap saya menulis kerana agenda “grand design” tertentu, berkolabrasi dengan penulis-penulis tertentu, untuk maksud tertentu, ahhh hebatnya saya.

Memang sebenarnya saya ada “grand design” dan itu tidak boleh saya nafikan. "Grand design" saya itu adalah untuk memartabatkan kebenaran, menobatkan Islam, memuliakan mereka yang takut pada Allah (yakni para ulamak). Saya akan pertahankan “grand design” ini hingga ke titisan darah terakhir (ini mengingatkan saya pada ungkapan seorang pemimpin Pemuda PAS yang mahu mencuci PAS dengan darah Pemuda katanya!).

Kepada kawan-kawan yang ikhlas ayuh bersama-sama kita menyumbang ke arah “grand design” ini. Jangan takut dan bimbang, kecuali bagi mereka yang memiliki “grand design” nya yang lain, entahlah. Kata Ramli Sarip lagi:

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu
Apabila Belanda diberi tanah

Saya difahamkan dalam satu kenyataan seorang pegawai Bar Council sebelum forum “Memeluk Islam” yang mereka anjurkan Sabtu lalu, menyebut bahawa forum itu nanti tidak akan mempertikaikan Perkara 121 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan kuasa Mahkamah Syariah. Tetapi ternyata forum yang terpaksa dihentikan atas desakan NGO dan badan-badan Islam Sabtu lepas, memang ada menyebut dan membahaskan peruntukkan itu.

Posting saya yang lalu berkenaan isu ini memuji sikap mereka yang bangkit membantah perjalanan forum yang cuba mencetuskan ketegangan dan salah-faham berhubung Islam itu. Saya menyebut antara lain nama YB Sdr Zul Nordin. Saya terperanjat apabila seorang kawan minta saya mengunjungi satu blog “Rantings and Ravings”. Blog ini saya percaya milik seorang rakyat Malaysia yang bukan Islam, dalam posting beliau di

http://joshbeh.blogspot.com/2008/08/go-to-hell.html

ternyata beliau ada idea sendiri tentang protes Sabtu lepas. Berikut antara gambar-gambar yang disiarkan dalam blognya.



Dibawah gambar ini ditulus caption:
NOTE THE IDIOT IN FRONT
WITH THE FAKE BEARD
(merujuk kepada Ustaz Norazli -
EXCO Pemuda PAS Pusat - hey idiot
FYI its not a fake beard!)


Saya percaya beliau tidak mewakili semua masyarakat bukan Islam di Malaysia, tetapi bagi saya inilah sikap kurang ajar dan biadap yang mahu kita elakkan, yang tercetus apabila kita memberi tanah pada Belanda! Kerajaan perlu bertegas terutama dalam hal-hal yang membabitkan Islam, kerana ia merupakan agama rasmi negara dan agama majority rakyat di negara ini.

Sebagaimana ucapan YB Salahuddin di luar bangunan Bar Council Sabtu lepas, kita (masyarakat) Islam tidak pernah menganggu atau mencampuri urusan yang bukan Islam, rumah ibadat mereka, kepercayaan mereka, lantas mereka juga diharapkan agar jangan begitu terhadap kita.

Tidak ada siapa di Malaysia yang dipaksa memeluk Islam, tetapi apabila telah memeluk Islam, ada segelintir kecil berhadapan dengan masalah, lalu menimbulkan konflik. Oleh kerana mereka telah dengan rela memeluk Islam maka mereka bertanggungjawab menerima peraturan Islam bagi menyelesaikan konflik mereka itu. Begitu juga dengan mana-mana individu dari kaum keluarga bukan Islam, apabila saudara mereka memilih untuk memeluk Islam, maka apabila tercetus konflik, kematian, penceraian dan seumpamanya, Islamlah yang perlu menyelesaikannya, kerana itu pilihan mereka masing-masing.

Jangan Islam disalahkan, yang bersalah adalah mereka yang mencetus dan memulakan konflik itu.
Jangan buka pintu UITM buat semua

Saya adalah graduan UITM dahulunya ITM satu-satunya institusi pengajian tinggi, IPT awam yang masih mengekalkan statusnya sejak penubuhannya pada tahun 1956 dahulu iaitu eksklusif untuk anak-anak Bumiputera. Misinya adalah untuk mempertingkatkan ilmu dan kemahiran dikalangan Bumiputera di dalam semua bidang pengajian berteraskan nilai-nilai morla dan etika yang profesyional. Salah satu objektifnya pula adalah: menyediakan peluang maksima kepada Bumiputera untuk mendapatkan program pengajian profesyional yang diiktiraf samada dibidang sains, industri, pentadbiran, perniagaan dan lain-lain.

Itulah UITM bagi tapak anak-anak Bumiputera memperolehi ilmu dan persediaan untuk terjun ke dunia luar yang serba mencabar ini. Saya yakin tidak ada institusi lain dalam negara yang menyediakan peluang seumpama ini khas untuk Bumiputera selain UITM. Dari program sijil sehinggalah Diploma dan Ijazah terus ke ijazah tertinggi, UITM menjadi batu loncatan Bumiputera zaman berzaman, dan malah telah melahirkan tokoh-tokoh Bumiputera yang cemerlang samada dibidang korporat, perkhidmatana wam termasuklah politik kerajaan dan pembangkang.

Saya masih ingat malah UITM menyediakan program asas pra perdagangan dan pra sains bagi anak-anak Bumiputera yang tidak mencukupi syarat masuk untuk program diploma mereka. Ini semua membuka lebih peluang bagi mereka untuk turut sama cemerlang dalam satu institusi pengajian yang tetap mementingkan kualiti dan profesionalisma.

Lalu saya sedih apabila tiba-tiba mendengar beberapa pemimpin tanpa usul periksa tiba-tiba mencadangkan agar institusi gedung ilmu Bumiputera ini membuka pintu kepada bukan Bumiputera, iaitu kira-kira 10% kononnya atas alasan meningkatkan kualiti pendidikan dan persaingan dikalangan pelajar!

Cukuplah, yang ada inipun masih tidak memadai untuk menampung permintaan dari anak-anak kita yang semakin tahun semakin ramai itu. Bukannya kita menolak kehadiran masyarakat berbilang kaum dalam negara tetapi pemimpin-pemimpin ini perlu sedar matlamat asal penubuhan Kolej RIDA , kemudiannya ITM dan kini UITM ini. Jangan kerana mahu dilihat adil dan saksama maka kita gadaikan segala yang ada, biar kita tampak hebat tetapi hakikatnya bangsa kita terpinggir dan akhirnya tercicir.

Banyak cara untuk menjadi adil dan saksama tetapi bukan dengan menggadaikan apa yang kita miliki, berhati-hatilah.

Sunday, August 10, 2008

Kronisma dan Islam?

Menurut dictionary.com kronisma merujuk kepada amalan kecenderungan seorang yang memiliki kuasa untuk memilih kawan-kawan terdekatnya bagi mengisi atau menggantikan jawatan-jawatan tertentu tanpa mementingkan kelayakan atau pengalaman. Lalu menurut wikipedia kronisma ini bertentangan dengan amalan meritokrasi.

Mungkin kalau kita mengambil kronisma secara longgar, sekadar melantik kawan-kawan atau mereka yang terdekat dengan kita ke jawatan tertentu yang kita punya kuasa melantiknya, ia mungkin tampak telus dan tidaklah luarbiasa, tambahan jika perlantikan itu bertepatan pula dengan kelayakan dan pengalaman orang yang kita lantik itu.

Tetapi kronisma yang asalnya adalah suatu amalan yang boleh diterima ternyata kemudiannya dianggap sebagai suatu yang kotor apabila ianya melibatkan pilih-kasih dan melangakaui orang lain yang lebih layak dan berpengalaman.

Menurut sejarah istilah ini mula menjadi suatu yang buruk dari segi politik pada tahun 50an dizaman Presiden Truman sebagai ketua negara di Amerika Syarikat. Truman mengamalkan sikap melantik kenalan dan mereka yang terdekat dengannya ke jawatan kerajaan tanpa mengambil kira kelayakan atau pengalaman seseorang itu. Lalu istilah kronisma sejak itu menjadi suatu amalan politik yang keji dan kotor.

Di Indonesia, Suharto berjaya dijatuhkan hasil dari slogan KKN iaitu Kronisma, Korupsi dan Nepotisma.

Lantas adakah Islam membenarkan kronisma?
Kesal dengan Bar Council

Berbagai pihak telah mengeluarkan kenyataan mendesak agar forum tersebut dibatalkan. Pihak kerajaan, NGO dan parti politik masing-masing telah menggariskan sensitiviti forum berkenaan dan kecenderungannya untuk mencetuskan ketegangan dan konflik kiranya diteruskan.

Namun pihak Majlis Peguam Malaysia atau Bar Council berkeras mahu juga ianya diteruskan, iaitu forum bertajuk "Memeluk Islam", kononnya untuk membincangkan isu-isu berkenaan masalah mereka yang telah memeluk Islam dan kemudiannnya hak-hak mereka apabila berlaku konflik serta jalan keluar buat mereka.

Bersungguhnya pihak Bar Council itu seolah ianya sesuatu yang besar dan paling serius dalam negara, seolah sebilangan besar rakyat terlibat dan mahu membincangkan bagaimana jalan pintas buat mereka untuk lompat keluar dari Islam kiranya mereka atas faktor-faktor tertentu "terpaksa" memeluk Islam.

Ringkasnya berlangsung juga majlis berkenaan semalam dan akibatnya munculnya sekelompok masyarakat Islam dari pelbagai NGO dan persatuan yang menyatakan protes mereka. Dan seperti diduga berlakulah ketegangan sehingga akhirnya pihak polis terpaksa menasihatkan agar majlis itu segera dibatalkan. Lalu siapakah yang mahu disalhakan?

Bar Council ditubuhkan sebagai sebuah badan bebas yang bermatlamat mempertahankan kedaulatan undang-undang dan keadilan serta memelihara kepentingan profesyen undang-undang dan masyarakat awam. Tiba-tiba semalam Bar Council seolah mahu menjadi juara mahu membincangkan persoalan yang membabitkan Islam dan penganutnya dalam keadaan mereka sedar dan faham bahawa ia sensitif dan pasti mengundang syak wasangka dari masyarakat Islam yang prihatin.

Tidak kata mereka, forum itu kononnya tidak berhasrat mempertikaikan Perkara 121 (1) (a) Perlembagaan Malaysia yang menghalang Mahkamah Sivil dari mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah. Tetapi mereka membariskan keluarga yang pernah terlibat dalam konflik membabitkan Perkara berkenaan. Sudah pastilah apabila ini berlaku, amak persoalan Islam dan Mahkamah Syariah akan bangkit, lantas siapa mahu dipersalahkan jika masyarakat Islam bangkit marah?

Sebagai bukit lihatlah laporan Malaysiakini berkenaan sebahagian forum berkenaan:

A German woman, known only as Anita, who shared her story later said that she had a civil marriage with a Malay Muslim man in England, who claimed to be an atheist at the time.

When the couple returned to Malaysia, Anita said she was ‘converted’ during a Muslim marriage, which eventually ended in divorce and she would have to remain a Muslim.“Why does the family take it upon themselves to convert Western girls who come here?

People should be able to choose. Why is it so rigid? Relationship is supposed to be free,” she said.

Juga dilaporkan:

Another woman who shared her story to the participants was Marie Rayappan whose family was caught in a tussle over her deceased father - Anthony Rayappan’s - remains with the religious authorities.

Semua kes-kes ini ternyata membabitkan Perkara 121 (1) (a), terbukti Bar Council tidak jujur dalam hal ini.

Kalau pun penting sangat isu ini mahu diforum dan dibahaskan, dan Bar Council mahu juga menjuarainya, maka libatkanlah badan-badan yang berwibawa dalam hal ehwal Islam. Anjurkan bersekali dengan JAKIM atau UIAM atau PERKIM atau NGO-NGO Islam seperti ABIM, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Ulamak malah PAS sekalipun. Tetapi mengapa dan apa agenda Bar Council dalam menganjurkan forum ini?

Dalam hal ini saya ingin merakamkan ucapan syabas khusus kepada YB Sdr Zulkifli Nordin, ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu yang vokal dan berani ke hadapan dalam menyatakan bantahan dan ketidakpuasan hati beliau terhadap inisiatif Bar Council itu mewakili masyarakat Islam. Saya perhatikan semalam YB meletakkan kepentingan Islam mengatasi kepentingan beliau yang lain, dan untuk itu saya salut beliau. Juga syabas kepada anak-anak muda lain dari pelbagai badan NGO dan siasah yang hadir di luar bangunan Bar Council itu.

YB Zul menyebut:

Saya memberi amaran supaya (Bar Council) tidak mencabar umat Islam kerana kesabaran mereka ada hadnya.

Berani kerana benar demi Allah swt!

Friday, August 08, 2008

Saya akan terus begini

Semasa saya mula menulis di alam maya ini, menjelang PRU 1999, ketika itu tidak banyak penulis-penulis politik Melayu apalagi bloggers (saya sendiri pun ber “blog” sekitar tahun 2004). Ketika itu seingat saya antara laman web politik Melayu yang tersohor adalah Laman Reformasi, Laman Marhaen dan Mahafiraun. Kini tinggal Laman Marhaen sahaja yang kekal beroperasi.

Namun kini semuanya sudah berubah. Kini kita sudah padat dengan penyumbang dan penulis di alam maya. Blog pun tumbuh subur saban detik sehingga tak mampu lagi kita pantau dan ikuti. Bagi saya ini adalah perkembangan yang sihat dan mampu membuka minda kita untuk berfikir lebih tajam dan kritis lagi.

Tetapi satu yang jelas dengan perkembangan ini juga perbezaan pandangan dan pendapat semakin tertonjol. Kalau dahulu masing-masing penulis sokong-menyokong antara satu sama lain, lantaran komuniti yang kecil, kiranya ada pergeseran pun ia segera dirawat dan diubati penuh dengan kasih sayang dan hormat menghormati, tetapi kini tidak lagi. Ada yang meraih populariti dengan menyerang dan membelasah yang lain.

Bagi saya alam maya ini adalah gelanggang luas untuk kita luahkan pandangan dan pemikiran kita, khasnya dalam kerja-kerja dakwah dan membawa manusia ke arah kebaikan, pembaca mungkin bersetuju dan mungkin juga tidak dengan kita, tetapi yang pentingnya kita tidak gunakan kesempatan untuk menabur fitnah dan mengadu-domba.

Seorang kawan wartawan baru-baru ini bertanya kepada saya, apakah saya tidak mahu menjawab seorang blogger yang telah menyerang saya secara terbuka, bukan sekadar di laman beliau malah posting itu terbit di dalam salah sebuah laman web yang tersohor dalam negara dan dijadikan hujah merata-rata.

Saya katakan kepada kawan tadi, biarlah. Minat saya menulis selama ini telah jauh mendewasakan saya, bahawa matlamat menulis ini bukan untuk mencari gaduh atau bertelagah dan melawan fitnah dengan fitnah, ia mungkin nampak panas dan seronok serta boleh mempopularkan kita (meminjam kata-kata Tuan Guru Haji Abd Hadi – bagai buih pepsi cola), tetapi saya biarlah begini. Saya yakin saya menulis dengan ikhlas dari apa yang terpancar dari hati sanubari ini, saya yakin niat saya jelas, kiranya saya bersalah dan menyalahi sesiapa, saya menanggung dosa untuk dibawa ke hadapan Allah swt nanti.

Tetapi saya bukan malaikat, saya mungkin berhati-hati tetapi saya akui saya tidak boleh sunyi dari melakukan kesilapan, namun apa yang telah saya luahkan dari karya tulisan saya, samada di sini atau di laman-laman web sebelum ini atau di akhbar dan media cetak seawal 90an (dan ada yang lebih awal dari itu) semuanya saya luahkan dengan rasa penuh tanggungjawab dan bersedia dipertanggungjawabkan.

Kalau ada yang seronok menyerang dan membelasah saya, fahaman saya, ketaatan saya, apalah sangat kalau nak dibandingkan apa yang telah ditanggung oleh para pejuang Islam sebelum ini. Malah saya menerimanya dengan hati terbuka kerana kalau ia fitnah dan pembohongan maka sayalah yang akan memungut laba di akhirat nanti, insyallah.

Kebebasan yang kita amalkan saya katakan tidak mutlak, bukan kerana ikatan undang-undang atau penguatkuasaan, tidak mutlak yang saya makusdkan itu kerana di atas kita, samada kita sedari atau tidak, walaupun kita tidak dapat melihat Nya, Ia melihat kita dan kita pasti akan dipertanggungjawabkan oleh Nya, di dalam mahkamah yang seadil-adilnya bila tiba harinya nanti.

Saya akan terus menulis dan mempertahankan apa yang saya yakin benar selagi hayat dikandung badan. Kebetulan semalam saya sempat duduk dengan seorang pemimpin ulamak yang saya segani, kata beliau saya (pemimpin itu) melakukan ini semua, kerana mempertahankan kebenaran, tiada yang lain. Insyallah berbekalkan semangat beliau itu saya akan terus begini juga, senang atau susah kerana:

”Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.”

Thursday, August 07, 2008

Berkibarlah Jalur Gemilang

Saya baru sahaja berbual dengan seorang rakan blogger berkenaan kes sahabat kami Bakar Haq. Terlanjur berbincang berkenaannya kami menyentuh isu yang dibawa oleh beberapa rakan blogger yang lain iaitu mencadangkan agar sempena Hari Kebangsaan nanti, Jalur Gemilang dikibarkan terbalik sebagai satu simbol bahawa negara ini dalam serba kekalutan.

Saya baru sahaja membeli Jalur Gemilang dan telah pun kibarkan di rumah saya sejak beberapa hari lalu. Ianya saya kibarkan megah sebagaimana biasa (tidak terbalik) kerana ianya simbol kemerdekaan dan kedaulatan negara. Bagi saya bendera ini mewakili kita semua dan bumi yang kita pijak ini, ia tidak mewakili mana-mana kelompok atau parti atau individu kecuali kita semua rakyat Malaysia yang berbagai kaum dan agama.






Kalau pun kita marah pada mana-mana kelompok, parti atau individu, maka talakanlah kemarahan kita ke atas mereka. Mengapa simbol kemegahan kita yang dijadikan mangsa?

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah

Berkibarlah

Berkibarlah

Jalur gemilang
Simpati kepada sahabat saya Bakar Haq a.k.a Penarik Beca

Saya menerima berita dari kawan-kawan pagi tadi berkenaan penahanan seorang Blogger oleh pihak Bukit Aman lewat malam tadi. Sebagai seorang Blogger dan terlibat dalam bidang penulisan sudah tentu saya turut merasa bimbang atas berita berkenaan.

Walaupun posting Bakar kebelakangan ini banyak tidak sehaluan dengan saya malah menyinggung dan menyanggah saya, namun sebagai kawan saya tumpang bersimpati dan mendoakan agar beliau diberikan kekuatan dan segera dibebeaskan tanpa banyak masalah.

Banyak bersabar pada isteri dan keluarganya.

Wednesday, August 06, 2008

Bunuh sahaja aktiviti puaka-puaka ini

Saya sedih melihat gambar seorang penguatkuasa DBKL yang cedera di bahagian kepala dan mukanya yang dipaparkan dimuka depan harian Metro hari ini. Menurut lamporan beliau dibelasah oleh beberapa orang peniaga VCD haram berhampiran Jalan masjid India,KL.

Ini bukan insiden pertama dan saya yakin insiden ini akan berterusan dan ebrulang-ulang lagi.

Kesimpulannya puaka bergelar peniaga VCD haram ini kini sudah bermaharajalela, boleh berniaga barang haram dan boleh juga membelasah dan mengugut pihak penguatkuasa sesuka hati. Disamping itu kita juga menerima laporan berapa ramai pula pihak pengutakusa, polis dan PBT yang menerima “gula-gula” dari mereka ini untuk tidak mengambil tindakan. Ataupun jika mahu adakan operasi, maklumkan terlebih dahulu kepada “tonto-tonto” mereka yang bertugas agar semua penguasaha VCD haram ini samada yang menjaja dari meja ke meja atau yang di pasar-pasar malam dan tempat tumpuan orang-ramai dapat dimaklumkan terlebih dahulu melalui “walkie talkie”.

Akibat dari aktiviti puaka-puaka ini kerajaan kehilangan hasil samada dari cukai secara langsung atau tidak langsung, begitu juga lesen premis atau berniaga PBT. Selain itu produk VCD ini tidak bertapis dan sebahagian besar menjual yang lucah dan tidak senonoh. VCD ini dengan mudah boleh jatuh ke tangan anak-anak kita dan ini mencetuskan masalahn sosial yang lain.

Apa yang boleh kita buat?

Bahana ini bukan baru, macam-macam telah dilakukan tetapi nampaknya ia semakin kembang dan biak, dalam erti kata lain semua yang telah dilakukan gagal.

Boleh tak kita basmi terus puaka-puaka ini? Lancarkan kempen besar-besaran selama 1 bulan contohnya melibatkan semua pihak polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan PBT. Kita ligan mereka sampai ke akar umbi dan pihak BPR pula pantau mana-mana pihak penguatkuasa yang cenderung untuk memakan ”gula-gula” dari tangan puaka-puaka ini.

Jika tidak apa kata kita halalkan sahaja aktiviti mereka. Biarkan mereka beroperasi tanpa halangan, sekurang-kurangnya tak adalah pegawai-pegawai kita yang cedera tanpa pembelaan, bagaimana?

Monday, August 04, 2008

Membela perpaduan ummah
(Ini merupakan artikel terbaru saya untuk ruangan "Menongkah Arus" di Harakahdaily)

Selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi PAS Khamis lepas, Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang telah mengisytiharkan antara lain bahawa PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak demi kepentingan negara dan ummah.

Sebagai sebuah parti Islam (antara parti tertua dalam negara selepas Umno), yang telah diasaskan untuk memperjuangkan agenda Islam di tanahair ini, agaknya apakah kepentingan negara dan ummah yang belum selesai yang masih mahu PAS bincangkan dengan sesiapa sahaja yang berkepentingan?

Kata Tuan Guru sebutlah apa istilah sekalipun, muzakarah, muqabalah, yang pentingnya PAS akan terus merintis jalan perbincangan dengan semua pihak. Apakah lagi yang mau PAS bincangkan itu?

Menolak tepi apa sahaja sentimen, lebih-lebih lagi spekulasi jahat dan agenda peribadi puak-puak tertentu, semua pihak sedar bahawa PAS dalam senyap mahupun zahir tidak akan sekali-kali menyampingkan apalagi menggugurkan dasar perjuangan Islamnya ke arah perlaksanaan Islam sebagai satu sistem hidup bermasyarakat dan bernegara. PAS telah lama berjuang mempertanhankan prinsip ini malah sampai keperingkat Majlis Raja-raja Melayu, yang pernah memutuskan yang PAS boleh terus dengan gerakan politik Islamnya.

PAS berjuang digelanggang politik di Malaysia sejak sebelum Merdeka lagi. Malaysia bukan Turki yang mungkin sesuai dengan politik AKP atau Indonesia yang mungkin padan dengan politik PKS hatta Palestin yang mungkin cocok dengan politik HAMAS. Lanskap politik Malaysia unik serta berbeza dan diukir oleh rakyatnya sendiri sejak lebih 50 tahun lalu. Demikianlah juga politik PAS.

Ternyata prinsip Islam yang PAS pegang, tidak pernah dikompromi samada semasa PAS memerintah mutlak dua negeri di Kelantan dan Terengganu (1959 kerajaan campuran) pada tahun 1959 dan 1999 ataupun semasa PAS tinggal 1 kerusi Parlimen dan 2 DUN di Kelantan. Prinsip Islamlah yang telah menarik ramai menganggotai PAS dari tahun ke tahun malah sehingga sanggup hidup dan mati berjuang untuk Islam melalui PAS.

Prinsip Islam ini semakin diperteguhkan lebih dua dekad lalu apabila PAS bersetuju bernaung di bawah konsep "Kepimpinan Ulamak" yang merupakan kelongsong yang mengikat PAS untuk terus bergerak di atas "orbit Islam", tanpa ada kemungkinan untuk tersasar atau sesat. Malah komitmen dan iltizam ke arah itu dapat dilihat kemudiannya dengan pindaan terhadap Perlembagaan parti itu dengan mewujudkan badan tertinggi iaitu "Majlis Syura Ulamak" yang akan memastikan halatuju parti sentiasa tegas dan tetap atas agenda Islam.

PAS yang ada pada hari ini adalah rentetan dari pengukuhan ini dan "Kepimpinan Ulamak" lah tunjang yang telah mencairkan hati sanubari umat Islam dan malah masyarakat Malaysia sehingga memungkinkan PAS berada di tempatnya pada hari ini. Berbeza dengan kelompok dan parti lain, PAS dibina atas kekuatan rohani dan jasmani ahli dan pimpinannya. Kekuatan dalaman di bawah bimbingan, amalan dan doa tidak putus-putus para ulamak yang gigih dan konsisten inilah yang telah meletakkan PAS pada posisinya hari ini.


Lalu berbalik kepada persoalan di atas, sudah pastilah PAS mahu membincangkan bagaimana Islam dapat berperanan dalam masyarakat dan negara. Bagaimana institusi-institusi Islam dapat dibela dan diberi nafas untuk berperanan dalam masyarakat. Ianya perlu dizahirkan, dan hanya melalui perbincangan dan komitmen PAS yang kebetulan hari ini dikurniakan Allah swt dengan sedikit kuasa politik, barulah PAS dapat berpuas hati kerana memain peranan.

Saya masih ingat semasa PAS punya 1 kerusi di Dewan Rakyat, ketika negara pada saat itu membincangkan soal pindaan perlembagaan bagi mengawal kuasa Raja-raja Melayu (di zaman Tun Dr Mahathir/Musa), saya masih ingat Tuan Guru Nik Abd Aziz bangkit berhujah di Dewan Rakyat dengan hujah Islam berlandasakn nas al Quran dan Sunnah. Tidak silap saya Pak Subky Latif ketika itu ada menerbitkan buku kecil berkenaan pendirian PAS itu.

Takkanlah sekarang PAS dengan berpuluh jumlah kerusi di Parlimen, MB di 3 buah negeri dan memiliki wakil di hampir kesemua dewan negeri-negeri kecuali Melaka, Sabah dan Sarawak (jumlah ADUN-ADUN PAS adalah teramai dikalangan parti-parti pembangkang), tiba-tiba suara Islam semakin kecil dan kita seolah terpaksa berhati-hati mahu menonjolkannya.

Kerana itu PAS melihat perbincangan ini penting, tak kira dengan siapa asalakan ia nanti mampu membuahkan hasil yang menguntungkan Islam,umatnya dan negara.

Kita mahu berbincang tentang perlaksanaan Islam khasnya dikalangan masyarakat Meayu dan penganut Islam (sekurang-kurangnya), kita mahu melihat tahanan ISA dibebaskan dan ISA itu sendiri dikaji semula, kita mahukan badan kehakiman yang adil berteraskan keadilan Islam, kita mahu segala gejala rasuah dan salah-guna kausa yang diharamkan oleh Islam dibenteras dan dihapuskan, kita mahu bantuan per kapita kepada sekolah-sekolah agama bukan sekadar dikembalikan malah diperingkatkan lagi, kita mahu institusi masjid dan surau semakin diberi otoriti untuk berperanan dalam masyarakat, kita mahu isu murtad ditangani menurut Islam, kita mahu sekolah-sekolah pondok dan semua institusi pengajian Islam sampai ke Universiti Islam ditambah di perkasa dan dipertingkatkan pasarana dan kemudahannya, kita mahu segala bentuk maksiat (judi, arak dan lain-lain) dikawal dan dibendung, kita mahu saudara-saudara baru Islam dibela dan diberi bantuan dan bimbingan sehingga mereka nanti mampu menarik lebih ramai dari kalangan mereka untuk bersama Islam, kita mahu Islam diberi peluang diperjelaskan kepada masyarakat bukan Islam sehingga ia tidak lagi dibimbangi atau dicurigai, kita mahu institusi Raja-raja Melayu yang dipertanggungjawab mengawal Islam semakin kemas dipertahankan dan sudah pasti senarai ini berjela-jela lagi sehinggalah PAS berpuas hati matlamat perjuangannya mampu tercapai.

Kerana itu PAS sebagai parti Islam perlu terus mara ke hadapan, namun dalam waktu yang sama memastikan yang pegangan Islamnya kemas terikat dan tidak tercicir dalam meniti langkah-langkah seterusnya itu. Insyallah bersama melangkah di bawah "Kepimpinan Ulamak".

Sunday, August 03, 2008

Mempertahankan pemimpin yang benar

Sebelum ini saya pernah mengulas berkenaan penulis ini. Betapa beliau kelihatan begitu padat dengan maklumat dan fakta berkenaan PAS seolah-olah beliau orang dalam parti. Sesungguhnya saya memang kagum dengan gaya tulisan dan ulasan Joceline Tan dari The Star, cuma kebelakangan ini saya lihat beliau begitu kaya dengan maklumat yang saya yakin ramai pimpinan dan aktivis PAS sendiri pun tidak tahu.

Apa agenda Joceline hanya beliau dan sumber yang menyuapnya dengan maklumat-maklumat itu sahaja yang tahu?

Saya katakan saya kagum dengan akses Joceline terhadap apa yang berlaku dalam kelambu PAS kerana Joceline dengan “confident” menulis:

At a central committee meeting three weeks ago, while Hadi began to defend the move to talk with Umno, he found that he could not speak and began coughing and gasping for breath. His aides quickly arranged for him to be ferried to hospital.

(Dalam satu mesyuarat JK PAS Pusat 3 minggu lepas, semasa Hadi sedang mempertahankan usaha untuk berbincang dengan Umno, beliau (tiba-tiba) dapati dirinya tidak boleh mengeluarkan suara dan mula batuk-batuk serta menghadapi kesukaran bernafas. Para pembantunya segera mengejarkannya ke hospital)

Masalah kesihatan pemimpin tertinggi PAS yang hanya diketahui oleh kalangan yang beramanah dan rapat dengan beliau sahaja, boleh sampai kepengetahuan Joceline untuk dijadi rencah tulisan!

Dan Joceline menulis bahawa Tuan Guru ketika itu sedang MEMPERTAHANKAN usaha berbincang dengan Umno, seolah menampakkan Tuan Guru lah yang beria-ia mahu berbincang dengan Umno, apa yang mencetuskan keperluan untuk berbincang, asas-asas, dalil dan nasnya tidak pula dibawa. Seolah sebagaimana yang dipopularkan oleh mereka yang prejudis terhadap Tuan Guru Presiden PAS, beliaulah yang “terhegeh-hegeh” mahu berbaik dengan Umno.

Dan yang paling sinis adalah apabila Joceline menyambung:

Some of those present saw it as a divine omen.

Bermakna ada yang hadir (dalam mesyuarat PAS Pusat itu) menganggap keuzuran Tuan Guru Presiden itu sebagai amaran atau petanda dari langit (“omen” mengikut kamus Inggeris – sign, warning, premonition)

Bermakna disamping penganalisa, dengan bantuan sumber yang menyumbatnya maklumat itu, Joceline telah menjadi pentafsir isyarat dari langit, dan boleh membaca bahawa Tuan Guru Presiden kita tiba-tiba keuzuran kerana menerima amaran dari langit!

Saya tidak bimbang langsung tentang bacaan politik dan analisa yang dibuat oleh Joceline berdasarkan sumber yang beliau perolehi dari kawan rapatnya, soal kononnya Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin dan Pesuruhjaya Terengganu Dato Mustapha Ali akan ditembak hidup-hidup dalam muktamar PAS di Ipoh nanti kerana mungkin demikianlah yang dikehendaki oleh kawan rapat Joceline. Atau apabila Joceline menyatakan yang para ulamak kanan PAS seperti Dato Dr Haron Din, Ustaz Daud Iraqi, Ustaz Harun Taib (yang Joceline gelar “ultra conservative’) bersungguh mempertahankan rundingan dengan Umno, kerana begitulah yang mahu kawan beliau gambarkan kepada umum. Tetapi yang saya tidak senang adalah apabila Joceline cuba membuat andaian (mungkin dengan bantuan kawan rapatnya) bahawa Tuan Guru Presiden PAS sudah tua dan uzur, beliau menulis:

Besides, the ageing PAS leader has not been in the best of health

Mengapa faktor umur dan kesihatan Presiden dimainkan sebagai isu? Mungkinkah beliau mahu (dengan membantu agenda kawannya) menyampaikan mesej bahawa Presiden PAS sudah terlalu tua dan selalu sakit-sakit, dan pula nak berbaik-baik dengan Umno, musuh nombor wahid PAS, maka layaklah beliau ditukar, begitu?

Ramai lagi dalam PAS yang lebih uzur dan berumur dari Presiden parti. Malah untuk berlaku adil, Presiden PAS sebaya dengan bakal PM Pakatan Rakyat yang tak pula pernah disebut sebagai “ageing”.

Segala persepsi saya berkenaan Joceline ini mungkin tidak benar, mungkin saya terlalu emosional mahu pertahankan Tuan Guru Presiden maklumlah saya Setiausaha Akhbarnya, terpulanglah. Tetapi sebagai seorang ahli parti yang berjuang dan aktif dalam parti secara konsisten (ketika ada pimpinan yang belum pun masuk PAS atau aktif dalam jamaah lain) saya ditarbiyah oleh jemaah untuk taat dan patuh pada beliau selagi mana beliau tidak memimpin membelakangkan syariah.

Alfadhil adinda Ustaz Nasruddin Tantawi dalam blognya dengan jelas menerangkan:

Menjadi kaedah asas dalam gerakan Islam atau mana jua organisasi bahawa pengikut mestilah mentaati arahan pemimpinnya. As Sam’ u wa taah ( dengar dan taat ) terhadap arahan dan kehendak pemimpin dalam perkara yang tidak mengundang kepada maksiat atau mungkar adalah suatu tuntutan bagi amal Islami .

Ketaatan kepada pemimpin dalam gerakan Islam bukan bererti kongkongan yang hanya melahirkan ahli yang patuh membabi buta atau membuta tuli . Tetapi untuk mewujudkan sebuah gerakan yang lancar dan berkesan dalam tindakan . ( sebab itu pemimpin mesti dilantik atau dipilih dikalangan yang terbaik sebab pemimpin mesti dipatuhi dan ditaati .)


Sungguh malang bagi sebuah organisasi yang mempunyai pemimpin dan pemimpinnya dipilih oleh ahlinya sendiri tetapi kemudiannya pemimpin itu tidak dipatuhi , tidak dipercayai malah dicaci maki oleh pengikutnya sendiri .
Benarlah apa yang pernah disebut oleh Saiyidina Omar al Khattab :

Tiada Islam tanpa jemaah, tiada jemaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan

Apakah sudah bermula agenda untuk menyerang pimpinan dan melupuskan konsep Kepimpinan Ulamak yang sama-sama kita bantu dan bina itu? Mungkin tidak, mungkin segala maklumat Joceline ini beliau perolehi terus dari langit, berwaspadalah.

Saturday, August 02, 2008

Kedah Membangun Bersama Islam!

Ketika saya membaca berita dari sebuah akhbar tempatan Khamis lalu berkenaan keputusan kerajaan negeri Kedah untuk memperkenalkan peraturan baru berhubung imej wanita bertudung di papan-papan tanda iklan, seorang wartawan tempatan seolah tidak berpuas hati, patutunya beri tumpuan pada pencegahan rasuah katanya. Beliau mungkin menganggap peraturan menutup aurat itu kecil, itu masalah beliau (dan mereka yang sehaluan dengannya).






Menurut EXCO yang berkenaan, Dato' Hj Taulan Rasul, Kedah akan mengikuti peraturan yang sama yang diguna pakai di Kelantan. Ini bermakna sebaik diluluskan, semua papan-papan tanda di negeri Kedah yang menggunakan model wanita diwajib memastikan yang gambar model tadi hendaklah bertudung yakni menutup aurat.

Ya, bagi mereka yang liberal, fleksible, moderat atau apa sahaja, mungkin langkah ini sesuatu yang remeh-temeh. Tetapi bagi mereka yang megamalkan Islam, ianya sesuatu yang penting yang perlu dilaksanakan apabila kuasa diberikan oleh Allah swt.

PAS berjuang untuk mendapatkan kuasa, melalui kuasa tadi memungkinkan ia melaksanakan dasar dan matlamat perjuangannya. Memang membenteras rasuah dan kezaliman juga sebahagian dari tuntutan Islam, ia tidak pernah dikesampingkan, namun dalam waktu yang sama pembentukan akhlak dan sakhsiyah rakyat turut menjadi tanggungjawabnya.

Perkara yang mudah dan ringan dan boleh didahulukan, wajarlah di dahulukan, tidak bermakna berlewa tentang yang besar dan berat-berat yang turut sama perlu dilaksanakan. Semuanya akan dilaksana berperingkat-peringkat tanpa alasan, kerana PAS berjuang kerana dan untuk Islam.

Itulah politik PAS sejak ditubuhkan lebih 50 tahun dahulu, dan sesiapa yang mahu berkawan dan berpakat dengan PAS perlulah memahami dan akur akan hal itu, terang-terang. Kalau Karpal boleh menyambut baik kenyataan Presiden PAS berhubung tiadanya kerajaan campuran dengan Umno, maka ia juga perlu bersedia menyambut baik, Islam yang mahu PAS laksanakan setelah memperolehi kuasa.