Tuesday, August 24, 2004

Islam penyelesai masalah remaja?

Penglibatan remaja dalam kancah gejala sosial terus HANGAT diperdebatkan. Namun formula penyelesaian tidak pernah tercipta. Isunya bagaimana mahu mengikis dan mengatasinya. Terbaru EXCO kerajaan negeri Kelantan memberikan cadangan sebagaimana dipetik dari Harakahdaily:

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan negeri, Abdul Patah Mahmood berkata, gejala tersebut semakin menular sekarang dan tindakan bagi membendungnya perlu dilakukan secara serius.

“Semakin hari bilangan kes semakin bertambah dan ia seperti tidak ada kawalan. Sebahagiannya melibatkan remaja belasan tahun. Sekiranya penekanan berkaitan ilmu Islam tidak diambil jalan penyelesaiannya tidak dijumpai,” katanya ketika merasmikan Program Perkampungan Ilmu 2004 di Sekolah Menengah Ugama Syamsul Maarif (Perempuan) di sini, baru-baru ini.

Abdul Patah juga berkata, berdasarkan data yang diperolehi pelajar aliran agama didapati kurang terbabit dengan gejala tersebut. “Pelajar sekolah agama mampu menjadi model kepada remaja lain dari segi akhlak dan kecemerlangan akademik mereka,” katanya.

Cari penyelesaian biar berdasarkan "result" jangan guna retorik dan kepentingan politik. Kalau nampak formula kembali kepada Islam sebagai penyelsaian terbaik kesitulah sepatutnya kita tuju!

No comments: